Kata orang, makin tua makin berpengalaman. Tapi sebagai wanita, tentu ramai yang malu mengaku usia sebenar sebab hakikatnya we look older than our actual age!
Kelihatan tua boleh membuatkan seseorang wanita hilang keyakinan diri. Saya sendiri tidak terkecuali. Rasa gementar melihat wajah sendiri di depan cermin. Garis ketawa semakin jelas. Begitu juga kedut crow’s feet di antara kening dan dagu berlapis. Ah, tua betul rasanya.
Ketakutan ini mendorong saya mendapatkan bantuan teknologi moden di AsterSpring. Pelawaan untuk mencuba rawatan terbaharu iaitu Intense Facelift Therapy With HIFU ibarat mimpi menjadi nyata. Kerap kali terngiang-ngiang tentang HIFU ni, rawatan facelift tidak invasif yang asalnya digunakan untuk merawat pesakit tumor.
“HIFU bermaksud High-Intensity Focused Ultrasound”
Kunjungan saya ke AsterSpring Signature di Bangsar Village II disambut mesra. Suasana AsterSpring seperti biasa begitu menenangkan. Penuh senyuman dan layanan mesra. Pertama kali saya diterangkan tentang punca penuaan yang diakibatkan oleh kebiasaan diri sendiri.
Ads
Tidak mengoles pelembap dan krim pelindung SPF, suka melihat skrin telefon dalam gelap serta mengerut kening merupakan antara puncanya.
Lalu juruterapi saya, Clare, menerangkan tentang teknologi HIFU. Katanya, HIFU adalah terapi terbaik untuk mengembalikan kemudaan. Bayangkan tanpa pembedahan, rawatan canggih ini hanya mengaplikasi tenaga ultrabunyi hingga ke lapisan kulit terdalam bagi merangsang penghasilan kolagen.
“Sebenarnya satu sesi rawatan HIFU sudah mampu memberikan kesan menakjubkan. Garis halus memudar, malah kontur rahang dan dagu juga akan lebih tirus, selain penampilan muka yang lebih tegang. Anda pasti nampak lebih muda selepas rawatan!” kata Clare sambil tersenyum.
Teruja untuk mencuba perawatan baru ini, saya terus dibawa ke kamar rawatan AsterSpring Signature yang cukup eksklusif. Kamar serba putih dengan linen, susun aturnya bagai penginapan mewah di hotel lima bintang.
Ads
PENGALAMAN
Selama lebih kurang satu jam, Clare ‘merawat’ wajah saya dengan cukup profesional. Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan KKM, beliau memakai persalinan seperti PPE lengkap faceshield bagi memastikan kesihatan terpelihara.
Untuk mengendalikan mesin berteknologi HIFU di AsterSpring ini, hanya juruterapi yang bertauliah dan mempunyai kepakaran sahaja boleh melakukan perawatan kepada pelanggan. Teknologi dari Korea tersebut menjanjikan kesan yang hebat dengan selamat, efektif dan tanpa downtime.
Sepanjang menjalani rawatan, saya bagaikan diulit mimpi. Jari-jemari Clare membelai setiap inci wajah dengan cermat, sebelum beberapa bahagian ditandakan dengan pensel. Kata Clare, bahagian-bahagian kulit ini mempunyai lapisan kedalaman yang berbeza dan perlu ditukar kartrij bagi memaksimumkan kesannya.
Ads
Hanya beberapa ketika sewaktu rawatan berlangsung, saya terasa sedikit sensasi kurang menyelesakan di bahagian leher. Rasanya seperti tekanan jari yang hangat dan menusuk kulit. Tapi tidak lama, mungkin sekitar 2 ke 3 saat saja.
Akhirnya rawatan selesai. Tiba waktu melihat cermin, saya terperanjat melihat perbezaannya yang ketara! Jika sebelum ini garis ketawa kelihatan agak dalam, kini nampak samar dan licin. Begitu juga kedut-kedut di antara kening. Hilang begitu saja. Kontur wajah saya juga lebih sharp dan tirus berbanding sebelum rawatan dibuat.
Jika ditanya adakah saya akan kembali melakukan rawatan yang sama, jawapannya tentu sekali YA! Ini adalah revolusi anti-penuaan terbaik yang pernah saya cuba dan diakui berkesan berbanding perawatan di spa lain. Tanpa sebarang kesakitan, kita boleh terus melakukan rutin seperti biasa, tapi dengan wajah yang lebih muda remaja!
Dah bersedia untuk kembali muda? Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berselindung di sebalik fasa penuaan, banyak wanita yang memilih untuk ‘bersembunyi’ dengan mekap dan rawatan moden. Tapi tidak buat 7 selebriti ini yang bangga melalui usia senja mereka termasuk mempamerkan rambut yang beruban.
Standard kecantikan semakin tidak masuk akal. Wanita sempurna digambarkan dengan kulit yang flawless, licin tanpa kedutan… ibarat seperti tanda penuaan itu satu dosa besar!
Bagi wanita dalam industri seni, mereka terpaksa menurut standard yang ditetapkan – mewarna rambut, memakai rambut palsu dan merawatnya supaya kekal lebat tanpa uban.
Menyedari perkara ini hanya kecantikan palsu dan sementara, makin ramai selebriti A-list yang tampil di bawah spotlight dengan rambut sebenar.
MashaAllah cantiknya anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim. Julai nanti, Marissa meniti usia 16 tahun. Tak dinafikan, semakin meningkat dewasa semakin cantik anak selebriti tersebut.
Malah, wajah Marissa saling tak tumpah rupa paras jelita ibunda tersayang. Sering menarik perhatian peminat kerana statusnya sebagai anak selebriti, Marissa juga menjadi tumpuan kerana penampilannya yang sopan dan menutup aurat.
Disifatkan seorang gadis pemalu dan memiliki wajah yang sejuk mata memandang, Marissa juga sudah bijak memilih gaya yang diinginkan seiring pertambahan usia dan minatnya terhadap kecantikan.
Dek kerana populariti dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, Marissa menerima bermacam-macam paid review daripada followers. Iyalah, orangnya memang dah sedia cantik. Popular pula tu!
Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim dan Maria Danisha.
Yang pasti, kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.
Moga terus istiqamah menjalani ranjau hidup dan menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes pada tahun 1992? Kecantikan luar biasa yang dimiliki selebriti Mexico ini nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut hingga ke hari ini.
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-49 pada 26 Ogos nanti. Maknanya lagi setahun dah masuk usia 50. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah sedikit pun tak menggambarkan umur Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
19 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 12 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 9 tahun. Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya, Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan.. tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 15 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet terbaharunya ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 900 juta tontonan di YouTube!
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan berenang. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Teruja tengok aksinya melakukan teknik pilates sebab bukan mudah untuk mahir dalam rutin tersebut kerana memerlukan keseimbangan tubuh yang tinggi.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh seksi seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia yang bakal memasuki usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Kredit foto: Instagram Thalia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!