6 Anak & Bibik Sepakat Buat Kejutan Anniversary Ke-13, Datin Rebecca Cukup Serba-Serbi

Ulang tahun perkahwinan Datin Rebecca Nur Al-Islam pada tahun ini mungkin berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya kerana jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Namun begitu, tarikh 14 Januari 2021 meninggalkan momen terindah buat selebriti berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab ini apabila anak-anak dan pembantu rumahnya sepakat buat kejutan.

Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad

“Terkejut mummy

. Alhamdulillah, sampai-sampai rumah macam biasa la mummy suka amik video anak-anak mummy sambut mummy balik dari kerja. Haaa, this time special mummy and papa dapat surprise dari anak-anak mummy dan kakak-kakaknya. Ya Allah thank you kesayangan mummy semua, I love you guys so much,” tulis Datin Rebecca di laman media sosialnya.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad

Datin Rebecca dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan 6 orang anak Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana serta dua orang anak hasil perkahwinan Dato’ Azam yang terdahulu.

Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad

Ketika musim PKP 1.0, Datin Rebecca telah berkongsi pelbagai jenis resipi termasuklah nasi minyak dengan gaya bersimpuh di atas lantai. Datin Rebecca juga telah mengasah bakatnya menjadi tukang gunting rambut dengan menggunting rambut anak-anaknya. Agak-agaknya musim PKP 2.0 ini apa aktiviti yang akan dibuat oleh isteri kepada Dato’ Nur Azam Sulaiman ini.

Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad

Walaupun kehidupan Datin Rebecca dilihat cukup sempurna dengan gelaran seoranga usahawan dan ibu serta dilimpahkan dengan kehidupan mewah yang serba-serbinya cukup namun tetap mahu membina empayar perniagaan sendiri. Datin Rebecca juga beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan daripada suami tercinta, anak-anak. Semoga Datin Rebecca berjaya dalam setiap aspek kehidupan.

Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad

Musim PKP ni beli barang rumah kat sini ja, tak payah keluar rumah #kitajagakita

IKLAN
Share