Seramai 27 ibu tunggal dan beliawanis di Terengganu berjaya menamatkan kursus perusahaan madu kelulut anjuran ExxonMobil dengan kerjasama Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu pada 20 September 2017 lalu.
Program selama tiga hari yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif ExxonMobil dalam usaha meningkatkan peluang dan penglibatan golongan wanita di bidang ekonomi melalui usaha pembangunan kemahiran di samping penyediaan program sokongan.
Antara pelatih Program Keusahawanan Madu Kelulut anjuran YDSM dan ExxonMobil.
Penyampaian sijil kepada para peserta disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Haji Mohd Fadzli Yusof,
Ads
Program terbaharu itu dilaksanakan susulan kejayaan program sama membabitkan projek perusahaan cendawan dalam kalangan ibu tunggal dan beliawanis yang dirintis Exxonmobil dan YDSM sejak 2008.
Ads
Dato’ Haji Mohd Fadzli Bin Yusof
Menurut Dato’ Fadzli, kali ini ExxonMobil menyumbangkan kira-kira RM70,000 bagi program perusahaan madu kelulut dan pihaknya proaktif untuk memantau peserta terutama dalam tempoh tiga bulan pertama.
Ads
“Diharap latihan dan sokongan yang disediakan dapat memberi rangsangan kepada mereka terutama dalam memajukan diri sekali gus meningkatkan pendapatan masing-masing,” jelas beliau.
Pengurus Taman Pertanian Sekayu menunjukkan kaedah mengeluarkan madu kelulut dari sarang kelulut kepada pelatih program.
Program latihan keusahawanan di bawah The ExxonMobil Women Economic Opportunity Initiative (EWEOI) itu secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu tunggal serta beliawanis menjana pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup diri serta keluarga. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, inilah sikap yang ramai orang Malaysia hendak tengok! Dan paling mengagumkan, tindakan terpuji ini dilakukan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam. Syabas!
Baru sahaja menerajui kementerian tersebut, enam hari lalu.. Syed Saddiq sudah mula mencipta senario baru dalam arena sukan. Hadir menyaksikan perlawanan di antara Selangor dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, kelibat Menteri Belia dan Sukan ini dilihat cukup santai dengan menyarung jersi kebangsaan.
Meskipun ‘terdengar’ cakap-cakap sumbang yang memperlekehkan niat Ahli Parlimen Muar ini, namun rata-rata masyarakat menyenangi usaha berkenaan.
Iyalah, sekurang-kurangnya masyarakat kita sudah mula peka dengan moral kebersihan ketika menonton bola sepak di stadium.
Harap, amalan ini tidak hanya dipraktikkan di stadium saja bahkan ketika berada di mana-mana tempat dan acara sekalipun. Barulah kemajuan sukan dan mentaliti penyokong berjalan seiring.
Kredit foto: malaysia 1news
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian yang dicemburui, kebaikannya disebut-sebut dan urusan wafatnya dipermudahkan. Mungkin itulah bahagian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi jangkitan COVID-19.
Wafat dalam keadaan yang baik (husnul khatimah) menjadi impian setiap mukmin. Nona tertarik berkongsi pengalaman seorang pegawai perubatan kerajaan, Dr Mohammad Aiman Hazim yang terlibat secara langsung di unit COVID.
Pengalaman beliau yang berdepan pelbagai situasi melibatkan pesakit COVID-19 termasuk ramai ibu hamil benar-benar menyedarkan betapa kematian itu sangat pasti dan dekat dengan kita.
“Kisah Allahyarhamah Siti Sarah bukanlah yang pertama dan bukanlah yang terakhir. Kami yang bekerja di hospital terutama yang merawat secara terus pesakit COVID-19 telah melihat ratusan ibu mengandung yang dimasukkan ke hospital kerana wabak pandemik ini malah puluhan yang terpaksa dikejarkan ke ICU.
Cuma mungkin Allah ingin memuliakan beliau dengan mengangkat kisah ini tular sebagai satu peringatan kepada kita bahawa komplikasi COVID-19 itu benar.
COVID-19 di sebalik kehamilan ini sangat sukar. Sukar untuk diceritakan. Keluarga tidak boleh berjumpa. Komplikasi bayi pramatang sudah pasti akan berlaku apabila ibu hamil positif COVID-19 terpaksa menjalani pembedahan semasa proses melahirkan bagi mengelakkan risiko yang lebih serius.
Anak dan ibu diasingkan. Suami dipisahkan. Hanya dapat menelefon dari kejauhan bertanya… ‘Doktor, isteri saya bagaimana?’ Hanya suara anak-anak kecil kedengaran di corong telefon menangis bila boleh berjumpa dengan ibu?
Sukar, sangat sukar.
Banyak kisah yang tidak ditularkan tetapi kita di hospital tahu kisah ini bukan pertama. Ada yang kematian ibu dan ayah tercinta. Ada adik-beradik yang meninggal walaupun usia muda dan tiada penyakit.
Trend terkini ramai pesakit yang muda-muda bawah 40-an mula menempah masuk ke wad-wad memerlukan bantuan oksigen.
Berada di sebalik wad COVID-19 mengajar kepada diri ini, bahawa Allah adalah tempat kita berserah. Selain berusaha dengan beriktiar dengan cara yang ada.
Persiapan terhadap segala kemungkinan sangat perlu terutama yang mengejut sewaktu pandemik.
Beramal dan bertaqwalah. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita bersama.
