19 Tahun Menjalin Cinta, TAN SRI MICHELLE YEOH Berkahwin Juga Akhirnya!

Jika sebelum ini, NONA ada melaporkan kisah tentang lelaki yang tertakhta di hati pelakon kebanggaan kita, Tan Sri Michelle Yeoh di mana selama 19 tahun mereka bertunang dan menyulam cinta, dan akhirnya pelakon kelahiran Ipoh tersebut dikhabarkan sudah berkahwin dengan lelaki tersebut.

Hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland pada Khamis.

Walaupun masih belum dikongsikan perincian di laman media sosial pelakon yang baru saja memenangi anugerah Oscar tersebut, namun berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.

Michelle, 60, mula berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China. Michelle Yeoh dan Jean Todt pertama kali bertemu di sebuah kejohanan di Shanghai pada tahun 2004.

BACA JUGA: Bahagia Jadi Tunangan Orang Selama 19 Tahun, Ini Sebab MICHELLE YEOH Belum Berkahwin Walau Di Usia 60 Tahun

Jatuh cinta pada pandang pertama, mereka mula menjalinkan hubungan dan bertunang pada tahun 2005. Michelle berkata dia memuja “rasa jenaka yang tersembunyi” dan warna biru matanya.

Jean yang lahir di Perancis pada tahun 1946 merupakan seorang eksekutif perlumbaan motor Perancis dan mengasaskan syarikat All Roads Management pada 2023 dan sangat aktif dalam dunia sukan permotoran. Jean juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Dek terlalu lama bercinta, kisah perhubungan mereka sering menjadi perhatian dan ramai yang menantikan hari perkahwinan pasangan ini. Apa apa pun NONA mendoakan semoga perkahwinan Tan Sri Michelle dan suami berkekalan hingga ke anak cucu.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share