3 Tahun Sorok Wajah Anak, DATIN SERI HAFLIN Akhirnya Dedah Wajah JP & Mahu Bebas Kontroversi!

Hanya selepas anak sulungnya bersama bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berusia tiga tahun… barulah Datin Seri Haflin berani mengumpul kekuatan untuk mendedahkan wajah anak kecil tersebut kepada umum. Diberi nama Jean Pierre Azize atau lebih mesra dengan nama panggilan JP, pendedahan eksklusif tersebut dibuat ketika pelancaran buku masakannya Cook With Love by Haflin semalam.

Pernah menjadi perhatian netizen di laman media sosial tahun lalu lantaran kelantangannya menyuarakan pendapat berhubung status perkahwinan bersama Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut, Datin Seri Haflin sambil tersenyum dengan nada tenang berkata mahu mengambil semangat tahun 2019 untuk membuka lembaran baru serta bebas dari sebarang kontroversi.

Tatkala ditanya apa yang membuatkan beliau terbuka hati untuk berkongsi wajah permata hatinya JP, ini jawapan telus Datin Seri Haflin. “JP dah nak masuk umur 3 tahun dan saya rasa ini adalah masa yang terbaik kerana kini saya lebih tenang. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada keluarga dan teruskan kehidupan seperti orang lain. Saya mengharapkan agar tahun 2019 akan menjadi tahun yang terbaik untuk kami sekeluarga, inshaAllah.”

Mengulas peribadi permata hatinya itu, Datin Seri Haflin memberitahu melihat JP meningkat usia saban tahun merupakan momen yang cukup indah buat dirinya. “JP seorang kanak-kanak yang aktif dan manja dengan kami berdua. Tambahan lagi, dia sekarang dah mula pandai bercakap.

Baik suami mahupun saya sendiri, kami sepakat untuk menggunakan Bahasa Inggeris ketika bercakap dengannya. Memang kami mahu dia didedahkan dengan bahasa tersebut,” tuturnya penuh jujur.

Dalam pada itu, memilih 9 Januari sebagai tarikh pelancaran buku masakan Cook With Love by Haflin.. bekas pengacara tinggi lampai ini ada sebab tersendiri berbuat demikian. “Memandangkan perayaan Tahun Baru Cina dan Valentine bakal tiba Februari ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi resipi yang ada dalam buku ini supaya dapat dijadikan rujukan dan peluang kepada pembaca menyediakan masakan enak kepada insan tersayang.

Jujurnya, idea untuk menghasilkan buku masakan ini datang tanpa di duga sebab saya tak terfikir pun sebelum ini. Tapi sejak dari bulan Ogos tahun lepas, ketika saya dan suami banyak ke luar negara atas urusan kerja dan saya pula banyak masa memasak di dapur.. jadi dari situ timbulnya niat untuk ada buku masakan sendiri.

Lebih-lebih lagi lepas pilihanraya lalu suami banyak meluangkan masa di rumah bersama saya dan anak. Being together with family is really good so I want to encourage all the women out there to cook at home and to be more home oriented. 

Dalam buku ini juga ada 22 resipi makanan sihat yang ada sebahagian daripadanya ialah resipi ibu saya. Kebanyakan resipi adalah makanan kegemaran suami sebab dia memang suka juadah Melayu. Misalnya, Sambal Udang Petai dan Daging Goreng Kunyit Kelantan style

.

Saya sediakan dengan cara yang sihat menggunakan bahan-bahan organik. Bila memasak memang saya akan gunakan minyak zaitun dan guna Gula Melaka sebagai pengganti gula sementara untuk hidangan yang mempunyai susu, saya gantikan dengan almond milk. 

Saya juga tidak menggunakan kiub masakan sebaliknya lebih selesa menyediakan stok masakan sendiri. Contohnya, kalau nak dapatkan stok ayam saya akan rebus ayam dan gunakan air rebusan untuk dicampur ke dalam masakan.”

Patutlah Datin Seri Haflin maintain langsing dan sihat. Ini rupanya rahsia beliau! Bagi anda yang ingin mendapatkan buku masakan Cook With Love by Haflin boleh dapatkan secara online di www.we-love.co.

 

Kredit: Instagram Datin Seri Haflin

 

IKLAN
Share