10 Tahun Merias Wajah SHILA AMZAH, FIZA ZAINUDDIN Ibarat SUSUK CANTIK Penyanyi Bersuara Emas Ini

Saat hari bahagia, selain busana, solekan juga memainkan peranan utama bagi melontarkan seri ratu sehari. Seperti pengantin baru, Shila Amzah, kecantikan wajahnya sejak dari awal kemunculan hingga kini sering menjadi pujian termasuklah ketika majlis perkahwinannya.

Tidak dinafikan peranan juru solek amat penting bagi melontarkan seri wajah. Di sebalik kejelitaan yang terpancar pada wajah Shila, ada insan yang bertanggungjawab ‘melakar’ wajah Shila hingga terbias sempurna. Insan yang sudah 10 tahun merias wajah Shila ialah Fiza Zainuddin. 

Ikuti temu bual Fiza bersama Nona tentang pengalamannya merias wajah Shila.

Apa perasaan anda apabila dipertanggungjawabkan untuk merias wajah Shila di hari bahagianya?

Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh Shila. Ini merupakan majlis terbesar dan penting antara majlis-majlis lain di mana saya diberi tanggungjawab untuk merias wajah Shila..

Sudah berapa lama anda merias wajah Shila?

Sudah hampir 10 tahun menata rias wajah Shila.

Anda dipertanggungjawabkan untuk merias wajah Shila untuk berapa majlis?

Untuk semua majlis iaitu enam majlis kesemuanya.

Boleh kongsikan konsep solekan

*Majlis berkhatam: solekan minimal, natural looks

*Majlis berinai : solekan ‘Moroccan’ look

*Majlis nikah dan majlis makan malam: solekan natural, sweet and fresh berkonsepkan ‘pure romance’

*Majlis sebelah lelaki: solekan berkonsepkan ‘Malay tradisional’

*Majlis resepsi di hotel: solekan ‘stunning and elegant look’.

Untuk merias wajah Shila di hari bahagianya, warna-warna solekan apakah yang menjadi pilihan

Warna-warna ‘pinkish bronze’ agar nampak lebih manis dan segar.

 

Nota penting sebelum menyolek wajah Shila

Oleh kerana sudah biasa menyolek wajah Shila, warna-warna lembut lebih sesuai untuk wajah Shila.

 

‘Signature Look’ solekan anda

Daripada feedbacks yang diberikan, my touch nampak lebih natural, sederhana tetapi tetap ada ‘wow factor’.

 

Gaya solekan terbaik pengantin?

‘Time-less look.’ Solekan yang segar dan minimalis dengan menggunakan warna-warna selamat agar dapat menyerlahkan kecantikan pengantin.

 

Trend solekan pengantin terkini?

“Less is more”

 

Tip memilih juru solek sempurna buat majlis perkahwinan?

*Buat perbandingan dari segi tahap professional dan pengalaman jurusolek.

*Buat tempahan awal.

*Buat ‘trial’ makeup.

 

Solekan pengantin yang sempurna adalah….

Solekan yang sedehana (natural) tetapi ada sentuhan moden.

IKLAN
Share