4 IJAZAH & 1 PhD Dalam Masa 15 Tahun, DR SOO WINCCI Turut Terima 2 Anugerah Malaysia Book of Records!

Pencapaian Dr Soo Wincci bukan calang-calang! Kejayaannya meraih empat ijazah dan satu PhD dalam masa 15 tahun seperti yang diketahui umum baru-baru ini bukan sahaja menyuntik inspirasi kepada penggiat seni untuk terus menimba ilmu… bahkan menjadi pembakar semangat kepada kaum wanita agar tidak mudah berputus asa mengejar impian hidup.

Meskipun namanya sudah mempunyai tempat di hati masyarakat di Malaysia namun aktres yang juga bekas ratu cantik ini tetap menjadikan pelajaran sebagai keutamaan. Belum pun reda dengan berita amalan berpuasa Wincci yang memasuki tahun ke-8 pada Ramadan lalu dan tidak pernah terlepas puasa 6… kali ini namanya kembali menjadi bualan ramai apabila dia berjaya menamatkan pengajian ijazah keduanya, Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.

Ketika menghadiri majlis graduasi yang berlangsung semalam… jelitawan berusia 34 tahun ini menyifatkan segala kerja keras dan pengorbanannya meninggalkan seketika industri seni negara tatkala namanya sedang berada di puncak, memberi kepuasan yang tidak terhingga dengan apa yang telah dimiliki sekarang.

Memetik kenyataan Wincci kepada Sinar Harian, “Wincci melepaskan semua di Malaysia untuk mengejar impian. Ini merupakan satu risiko yang amat besar kepada Wincci. Daripada seorang artis yang hanya fokus dalam persembahan kepada penerbit yang perlu dilengkapi dengan ilmu teknologi, ia ia merupakan satu langkah yang amat besar yang perlu diambil.

Dengan tahap yang tinggi dan latihan bertubi-tubi, Wincci hampir berputus asa. Tapi dengan keazaman dan kerja keras, pada tahun lalu 2018… Wincci berjaya mendapatkan ijazah sarjana kedua di sini.”

Lebih membanggakan, pada majlis graduasi tersebut Wincci turut melakar sejarah tersendiri bukan saja kepada dirinya tetapi juga kebanggaan rakyat Malaysia apabila dia menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengiktirafan berkenaan ialah Most Numbers of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Numbers of Academic Degress Obtained by A Recording Artist.

Wajah Wincci ketika menyertai pertandingan Ratu Cantik

Selain dua ijazah sarjana di Sepanyol, Wincci juga memiliki Ijazah Undang-Undang dari University of Reading, UK; Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Sunshine Coast, Australia; Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia.

Tambah Wincci lagi, “Wincci akan membina base di Sepanyol dan dalam masa sama akan terbang berulang-alik ke Asia untuk rakaman TV dan persembahan. Wincci berharap ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar terus belajar teruskan perjalanan impian semua.”

 

Kredit foto: Instagram Dr Soo Wincci

 

 

IKLAN
Share