Kita pasti akan menyusul.
Alfatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
Semoga perkongsian Dr Aiman Hazim ini meningkatkan kewaspadaan kita terhadap betapa berisikonya penyakit COVID-19, sekaligus melindungi diri serta ahli keluarga daripada jangkitan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman berubah. Kini tahap populariti seseorang terutamanya selebriti lebih mudah ditentukan melalui jumlah followers mereka di media sosial seperti Instagram.
Artis antarabangsa terkenal, Selena Gomez telah dinobatkan gelaran Selebriti Paling Popular Dunia kerana mempunyai paling ramai followers atau pengikut di akaun Instagramnya iaitu berjumlah 130 juta. Selena berjaya mengalahkan teman baiknya Taylor Swift yang hanya memiliki 104 juta pengikut.
Jika dilihat dari lnstagram penyanyi lagu Hands To Myself ini, setiap kali Selena Gomez memuat naik foto baru pasti mendapat jutaan Like. Apakah yang membuatkan gadis ini sungguh istimewa? Hanya peminat dan pengikut Selena yang boleh menjawabnya.
Bagaimana pula dengan selebriti tempatan? Sehingga 26 November 2017 ini, siapakah yang mempunyai paling ramai pengikut di laman Instagram? Jom semak senarai di bawah.
#12 Fattah Amin, 2.4 JUTA
Populariti pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ini melonjak apabila memegang watak Kapten Ejaz Fakhri dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Juara Hero Remaja 2012 ini baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fazura sebelum berangkat mengerjakan ibadah umrah.
#11 Fasha Sandha, 3 JUTA
Hadir dalam dunia seni lakonan dengan bakat dan disiplin yang tinggi. Apa sahaja watak yang diberi kepadanya pasti dijayakan dengan penuh sempurna. Fasha mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli.
#10 Lisa Surihani, 3.1 JUTA
Bermula sebagai seorang model, Lisa menceburi bidang lakonan dalam usia yang muda. Melalui bakat seni lakonan yang mantap dan pakej rupa paras yang cantik, Lisa terus menjadi pilihan penerbit drama dan filem. Selepas mengakhiri zaman bujang bersama penyanyi dan pemuzik Yusry KRU, kini Lisa dikurniakan 2 orang anak yang comel.
#9 Nur Fazura, 3.2 JUTA
Pelakon yang membawakan watak utama dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia ini terkenal sebagai selebriti paling bergaya. Kini Fazura terus melakar nama dalam industri dengan menjadi penyanyi. Kini pelakon yang mempunyai jenama baju House of Doll ini terus rancak merencana langkah dalam perniagaan pula.
#8 Rozita Che Wan, 3.4 JUTA
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, selain terkenal dengan rupa parasnya yang cantik langsing ini juga boleh membawakan watak komedi. Begitu komited dalam dunia lakonan sehingga pernah memenangi beberapa anugerah dalam dunia lakonan.
#7 Awal Ashaari, 3.4 JUTA
Berkongsi jumlah pengikut dengan Che Ta, nama Awal Ashaari lebih menyerlah dalam dunia pengacaraan. Kepetahannya bertutur di hadapan kamera membuat penerbit TV sering memilihnya sebagai pengacara. Menjadi di antara pasangan selebriti popular setelah berkahwin dengan pelakon dan model Scha Alyahya.
#6 Elfira Loy, 3.7 JUTA
Elfira menceburkan diri dalam bidang seni dalam usia yang begitu muda. Selain berlakon, Elfira turut mengembangkan bakat sebagai seorang pengacara. Baharu sahaja mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Suffian Suhaimi, Elfira juga sering menjadi pilihan jenama kecantikan menyuntingnya sebagai duta produk.
#5 Hanis Zalikha, 3.8 JUTA
Nama Hanis Zalikha terkenal sebagai blogger pada awal kemunculannya. Kemudian telah mula berlakon dan mengacara program TV. Hanis telah berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen dan mendapat seorang anak lelaki yang comel, Yusof Iskandar.
#4 Scha Alyahya, 4 JUTA
Nama Scha mula menjadi sebutan apabila menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Bergelar ibu kepada Lara Alana yang turut mempunyai pengikut yang ramai di Instagram iaitu 2.9 juta.
#3 Dato’ Sri Siti Nurhaliza, 4.3 JUTA
Penyanyi bersuara emas ini menduduki tempat ketiga dalam carta pengikut paling ramai di Instagram. Dato’ Sri Siti Nurhaliza bijak dalam mengatur perjalanan seninya sehingga kekal sebagai penyanyi Nombor 1 Malaysia. Beliau kini sedang mengandungkan anak pertama dengan perkahwinannya bersama Dato’ Sri Khalid Jiwa.
#2 Nora Danish, 5 JUTA
Suatu ketika dahulu Nora telah mengungguli takhta dengan gelaran selebriti paling ramai pengikut di Instagram. Kini Nora yang telah jatuh di tempat kedua juga sedang mengandungkan anak keduanya bersama Nedim Nazri.
#1 Neelofa, 5.2 JUTA
Neelofa merupakan selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut di Instagram. Juga merupakan bekas Juara Dewi Remaja Neelofar terus melakar nama dalam bidang modelling, lakonan dan pengacaraan. Neelofa juga sedang rancak dengan perniagaan tudung dan minyak wangi. Berapa lama Neelofa mampu mengekalkan gelaran ini,hanya peminatnya yang dapat memastikan. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.