500 Pemimpin Negara Seluruh Dunia Bakal Hadiri Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II, pada Isnin depan, dijangka menjadi perhimpunan terbesar dihadiri ahli politik dan kerabat diraja dari seluruh dunia.
BBC melaporkan, kira-kira 500 pemimpin negara dan tetamu asing dijangka menghadiri upacara berkenaan.

Kenderaan membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II tiba di Istana Buckingham. Foto: Reuters

Majoriti daripada pemimpin dunia akan diminta menaiki pesawat komersial dan menaiki bas dari satu lokasi di barat London.

Keranda ratu kini bersemayam di Westminster Hall selama empat hari sehingga hari pengebumian negara pada Isnin ini. – UPI
Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima dari Belanda.

Upacara itu akan diadakan di Westminster Abbey, yang mempunyai kapasiti 2,200 orang. Menurut BBC, Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima, dari Belanda, dijangka menjadi antara tetamu diraja.

Selain itu, ahli keluarga diraja Eropah yang kebanyakannya mempunyai pertalian darah dengan Elizabeth, dijangka hadir. Raja Belgium, Raja Philippe dan Permaisuri Mathilde sudah mengesahkan kehadiran.

Raja Felipe dan Permaisuri Letizia dari Sepanyol

Raja Felipe dan Permaisuri Letizia dari Sepanyol juga sudah menerima jemputan, termasuk keluarga diraja Norway, Sweden, dan Demark.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan isteri, Jill Biden mengesahkan kehadiran mereka ke London isnin hadapan.

Dalam pada itu, Rumah Putih mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan hadir bersama isterinya, Jill Biden, namun difahamkan mereka tidak akan menaiki bas untuk majlis berkenaan.

Presiden India Narendra Modi masih tidak mengesahkan kehadiran, manakala ketua negara-negara Komanwel, dijangka hadir.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan Perdana Menteri Kanada, sudah menerima jemputan.

Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier

Dalam pada itu, Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier dan Presiden Itali Sergio Mattarell, akan menghadiri majlis berkenaan.

Turut hadir, Presiden Korea Selatan Yoon Suk-Yeol dan Presiden Brazil Jair Bolsonaro.

BBC melaporkan, tidak diketahui sama Presiden China Xi Jinping, menerima jemputan. Iran pula hanya akan diwakili oleh pegawai peringkat duta.

Manakala Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin, 19 September 2022.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 September lalu.

Namun, menurut koresponden diplomatik BBC, James Landale, tiada undangan untuk tetamu rasmi dari Rusia, Belarus, atau Myanmar.

IKLAN
Share