Bertuah sungguh sesiapa yang meraikan hari lahir atau anniversary menjelang Disember ini. Banyak pilihan hadiah untuk diberikan, ditambah pula sambutan musim perayaan dan tahun baru yang bakal bertandang.
Merayakan penghujung tahun 2020 ini dengan keceriaan, ayuh berbahagi kegembiraan dengan himpunan set hadiah istimewa yang khas untuk orang tersayang! Beberapa koleksi ini antara pilihan Nona untuk anda.
(1) GOUTAL Petite Cherie EDP + Creme Corps Universelle (RM849)
Haruman ikonik yang menggambarkan kegembiraan dan keseronokan gadis muda
Sesuai untuk: Isteri, teman wanita, kakak atau adik yang berjiwa muda
Berlatarkan pemandangan indah kisah dongeng The Legend of the Snow Butterflies, haruman ikonik Petite Cherie yang digandingkan dengan krim tubuh universal menjadi bingkisan teristimewa buat wanita tersayang. Krim yang diperkaya dengan mentega shea ini tersedia dalam saiz mesra percutian agar kulit anda kekal nyaman dan lembap dalam aroma paling manis di dunia.
(2) FOREO Candy Collection Set: LUNA mini 2 & LUNA Play (RM636)
Semanis gula-gula untuk rutin pembersihan wajah paling ceria
Sesuai untuk: Diri sendiri & wanita yang mementingkan kecantikan
Ads
Set hadiah LUNA mini 2 ini didatangkan bersama LUNA Play dalam pembungkusan bertemakan gula-gula. Bayangkan putaran candy, aiskrim, macaron dan marshmallow manis untuk rutin pembersihan wajah paling menggembirakan setiap hari. Kedua-duanya dilengkapi fungsi urutan T-Sonic untuk pengalaman facial terbaik bagaikan di spa!
(3) NUDESTIX Nude Blooms X Pony Park (RM305)
Pony ParkNude Blooms X Pony Park
Sesuai untuk: Anak atau adik perempuan, teman wanita, rakan baik
Usah biarkan wajahmu pucat dan tidak berseri walaupun dihambat kesibukan. NUDESTIX memperkenalkan koleksi terbarunya, Nude Blooms dengan kolaborasi influencer dan YouTuber Korea iaitu Pony Park. Kit solekan ini didatangkan dengan produk versatil Nudies Bloom, Nudies Glow, Magnetic Luminous Eye dan Lip Glace untuk menjadikan solekan tampak bersahaja tapi ada serinya. Percikan rona pink menjadikan setiap sapuan bertambah manis dan romantis.
Nikmati snek sihat dan lazat dalam bungkusan whimsical yang dilukis oleh artis tempatan, Maylii Koo, A Little Lamp. Dengan hasrat berkongsi magis pemakanan sihat, Amazin’ Graze melancarkan tiga produk baru untuk musim perayaan ini iaitu Cip Brownie Cherry Peppermint, Granola Coklat Putih & Kranberi serta Coklat Saduran Badam & Strawberi. Ia boleh didapati secara online di web Amazin’ Graze.
Ads
(5) IKEA Meraikan Perayaan Hari Natal & Tahun Baru
Sesuai untuk: Ibu, isteri, kakak
Serikan kediaman anda dengan dekorasi dan perabot baru hujung tahun ini. Dengan menjadikan rumah sebagai ruang paling peribadi, wujudkan momen kekeluargaan itu dengan gelak tawa serta senda gurau sambil menjamu selera. Makanan yang lazat dengan peralatan memasak dan menikmati makanan yang sempurna dengan utensil IKEA pasti menambah kasih sayang anda di meja makan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp, 58, baru-baru ini memenangi kes saman fitnah serta dianugerahkan AS$15 juta dalam kes berkenaan terhadap bekas isterinya.
Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon francais filem “Pirates of the Caribbean” itu dan Amber Heard, 36, saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.
Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta dolar lagi sebagai ganti rugi punitif.
Namun yang menarik perhatian Johnny Depp telah membuat keputusan untuk menderma hasil wang kemenangan kesnya itu kepada beberapa badan kebajikan serta amal.
Lima badan amal berbeza itu ialah Make a Film Foundation, The Painted Turtle, Red Feather, Teitaroa Society dan Amazonia Fund Alliance.
Pertubuhan-pertubuhan ini yang memberi manfaat kepada kanak-kanak yang sakit, membantu komuniti orang asli dan membantu memulihara kelestarian pulau masing-masing akan menerima AS$200,000 (RM924,000) daripada bintang Pirates of the Caribbean, lapor CNN.
Asalnya, para juri di Virginia menganugerahkan Depp sebagai ganti rugi pampasan AS$10 juta dan ganti rugi punitif AS$5 juta dolar pada Jun 2022.
