Kebelakangan ini, trend bisnes ‘live streaming’ kian mendapat tempat di hati pembeli yang lebih suka berinteraksi dan menonton sesi jualan langsung di media sosial. Salah satu platform yang menarik adalah Shopee Live, khususnya segmen yang baharu diperkenalkan iaitu ‘Shopee Live Skuad Stylo’. yang menampilkan selebriti popular seperti Anju, Dato’ AC Mizal dan Elfira Loy berniaga, memang happening!
Seronok membeli-belah sambil dengar celoteh dan rebut diskaun eksklusif, sedar tak sedar tangan pun ligat ‘Add to Cart’. Tak hairanlah sepanjang ‘Shopee Live Skuad Stylo’ ke udara, rekod ‘Add to Cart’ juga melonjak 19 kali ganda!
Mula bersiaran setiap hari bermula jam 8 malam, ‘Shopee Live Skuad Stylo’ dimeriahkan barisan selebriti seperti jurusolek Hanarii, aktres Elfira Loy dan Anju, fashion influencer Syamira Zahar serta beauty lover Farah Adilah.
Paling susah dilepaskan, tentulah bila ada diskaun eksklusif semasa Shopee Live ini. Dahlah murah, macam-macam pilihan pula tu! Siap dapat tip dan bermacam petua daripada selebriti.
BARISAN PRODUK
Pada minggu pertama siaran, ‘Shopee Live Skuad Stylo’ menawarkan pelbagai produk kecantikan premium seperti jenama terkenal INNISFREE, Kiehl’s, La Roche Posay, Paula’s Choice dan SKINTIFIC.
Bagi penggemar fesyen, segmen ini membawakan trend pakaian popular jenama seperti Gene Martino, naelofar, Oxwhite dan Zoe Arissa. Makin rancaklah nak ber-OOTD!
Pada kemuncak strim langsung ini, penonton dipersembahkan dengan grand finale yang membawakan banyak hadiah menarik untuk dimenangi. Sepanjang minggu perdana tersebut, seramai 150 penonton bertuah membawa pulang baucar eksklusif Shopee bernilai RM200.
Menjelang 10.10 Festival Shopee Live, pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000 setiap hari. Bermula 27 September sehingga 13 Oktober, ‘Shopee Live Skuad Stylo’: Edisi Kotak Duit Misteri akan berlangsung pada setiap hari, jam 8 malam di Shopee Mamak.
Jangan lupa saksikan pengalaman ‘shoppertainment’ terbaik pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam. Bersiap sedia membeli-belah, mengundi dan berinteraksi dengan selebriti kegemaran anda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita biasa mendengar tentang penyakit gout iaitu sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami bengkak terutama melibatkan anggota kaki hingga sukar berjalan. Namun apabila memperkatakan tentang Tophy, pasti ramai yang seakan terpinga-pinga.
Menurut Dr Abdul Rahim, Thopy adalah penyakit gout. Seperti yang sedia maklum, gout adalah penyakit arthritis disebabkan oleh hyperuricemia iaitu plasma urate/urik asid dalam darah melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL). Asid urik ini terhasil daripada pemecahan makanan yang tinggi purin atau protein. Ia berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi serta menyebabkan rasa sakit.
Apabila gout menyerang di sendi-sendi lutut, pergelangan kaki dan lengan, siku, jari tangan dan kaki serta tapak tangan, ia akan bengkak. Pada ketika ia membengkak inilah dipanggil Thopy yang berisi garam atau kristal urik asid yang mengakibatkan anggota badan terlibat berwarna merah, panas selain amat sakit sampai tidak boleh bergerak atau jalan. Tidak dinafikan juga hingga ada yang demam!
Semuanya kerana pemendapan asid urik yang membentuk hablur / kristal garam seperti jarum yang tajam dan membuatkan sendi bengkak & sakit.
RAWATAN
Sumber: Facebook Dr. Abdul Rahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy A52 di mana ia memberi peluang inovasi tersedia untuk khalayak ramai. Siri terbaharu Samsung Galaxy A ini membenarkan pengguna bukan sahaja berkomunikasi malah dapat mengekspresi diri dengan kameranya yang awesome. Mana tidaknya, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah menjadikan penggunaan Samsung Galaxy A52 sebagai telefon pintar yang menjadi sebutan masa kini.
Ia juga didatangkan dengan Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan pengguna. Siri Galaxy A juga akan mempertingkatkan pengalaman pengguna menggunakan telefon sekarang dengan menyediakan akses menyeluruh ekosistem Galaxy tersambung peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab.
Baru-baru ini, team NONA diberi peluang menggunakan Samsung Galaxy A52 untuk merakam video Editorial yang sememangnya menjadi antara tugas rutin editorial NONA. dan Galaxy A72, memberi peluang inovasi tersedia untuk khalayak ramai. Siri terbaru Samsung Galaxy A membenarkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, Ya, awesome.
Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan pengalaman penulis sendiri merakamkan video dengan menggunakan Samsung A52. Ia memaparkan kualiti video yang menarik apatah lagi ia menggunakan kamera kuad resolusi tinggi 64MP. Selain itu, jika menggunakan 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K. Scene Optimizer pula menggunakan AI untuk mengambil gambar dengan pengeset optimum untuk 30 kategori imej dan latar belakang seperti makanan, landskap dan haiwan peliharaan.Samsung telah meningkatkan tahap kualiti kamera, dan Galaxy A52 dan A72 adalah buktinya. Dengan memberikan ciri inovasi kamera serba guna untuk siri Galaxy A baharu, anda kini boleh merakam lebih banyak foto dan video yang menarik. Tidak kira sama ada mengambil video siang atau malam OIS (optical image stabilization) memastikan hasil gambar dan video kelihatan jelas dan mantap. Usah risau jika lampu malap. Night mode menggunakan pemprosesan multibingkai yang boleh memberikan hasil imej yang terang walaupun di dalam gelap!
Menyentuh soal kualiti gambar yang dirakam pula, ia dilengkapi AR Emoji dan My Filter. Ditambah lagi, sekarang anda boleh menggunakan AR Lenses daripada Snapchat dengan Fun Mode apabila menangkap gambar menggunakan aplikasi telefon sedia ada. Begitu up to date untuk memastikan pengguna baik tua mahupun muda sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dunia media sosial yang pelbagai!
Apa yang menarik perhatian penulis ialah reka bentuk moden siri Galaxy A ini yang bukan sahaja memaparkan reka bentuk yang sederhana namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.Ia nampak sleek dan elegan ketika digenggam di tangan! Selain itu, memandangkan penulis sentiasa menggunakan telefon pintar untuk tugasan, siri Galaxy A52 juga mempunyai pengalaman tontonan selesa di mana paparan juga diiktiraf ‘Eye Care’, dan mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar untuk mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield’.
Siri Galaxy A baharu tersedia dengan keperluan asas Galaxy yang patut dinikmati oleh pengguna Galaxy. Sebagai pengguna tegar produk Samsung, penulis amat tertarik dengan bateri tahan lama Samsung Galaxy A52 di mana ia mampu bertahan selama dua hari. Kapasiti bateri besar yang mampu bertahan selama dua hari dengan tahap kapasiti bateri 4,500mAH untuk A52. Galaxy A52 dilengkapi dengan keperluan asas Galaxy termasuk pembesar suara stereo dan stor memori luaran sebesar 1TB. Tingkatkan pengalaman pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos untuk suasana bunyi yang kaya dengan kedalaman dan perincian yang lebih tinggi.
Juga, One UI 3 yang telah diubah suai membantu mempertingkatkan pengalaman intuitif dan interaksi secara konsisten dengan meninggikan kelajuan, mengurangkan kekacauan dan mengetengahkan maklumat penting.
Satu lagi ciri yang menarik perhatian penulis adalah keprihatinan Samsung terhadap alam sekitar. Ia senantiasa mengevaluasi produk, pembungkusan dan operasi untuk mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran.
Galaxy A52 menggunakan acuan pulpa dan kertas untuk mengurangkan pembaziran ruang yang tidak digunakan dan bahan-bahan yang digunakan untuk pembungkusan. Siri Galaxy A baharu tersedia dalam Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak mengenali Miss Universe Filiphina, Pia Wurtzbach yang suatu ketika dulu popular apabila kemenangannya pada pertandingan ratu cantik pada 2015 menimbulkan kontroversi apabila hos Steve Harvey membuat kesilapan ketika mengumumkan nama pemenang. Tercatat sebagai salah satu momen paling kecoh diperkatakan sewaktu itu, populariti Pia semakin mencanak selepas kejadian tersebut.
Dan kini, nama Pia kembali menjadi sohor kini selepas dia mengumumkan secara rasmi yang dirinya kini sudah selamat menjadi isteri kepada lelaki pujaan hatinya, seorang usahawan tampan Jeremy Jauncey.
Jeremy Jauncey merupakan seorang usahawan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Beautiful Destinations, sebuah syarikat studio strategik, kreatif dan penciptaan kandungan yang memenangi anugerah memfokuskan pada perjalanan dan pemandangan terbaik dunia.
Bercinta sejak tahun 2019, Pia memilih untuk melangsungkan perkahwinan sederhana di sebuah pulau yang indah. Berita perkahwinan Pia dan Jeremy tiba-tiba mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini tiada sebarang makluman mengenai perkara ini.
Perkahwinan Pia dan Jeremy disambut dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selebriti dan pencinta pertandingan Miss Universe yang mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut sumber, majlis pernikahan mereka dianjurkan secara tertutup dan sangat sederhana malah hanya dihadiri oleh beberapa orang kenalan rapat saja. Tiada ahli keluarga Pia dan Jeremy dilihat hadir.
Yang menariknya, Pia dan Jeremy memilih lokasi sebuah pulau eksotik di Seychelles di wilayah Afrika Timur sebagai tempat untuk mereka melaung dan mengikrarkan janji. Berbeza dengan pasangan selebriti yang lain, pasangan sama cantik sama padan ini dilihat cukup menjaga privasi dan tidak banyak berkongsi momen persandingan mereka dengan media.
Selepas sah bergelar suami dan isteri, Pia dan Jeremy masing-masing memuatnaik foto dan video di media sosial mereka dengan kapsyen “Forever & always, Mr & Mrs Jauncey”. Tahniah NONA ucapkan kepada Pia dan Jeremy, dan semoga cepat-cepat dapat anak.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Filem Khadam tampil dengan kisah seram penuh emosi mengenai seorang ibu yang terpaksa berdepan warisan saka keluarga. Ketahui jalan cerita, barisan pelakon dan keunikan naskhah ini.