4 Tahun Trying to Conceive (TTC), MONA ALLEN & Pekin Ibrahim Timang Bayi Merdeka

Setelah empat tahun berusaha untuk hamil (Trying to Conceive) atau TTC, pelakon jelita Mona Allen selamat bergelar ibu kepada bayi lelaki pada 31 Ogos 2022 pukul 2.39 pagi.

Mona berkongsi berita gembira itu di Instastory serta meluahkan kesyukuran kerana telah selamat melahirkan bayi sulung. Dia turut memberitahu dirinya dan bayi berada dalam dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat.

“Bayi merdeka lahir pukul 2.39 pagi tadi,” tulisnya.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza, 37, merupakan isteri kepada pelaokn serta pengarah terkenal, Pekin Ibrahim.

Terdahulu, Mona yang dikenali dalam drama Monalisa ini pernah berkongsi tentang berita kehamilan ketika usia kandungannya enam bulan.

Pada 16 Ogos 2022, Mona dan Pekin berkongsi momen-momen indah ‘baby shower’ bagi meraikan kedatangan zuriat sulung yang ditunggu-tunggu selama ini.

Pada majlis itu juga, mereka turut mendedahkan jantina bayi kepada umum.

Tahniah kepada Mona dan Pekin. Selamat datang ke dunia parenthood. Semoga menjadi ibu bapa yang terbaik.

Selamat berpantang juga buat Mona. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kredit Foto: Instagra, Mona Allen

IKLAN
Share