Dalam sekian banyak himpunan produk penjagaan wajah di pasaran, cuma minoriti yang benar-benar menjanjikan kesan terbaik seperti diharapkan. Umpamanya 2 krim terbaharu ini daripada AHC dan Fenty Skin.
Menjaga kecantikan berkait rapat dengan soal kesihatan kulit. Dengan memahami konsep dan sains di sebalik bahan-bahan yang digunakan, barulah sesuatu produk itu dijamin kesannya.
Berasaskan ilmu sains dan penyelidikan pakar terhadap kulit kita, Nona berkongsi 2 pilihan krim terbaik yang mesti anda gunakan setiap hari untuk mencegah kesan penuaan.
(a) AHC Age Defense Real Eye Cream (RM83)
Ads
Krim dua dalam satu untuk bahagian mata dan wajah anda. AHC yang merupakan jenama penjagaan kulit aestetik Korea Nombor 1 di pasaran memperkenalkan inovasi terbaharu ini dengan bukti klinikal menambah baik 7 jenis kedutan dalam masa 7 hari.
Rahsianya? Ia bekerja serta-merta dengan membekalkan lembapan sehingga 124% dan memperbaiki elastisiti kulit sehingga 14% selepas penggunaan pertama. Ajaib bukan?
Bangkit dari tidur dengan kulit lembut gebu, lebih muda dan bermaya dari sebelumnya! Krim malam Fenty Skin Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream ini merupakan krim pemulihan terhebat untuk melembapkan wajah tanpa rasa melekit.
Ia diperkaya dengan pelbagai ramuan terbaik untuk mengurangkan tompok gelap, menyekatakan tona kulit, mengurangkan minyak dan menyamarkan liang pori yang besar. Krim ini juga kaya dengan antioksidan yang bagus untuk kulit kita!
Kedua-dua krim ajaib ini merupakan keperluan baru untuk wanita yang tercari-cari solusi anti-penuaan kulit. Kesannya dijamin setanding dengan harga yang ditawarkan, dihasilkan oleh pakar di makmal dan dipercayai memberi keputusan optimum yang diharapkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpesona dengan kejelitaan milik Pengasas Bella Ammara ini. Berusia 36 tahun, penampilan Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Sheh atau lebih mesra disapa sebagai Belle Al-Yahya persis seperti anak dara. Hakikatnya dia merupakan ibu kepada dua orang anak.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini Belle tanpa berselindung mengakui susur galur keluarganya yang memiliki keturunan Arab-Palembang. Patutlah cantik!
Kini, walaupun arwah ibu tersayang tiada lagi di sisi namun semangatnya menjadi kekuatan kepada Belle hingga sekarang. Mula bergelar Pengasas Bella Ammara, dia turut mencapai pelbagai kejayaan antaranya bergelar pemilik cabang bisnes lain.
Biarpun sudah berstatus isteri dan ibu namun Belle berjaya membuktikan ia bukan penghalang untuk dia terus melangkah jauh. Nona percaya dengan pengurusan masa yang bijak dan perancangan rapi, apa saja impian dapat dicapai disertai dengan usaha gigih.
Apatah lagi, Belle dikelilingi dengan insan baik dan berilmu yang kebanyakannya merupakan pengasas produk. Sepanjang lebih sedekad menjadi usahawan, Belle pastinya sudah melalui jatuh bangun dalam perniagaan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Belle meluahkan hasrat untuk mendalami ilmu agama. Dia bertuah kerana mempunyai kenalan yang turut ingin medekatkan diri denganNya dan berubah menjadi insan lebih baik.
Dedah isteri Carl Samsudin ini, “Salah satu impian Belle adalah teringin nak belajar ilmu agama tapi tak tahu macam mana nak start. Hati rasa nak tapi belum dapat tawfiq dari Allah untuk pergi.
Bertangguh-tangguh la perasaan tu dari dulu sampailah Belle rasa kenapa bila solat atau beribadah takda rasa apa.
Just buat sebab kena buat. Kenapa orang cakap pasal cinta Allah tapi Belle tak rasa? Mulut cakap cinta Allah tapi hati tak boleh tipu. Dari situlah Belle rasa mungkin sebab aku tak kenal Allah, aku takda ilmu mengenai Allah.
Sekadar tahu basic saja. Malunya rasa jadi hamba Allah tapi tak kenal Dia. Jadi, Belle bertekad untuk paksa diri pergi majlis-majlis ilmu yang ada dengan niat nak cari cinta Allah dan Rasul.
Walaupun Belle tak tahu apa yang kena belajar. Just pergi. Walaupun ada rasa malas sebab jauh, Belle paksa juga.”
Terinspirasi dengan kesungguhan jelitawan ini untuk mengenali Sang Pencipta. Tambahnya lagi, “Belle nak juga rasa macam orang ibadah lain yang rasa manisnya beribadah tu. Sedar tak sedar, Allah susun perjalanan Belle untuk kenal Dia. MasyaAllah tak tahu nak cakap macam mana Belle rasa seronok sangat.
Dari rasa terpaksa, terus rasa tak sabar. Allah baik sangat. Kita yang menzalimi diri sendiri dan menjauhkan diri dari Dia. Sedangkan Allah terlalu sayangkan kita. Cuma kita tak rasa sebab kita tak kenal.
