Gaya Hidup

5 Tip Mudah Hilangkan KESAN DEODORAN Pada Pakaian, Semuanya Gunakan Barang Dapur Jer!

Deodoran merupakan produk penting yang wajib ada dalam kehidupan seharian kita. Ia penting untuk memastikan bahagian bawah lengan anda sentiasa harum dan bersih.

Namun deodoran juga boleh meninggalkakesan kekuningan pada pakaian. Jika perkara ini terjadi, jangan buang pakaian atau menghabiskan wang dengan menghantarnya ke dobi. Ada cara yang lebih mudah dan selamat. Nona kongsikan 6 tip mudah hilangkan kesan deodaran pada pakaian anda!

(a) GARAM

Kaedah ini dapat membantu untuk menghilangkan kesan kotoran lama yang ada pada pakaian anda. Kaedah ini selamat untuk digunakan pada pakaian putih dan juga pada pakaian berwarna. Ambil sedikit garam, basahkan kesan kotoran dan sapukan garam di atasnya. Biarkan ia selama 8 hingga 12 jam atau semalaman, kemudian basahkan pakaian sekali lagi dan sapukan lebih banyak garam. Gosok sedikit bahagian berkenaan dan letakkan pakaian di dalam mesin basuh dan pilih kitaran basuh yang diperlukan.

(b) CUKA

Basahkan kesan kotoran dengan cuka dan biarkan ia semalaman. Cuci pakaian seperti biasa. Kaedah ini boleh digunakan pada pakaian berwarna, fabrik bulu dan kain semula jadi yang lain. Elakkan daripada menggunakan cuka pada pakaian putih kerana pakaian anda boleh menjadi kekuningan.

(c) JUS LEMON

Anda juga boleh menggunakan jus lemon untuk menghilangkan kesan deodoran yang baharu. Sapukan beberapa titis jus lemon pada kesan kotoran. Biarkan ia selama lima hingga sepuluh minit dan basuh pakaian dalam air suam.

(d) CECAIR PENCUCI PINGGAN

Sabun pencuci pinggan boleh menghilang kesan kotoran degil termasuklah kesan daripada deodoran. Sapukan sabun pencuci cecair pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas pakaian anda.

IKLAN
Share