30 Tahun Dalam Industri Hiburan AGNEZ MO Berjaya Raih 194 Anugerah, Mahu Terus Beri Yang Terbaik

Selama 30 tahun dalam industri muzik Indonesia dan antarabangsa, penyanyi Agnez Mo berjaya meraih 194 anugerah. Wow, banyak tu!

Anugerah yang diterima oleh Agnez Mo bermula daripadas anugerah muzik sehinggalah kepada filem dan sinetron.

Memetik perkongsian penyanyi berusia 36 tahun ini kepada kapanlagi.com, anugerah-anugerah tersebut bukan sekadar koleksi sebaliknya menjadi pencetus semangat serta motivasi buat dirinya untuk terus memberikan yang terbaik buat industri.

“Saya berterima kasih atas semua anugerah dan ianya menjadi motivasi.”

Bukan itu sahaja, menurut Agnez Mo semua anugerah itu merupakan pencapaian terbaik yang pernah diraihnya dengan usaha gigih. Kerana itu, impiannya untuk ke peringkat antarabangsa kini menjadi kenyataan.

 

“Sehingga kini saya masih belajar, kerana mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga dan peminat,” katanya.

LAGU JADI PILIHAN STESEN RADIO AMERIKA
Anugerah terakhir yang diterima Agnez Mo diterima pada 2019 apabila memenangi Anugerah Muzik iHeartRadio 2019 dalam kategori Anugerah Bintang Sosial.

Kemudian pada 2020, Agnez Mo berada di tempat kedua sebagai calon Best Fan Army iaitu kategori artis dengan peminat terbaik dalam Anugerah Muzik iHeartRadio 2020.

Kredit Foto: Instagram Agnes Mo

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share