Benarlah kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Pesan ustazah, sentiasalah kembali kepada Allah dalam keadaan apa sekalipun. Jangan biarkan diri kita hanyut terlalu lama.”
Kata orang, makin tua makin berpengalaman. Tapi sebagai wanita, tentu ramai yang malu mengaku usia sebenar sebab hakikatnya we look older than our actual age!
Kelihatan tua boleh membuatkan seseorang wanita hilang keyakinan diri. Saya sendiri tidak terkecuali. Rasa gementar melihat wajah sendiri di depan cermin. Garis ketawa semakin jelas. Begitu juga kedut crow’s feet di antara kening dan dagu berlapis. Ah, tua betul rasanya.
Ketakutan ini mendorong saya mendapatkan bantuan teknologi moden di AsterSpring. Pelawaan untuk mencuba rawatan terbaharu iaitu Intense Facelift Therapy With HIFU ibarat mimpi menjadi nyata. Kerap kali terngiang-ngiang tentang HIFU ni, rawatan facelift tidak invasif yang asalnya digunakan untuk merawat pesakit tumor.
“HIFU bermaksud High-Intensity Focused Ultrasound”
Kunjungan saya ke AsterSpring Signature di Bangsar Village II disambut mesra. Suasana AsterSpring seperti biasa begitu menenangkan. Penuh senyuman dan layanan mesra. Pertama kali saya diterangkan tentang punca penuaan yang diakibatkan oleh kebiasaan diri sendiri.
Tidak mengoles pelembap dan krim pelindung SPF, suka melihat skrin telefon dalam gelap serta mengerut kening merupakan antara puncanya.
Lalu juruterapi saya, Clare, menerangkan tentang teknologi HIFU. Katanya, HIFU adalah terapi terbaik untuk mengembalikan kemudaan. Bayangkan tanpa pembedahan, rawatan canggih ini hanya mengaplikasi tenaga ultrabunyi hingga ke lapisan kulit terdalam bagi merangsang penghasilan kolagen.
“Sebenarnya satu sesi rawatan HIFU sudah mampu memberikan kesan menakjubkan. Garis halus memudar, malah kontur rahang dan dagu juga akan lebih tirus, selain penampilan muka yang lebih tegang. Anda pasti nampak lebih muda selepas rawatan!” kata Clare sambil tersenyum.
Teruja untuk mencuba perawatan baru ini, saya terus dibawa ke kamar rawatan AsterSpring Signature yang cukup eksklusif. Kamar serba putih dengan linen, susun aturnya bagai penginapan mewah di hotel lima bintang.
PENGALAMAN
Selama lebih kurang satu jam, Clare ‘merawat’ wajah saya dengan cukup profesional. Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan KKM, beliau memakai persalinan seperti PPE lengkap faceshield bagi memastikan kesihatan terpelihara.
Untuk mengendalikan mesin berteknologi HIFU di AsterSpring ini, hanya juruterapi yang bertauliah dan mempunyai kepakaran sahaja boleh melakukan perawatan kepada pelanggan. Teknologi dari Korea tersebut menjanjikan kesan yang hebat dengan selamat, efektif dan tanpa downtime.
Sepanjang menjalani rawatan, saya bagaikan diulit mimpi. Jari-jemari Clare membelai setiap inci wajah dengan cermat, sebelum beberapa bahagian ditandakan dengan pensel. Kata Clare, bahagian-bahagian kulit ini mempunyai lapisan kedalaman yang berbeza dan perlu ditukar kartrij bagi memaksimumkan kesannya.
Hanya beberapa ketika sewaktu rawatan berlangsung, saya terasa sedikit sensasi kurang menyelesakan di bahagian leher. Rasanya seperti tekanan jari yang hangat dan menusuk kulit. Tapi tidak lama, mungkin sekitar 2 ke 3 saat saja.
Akhirnya rawatan selesai. Tiba waktu melihat cermin, saya terperanjat melihat perbezaannya yang ketara! Jika sebelum ini garis ketawa kelihatan agak dalam, kini nampak samar dan licin. Begitu juga kedut-kedut di antara kening. Hilang begitu saja. Kontur wajah saya juga lebih sharp dan tirus berbanding sebelum rawatan dibuat.
Jika ditanya adakah saya akan kembali melakukan rawatan yang sama, jawapannya tentu sekali YA! Ini adalah revolusi anti-penuaan terbaik yang pernah saya cuba dan diakui berkesan berbanding perawatan di spa lain. Tanpa sebarang kesakitan, kita boleh terus melakukan rutin seperti biasa, tapi dengan wajah yang lebih muda remaja!
Dah bersedia untuk kembali muda? Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang berpendapat hitam itu seksi. Tapi bukan pada bibir yang hitam dan kusam. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan kopi dan teh yang berlebihan disamping penggunaan gincu bibir yang murah dan tidak berkualiti merupakan antara penyebab kondisi bibir yang merah berubah gelap.
Usah khuatir! Kini anda tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik palitan rona gincu bibir yang menyerlah, kelak anda juga akan menyerah. Apa kata anda ikuti tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mencerahkan bibir anda semula! Nak tahu?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.