21 Tahun Jadi Suami Isteri, VICTORIA & BECKHAM Saling Berbalas Ucapan Romantis!

Diam tak diam dah lebih dua dekad pasangan selebriti terkenal dunia ini bergelar suami isteri. Walau usia perkahwinan Victoria Adams dan David Beckham sudah mencecah 21 tahun namun kemesraan di antara mereka masih mekar seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta! Buktinya, setiap kali tanggal 4 Julai menjelang… baik Victoria mahupun Beckham tidak terlepas mengungkap ucapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan mereka berdua.

Terbaru, bersempena ulang tahun perkahwinan ke-21 pemilik label fesyen Victoria Beckham ini memuatnaik video romantis di Instagram miliknya yang mempunyai lebih 28 juta followers. Kongsi Victoria atau lebih dikenali dengan gelaran Posh, “I can’t believe it has been 21 years since we said “I do”. Four children, four dogs, so much laughter and I love you more each day!”

Biarpun baru tiga hari dimuatnaik namun video tersebut meraih lebih 5 juta tontonan dan menerima hampir 17 ribu komen!

Enggan terlepas meraikan momen istimewa berkenaan, bekas bintang bola sepak Real Madrid ini turut menitipkan ucapan yang menyentuh perasaan. Malah, Beckham terbuka berkongsi detik awal dia mula tertawan dengan pesona anggota kumpulan Spice Girls berkenaan. Tak sangka, daripada sekadar meminati dari kaca televisyen sahaja akhirnya Beckham berjaya menambat hati Victoria.

“Well about 23 years ago I was sat in a room with Gary Neville and the spice girls were on the TV and I turned around to him and said “ohhhh I like that one in the little black catsuit” who would have thought that all these years later we are celebrating 21 years of marriage and have 4 of the most beautiful and perfect kids.. Thank you & Happy Anniversary I Love You Victoria Beckham.”

Memetik laporan Hello Magazine, pasangan paling berpengaruh di UK ini mula bertemu pada tahun 1997. Dua tahun menyulam cinta, Victoria melahirkan bayi lelaki comel diberi nama Brooklyn pada Mac 1999. Hampir empat bulan selepas bergelar ibu, Victoria dan Beckham dilaporkan ‘terbang’ ke Ireland untuk melangsungkan perkahwinan. Negara Ireland dipercayai menjadi lokasi tumpuan bagi pasangan berprofil tinggi untuk berkahwin.

Pada majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu, Victoria anggun menyarung busana indah rekaan Vera Wang. Tiga tahun berikutnya, mereka dikurniakan cahaya mata
kedua yang diberi nama Romeo yang dilahirkan di London diikuti anak ketiga, Cruz yang lahir pada Februari 2004.

Rumah tangga Victoria dan Beckham lebih meriah dengan kelahiran anak keempat yang merupakan satu-satunya anak perempuan pada tanggal Julai 2011. Bayi perempuan comel tersebut diberi nama Harper Seven.

Tidak hanya hebat menjadi isteri dan ibu, Victoria turut melakar kejayaan sendiri apabila dia dinamakan sebagai UK’s Most Successful Entrepreneur 2014 menerusi perniagaan
label fesyen Victoria Beckham. Dalam masa 5 tahun sahaja, empayar niaga Victoria berjaya mencatat jualan daripada 1 juta pound sterling ke 30 juta pound sterling!

IKLAN
Share