Selepas memenangi jes tuntutan mahkamah, Johnny membuat kemunculan semula dalam industry filem apabila muncul di Festival Filem Cannes mempromosikan filem Jeanne Du Barry manakala Amber Heard pula berpindah ke Sepanyol bersama anak perempuannya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama dua tokoh seni ini tidak perlu diperkenalkan. Semenjak berkecimpung dalam industri, Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham sentiasa merevolusikan program hiburan tempatan agar terus relevan dengan cita rasa peminat.
Terbaharu, dua nama hebat ini telah dilantik di bawah pejabat Menteri bagi membantu Kementerian Luar Negeri mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara.
Dalam kenyataan rasmi Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah, Dato’ Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Perunding Kreatif, sementara Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan berkuatkuasa 1 November 2021.
Sesi pelantikan rasmi di Wisma Putra
“Saya yakin bahawa Dr. Ahmad Idham dan Dato’ Sri Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya.” Dato’ Saifuddin
Bukan calang-calang amanah, pelantikan mereka juga sebenarnya selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan negara, di samping menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.
“Terima kasih Dato’ Saifuddin atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.” Dato’ Sri Eizlan Yusof
Dato’ Sri Eizlan merupakan seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Terima kasih Dato’ Saifuddin di atas pelantikan saya sebagai Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar Negeri Malaysia.” Dr Ahmad Idham
Dr. Ahmad Idham merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mempunyai pengalaman luas dalam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018.
Semoga dengan pelantikan baru ini bakal memberi nafas baru kepada sektor seni dan budaya Malaysia. Selamat menjalankan tugas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekitar tahun 90-an dan awal 2000, lima jenama fesyen antarabangsa ini cukup ‘berkuasa’ di pusat-pusat membeli-belah terkemuka. Tapi kini tidak lagi.
Trend online shopping bukan sahaja membunuh pelbagai industri malah melenyapkan kreativiti serta ekonomi para penggiatnya. Terlalu banyak industri yang terkesan dengan pasaran digital yang sedang kita gunakan sekarang, termasuklah lima jenama gergasi ini.
Kelima-lima jenama tersebut adalah Guess, Crocs, Payless Shoesource, Abercrombie & Fitch dan Michael Kors.
Merujuk pelbagai sumber sahih, lima jenama di atas mencatatkan kerugian luar biasa pada tahun 2017. Iklim pasaran yang rapuh serta persaingan online yang sengit membuatkan pemilik-pemilik jenama kesayangan ini seakan tidak mampu lagi meneruskan langkah.
Nona pasti ramai di antara kita yang membesar dengan jenama ini. Guess cukup hebat suatu waktu lalu namun kini butiknya kian sepi tanpa pelanggan setia.
Pada Mac 2017, CEO Guess iaitu Victor Herrero mengumumkan penutupan 60 butiknya di seluruh dunia. Sumber dari Clark.com pula menyatakan, dijangka jumlah butik yang ditutup akan bertambah antara 100 ke 120 pada tahun 2018 nanti.
Menurut beliau, keputusan penutupan butik Guess turut bergantung pada rundingan sewa semasa. Maklumlah, jika pasaran terus-menerus begini tapi sewa terus dinaikkan, tentulah rugi teruk!
Jenama sandal dan flip flop getah ini telah mengumumkan kerugian mereka pada bulan Mac 2017 lalu serta rancangan menutup 158 butik mereka selepas menanggung rugi di seluruh dunia. Menurut sumber footwearnews.com, Crocs bukan saja terancam malah berisiko bankrap tidak lama lagi.
Pernah mempunyai 4,400 butik di 30 buah negara, butik kasut yang menawarkan pelbagai rekaan ini akhirnya menutup 400 butik mereka di Amerika Syarikat dan Puerto Rico. April 2017 lalu, sumber dari businessinsider.sg menyatakan akan ada 1000 lagi butik mereka yang bakal ditutup.
Jenama berpengaruh ini juga akan menutup 60 butiknya di Amerika Syarikat, susulan penutupan beberapa butik fizikal di Hong Kong pada tahun 2016. Mereka merancang untuk menyasarkan pasaran digital sebagai strategi pemasaran akan datang.
Menurut bizjournals.com, Michael Kors bakal menutup 100 daripada 125 butik mereka di seluruh dunia. Proses penutupan ini akan dilakukan dalam tempoh dua tahun tetapi tidak dimaklumkan lokasi yang setepatnya.
Penutupan ini disebabkan kerugian dan saham Kors yang menurun hingga 24% pada tahun 2017. CEO Michael Kors iaitu John Idol sendiri pada Jun lalu telah mengakui bahawa tahun ini adalah tahun yang penuh tentangan kerana mereka terus beroperasi di lingkungan pasaran retail dengan kos promosi yang sangat tinggi. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!