10 Foto Percutian Terbaik 2017 Pilihan National Geographic, Jamin Buat Sesiapa Pun Kagum!

Keputusan peraduan Foto Percutian Terbaik oleh The National Geographic 2017 akhirnya diumumkan, selepas para juri meneliti 15,000 penyertaan yang dihantar oleh para pengembara dari serata dunia.

Bidikan lensa Sergio Tapiro Velasco dari Mexico dengan imej petir di sebalik debu gunung berapi di tanah airnya, diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.

Velasco membawa pulang hadiah bernilai $2,500 (RM10,693) serta percutian 10 hari untuk dua orang di Kepulauan Galapagos bersama Ekspedisi National Geographic. Tahniah!

Jom tengok 10 foto-foto ini, serius teruja tengok keindahan bumi yang jarang dapat kita hayati dalam kehidupan setiap hari. Norzalina Mohd Alias

#1 Letusan gunung berapi di Colima, Mexico
#2 Kelip-kelip di Tamba, Jepun
#3 Gua Marmar di Chile
#4 Pasar Berwarna-warni di Bangkok, Thailand
#5 Burung ‘buff tailed coronet’ menghisap nektar di Ecuador
#6 Meluncur di bawah deburan ombak di Tavarua, Fiji
#7 Momen menarik di depan lukisan Rembrandt (Syndics of the Draper’s Guild) di Rijksmuseum, Amsterdam
#8 Padang bola sepak Henningsvaer di Pulau Lofoten, Norway
#9 Penari di Konya, Turki
#10 Letusan gunung berapi yang mengeluarkan debu di Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia

Kredit: National Geographic

IKLAN
Share