5 Makanan Ini Boleh Bantu Tambah DARAH MERAH, Bagus Untuk Ibu Hamil Juga

Masalah kekurangan sel darah merah atau anemia boleh membuatkan anda pening kepala, susah fokus, kelesuan, sering berasa sejuk, kebas anggota badan dan kelihatan pucat.

Hal ini demikian kerana sel darah dalam tubuh badan anda tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan tisu badan.

Malahan, anemia selalu terjadi kepada ibu yang sedang hamil dan ia boleh memberi kesan yang buruk seperti bayi lahir pra matang, bayi kurang berat badan dan perkembangan bayi yang lambat.

Nona kongsikan antara makanan yang boleh menambah darah merah terbaik untuk anda.

 

1.KERANG

Kerang memang sangat terkenal untuk merawat anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian dengan cara yang berbeza untuk mengelakkan kebosanan.

 

2. HATI

Hati ayam dipercayai boleh menambah kepekatan darah. Namun pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.

 

3. TELUR

Pengambilan telur kuning boleh menambahkan darah merah dalam badan anda kerana ia kaya nutrien seperti zat besi.

 

4.DAGING MERAH

Daging merah mengandungi kandungan zat besi yang tinggi dan sangat berguna untuk penghidap anemia. Kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.

 

5. BUAH DELIMA

Buah delima dapat mengekalkan kandungan darah merah dalam badan selain sumber zat besinya yang kaya.

 

IKLAN
Share