Meraikan ‘A Decade of Style’ jenamanya, Dato’ Seri Farah Khan menyempurnakan malam di Kuala Lumpur Fashion Week 2017 menerusi persembahan fesyen yang cukup menawan dan meriah dikelilingi oleh para tetamu kehormat, pelanggan setia, editor majalah dan juga wartawan. Malam tersebut menyaksikan pereka fesyen ini menyerlahkan pelbagai jenis koleksi yang cukup menarik, namun yang paling menarik menarik perhatian di mata penulis adalah koleksi couturenya.

IKLAN

Kemewahan Rekaan COUTURE Jenama Terkenal FARAH KHAN

Terbahagi kepada dua, ia diterapkan dengan suntikan konsep yang berbeza namun masih bernafas dalam identiti labuci yang menjadi kekuatan kepada jenama ini. Koleksi couture yang pertama diberi nama ‘20th Century Masters’ yang mana sulaman labuci pada busana dicorakkan berdasar lukisan-lukisan daripada pelukis terkenal seperti Pablo Piccasso dan juga Juan Gris.

Kemewahan Rekaan COUTURE Jenama Terkenal FARAH KHAN

IKLAN

Setiap busana ini cukup berwarna warni dan ia meniupkan aura cukup ceria dan mewah. Menarik tentang Farah Khan, busananya cukup praktikal untuk dibawa ke mana sahaja kala anda bercuti atau pun ke luar negara atas dasar kerja. Nilai praktikaliti busana ini yang tidak perlu digosok cukup menjimatkan masa dan memberikan gaya mewah instant tanpa perlu memakai pelbagai jenis aksesori tambahan.

IKLAN

Kemewahan Rekaan COUTURE Jenama Terkenal FARAH KHAN

Koleksi couture yang kedua pula diberi nama ‘Victoriana’ yang mana rekaan lebih berpaksikan kepada gaun labuh potongan duyung dan kembang yang beralun bak puteri di singgahsana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI