Low profile isteri kepada bekas jaguh badminton negara ini. Meskipun Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek merupakan seorang lagenda sukan tanah air namun Datin Azehan Abdul Halim selesa dengan gaya sederhana. Sebagai status isteri kepada public figure, pastinya Datin Azehan tidak terlepas daripada perhatian khalayak.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, pasangan suami isteri romantis ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-21 mereka pada 21 Mac lalu. Lebih sedekad berkongsi hidup suka dan duka, Datuk Rashid dan Datin Azehan Abdul Halim matang menempuh dugaan perkahwinan.
Apatah lagi Datuk Rashid yang kini berusia 56 tahun dan merupakan anak bongsu kepada Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah ini seorang family man.
Datuk Rashid menerusi video temu bual bersama Majalah Keluarga tidak lama dulu mendedahkan dia mula mengenali isteri tercinta sejak wanita tersebut berusia belasan tahun.
“Isteri ialah anak saudara kepada arwah isteri Datuk Misbun Sidek. Saya kenal dari usia dia 13 tahun. Kami mula serius umur saya 34 tahun dan isteri 23 tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan, Azwin, Eizran dan Irfan.
Ads
Diaju sisi peribadi suami sepanjang berkahwin, Datin Azehan menjelaskan dia memahami kerjaya suami sebagai atlet dan jurulatih serta reda hanya sempat bertemu suami enam bulan dalam setahun disebabkan kesibukan Datuk Rashid.
“Alhamdulillah kami jarang berselisih faham. Mungkin sebab Datuk berusia 11 tahun lebih berumur dan dia tahu apa yang terbaik untuk family, saya akan ikut. Saya seorang yang suka bercakap, dia pula mendengar. Tapi bukan berleter ya. Bagi saya komunikasi kami baik, tak ada masalah.”
Datuk Rashid Sidek mempunyai lima beradik iaitu Rusitah, Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Jalani dan Rahman. Kesemua adik-beradik lelaki Datuk Rashid terlibat dalam arena badminton antarabangsa dan mendapat pendedahan serta bimbingan daripada bapa mereka.
Melakar pelbagai kejayaan era 90an, selain pernah memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia Datuk Rashid Sidek juga memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel, Auckland, Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Victoria, Juara Perseorangan Piala Asia, Juara Perseorangan Terbuka Malaysia dan banyak lagi.
Pada tahun 1995 hingga 2005, populariti adik-beradik atlet ini melonjak dan dikenali ramai selepas komik autobiografi jaguh badminton negara iaitu Anak-Anak Sidek diterbitkan. Malah, kisah hidup mereka juga disiarkan dalam siri animasi Anak-Anak Sidek.
Selain itu, Datuk Rashid juga pernah membintangi filem Cinta 200 Ela pada tahun 2002.
Legenda badminton negara yang berjaya membawa Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kebelakangan ini kes penceraian dan pergolakan rumahtangga artis dan selebriti tempatan hangat diperkatakan. Dari satu-satu kisah ‘luar dan dalam’ perkahwinan mereka heboh dikongsikan dari kedua-dua pihak. Dan baru-baru ini, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat memuji sikap Mizz Nina dan Noh Hujan yang cukup bijak dan matang dalam menangani masalah rumah tangga tanpa perlu ‘melondeh’ atau membuka aib sesiapa.
Menurutnya, golongan selebriti tidak perlu berkongsi aib pasangan meskipun berdepan kemelut dan masalah rumah tangga. “Mizz Nina juga yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahu kan tanpa melondehkan aib masing-masing di depan kita semua,” tulisnya.
Selain itu, warga maya juga turut sempat mengimbas bagaimana penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim yang turut sama mengambil pendekatan tidak berkongsi masalah rumah tangga mereka yang membawa kepada penceraian pada 2006.
Malah gambar mereka berdua bersama-sama memandu ke mahkamah serta Yusry memayungi Erra ke mahkamah menyelesaikan kes penceraian mereka mula dikongsikan oleh warga maya di media-media sosial, memuji keterbukaan hati mereka menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka tanpa perlu menyebarkan aib.
Untuk rekap, sekitar 1999, Erra mulai rapat dengan Yusry apabila mereka digandingkan menerusi filem Mr Cinderella. Khabar angin tersebut mengesahkan yang mereka menjalinkan hubungan istimewa dan pada tahun 2003, Erra diijabkabulkan pada 15 Jun di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Malah majlis persandingan penuh gemilang mereka berdua dianggap Wedding of the Year itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.
Namun, selepas dua tahun menjalani kehidupan berumahtangga, perkahwinan mereka tidak bertahan lama selepas mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung untuk seketika. Erra dan Yusry akhirnya bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.
Selepas bercerai, kedua-dua Erra dan Yusry meneruskan kehidupan mereka di mana Yusry berkahwin dengan pelakon Lisa Surihani pada Februari 2012, dan Erra berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014, dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Di ruangan komen portal-portal, ramai warga maya menyatakan respon masing-masing dan mengakui teruja dan tersentuh bagaimana kedua-duannya menamatkan perkahwinan mereka dengan cara yang matang dan profesional.
NONA mendoakan agar semua pihak akan menemui jalan kebahagiaan yang diidamkan dan kekal gembira bersama yang tersayang hingga ke akhir hayat hendaknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya, dalam kerancakan bakal bertanding sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024, Kris Dayanti menerima khabar gembira apabila anak sulungnya Aurel Hermansyah mengesahkan dirinya kini hamil cahaya mata kedua.
Pasangan selebriti tersohor Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah baru-baru ini berkongsi khabar gembira bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Atta dan Aurel yang melangsungkan pernikahan pada 3 April 2021 itu mengumumkan berita gembira itu di akaun media sosial masing-masing minggu lalu. Malah, usia kandungan Aurel kini sudah mencecah usia empat bulan.
Aurel merupakan anak sulung penyanyi dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti hasil perkahwinan petama dengan Anang Hermansyah, sementara Atta pula seorang YouTuber dan usahawan berjaya di negara itu.
Baru-baru ini, Kris Dayanti telah mendaftar untuk mencuba nasib sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024. Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) khususnya mengesahkan 14 selebriti bakal mewakili parti politik itu pada PEMILU 2024.
Aurel dan Atta dikurniakan anak pertama iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang lahir pada 22 Februari 2022. Sebelum itu, Aurel juga pernah dilaporkan mengalami keguguran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masanya untuk buat duit raya dengan cara yang mudah, semudah di hujung jari dan dari rumah sendiri sahaja. Tanpa perlu modal, tidak perlu ke sana sini, menyimpan stok atau membuat penghantaran barang kerana semua itu akan diuruskan oleh pihak Rizman Ruzaini. Anda hanya perlu menghantar senarai barangan RR yang dipesan oleh pelanggan kepada Rizman Ruzaini sahaja.
Tidak dinafikan Ramadan dan Syawal antara bulan yang menjanjikan rezeki yang lebih kepada mereka yang berusaha. Inilah bulan di mana kebanyakan masyarakat berbelanja lebih dari kebiasaan untuk memenuhi keperluan perayaan di Aidilfitri. Walaupun RR Empire sudah ditubuhkan pada hujung tahun yang lalu, namun hari ini ia diperkenalkan secara rasminya bersempena kempen koleksi RR Raya 2023.
“Degan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, kami mahu sama-sama membantu mereka yang berhasrat untuk buat duit raya bagi menampung keperluan Aidilfitri nanti. Kami faham, ada sesetengah golongan yang tiada pekerjaan tetap, suri rumah, pelajar dan sebagainya yang mahu cari pendapatan sampingan tapi tiada modal, masa, ilmu bisnes dan sebagainya. Maka, di sini kami tawarkan anda bergelar RR Icon di bawah program Rizman Ruzaini Empire untuk sama-sama membina kejayaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Menurut Rizman, mereka juga akan dibimbing oleh ‘coach’ profesional dan turut diberikan kelas intensif secara percuma bagi berkongsi modul terbaik untuk menjual dan mempromosikan barangan dengan cara yang efektif. Pendek kata, RR Icon akan dibantu dari sekecil-kecil perkara. Apa yang diperlukan hanyalah usaha dan kemahuan daripada RR Icon itu sendiri.
Rizman Ruzaini Empire juga mempunya sistem pemantauan jualan yang efisyen dan teratur. Dari situ, setiap RR Icon boleh melihat secara jelas profit yang mereka berjaya buat untuk satu-satu masa itu. Ia bersifat jelas dan nyata. Setakat ini, mereka sudah pun mempunyai lebih 1000 RR Icon yang berdaftar. Ada antara RR Icon tersebut yang telah membuat jualan mencecah RM2 juta!
”Banyak lagi faedah yang diperolehi oleh RR Icon apabila menjadi keluarga kami, tidak terhad kepada profit semata-mata. Sebagai contoh sekiranya anda berjaya mencapai level RR Majestic, anda berpeluang untuk ditawarkan ganjaran seperti rumah, kereta dan sebagainya. Sangat rugi jika anda melepaskan peluang keemasan ini,” tambah Rizman lagi.
Malah, Rizman juga sangat yakin dengan pengaruh yang dimiliki jenama Rizman Ruzaini ini. Juallah apa jua jenis barangan, dengan kualiti terbaik yang diberikan ia dengan mudahnya mampu menawan hati pelanggan. Apatah lagi, produk Rizman Ruzaini sentiasa menjadi pilihan kebanyakan selebriti popular tanah air. Inilah kelebihan RR Icon untuk’menjual’ nama Rizman Ruzaini dengan mudahnya.
Rizman Ruzaini berharap kempen Raya RR ini akan menjadi platform permulaan yang baik untuk RR Icon memulakan langkah bersama keluarga Rizman Ruzaini. Tidak terhenti hanya di bulan Ramadan dan Syawal, tetapi berterusan sampai bila-bila. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa perancangan yang ’solid’.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.