Gaya Hidup

6 Cara Bantu Ringankan Beban Isteri Menguruskan Rumah Tangga, Para Suami Perlu Tahu!

Menguruskan hal rumah tangga kadangakala suatu perkara yang cukup memenatkan terutama bagi seorang isteri. Lagi-lagi dalam Tempoh Kawalan Pergerakan ini. Tambahan pula, ada para isteri dan ibu yang perlu bekerja dari rumah dan dalam pada masa yang sama perlu menguruskan rumah tangga termasuk menguruskan anak, mengemas rumah dan memasak .

Walaupun ia merupakan tanggungjawab isteri, namun ia boleh dibantu suami bagi meringankan tugas isteri. Tambahan pula, isteri juga bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Peranan suami dalan urusan menguruskan rumah tangga amat penting dalam memastikan kebahagiaan sentiasa dikecapi bersama. Ia bukanlah di tangan isteri semata-mata.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak harus diterajui bersama agak bukan sebelah pihak sahaja yang rasa terbeban. Nona senaraikan beberapa panduan dan cara untuk suami membantu isteri dalam menguruskan rumahtangga dan menjadikan rumahtangga lebih sejahtera dan bahagia selalu!

1. MASAK BERSAMA

Membantu isteri di dapur tidak mencalar kelakian atau menjatuhkan ego suami sebagai lelaki, malah jika sama-sama memasak dan berinteraksi kemesraan akan lebih terjalin dan kesefahaman serta kasih sayang antara suami isteri bertambah berat.

2. MENJAGA ANAK

Bagi pasangan yang bekerja, apabila pulang dari kerja, sama-sama uruskan rumahtangga. Misalnya, ketika isteri sibuk memasak si suami boleh memandikan anak atau membantu menjaga anak.

3. MENGAMBIL TAHU MENGENAI PERSEKOLAHAN ANAK

Sebagai bapa mereka, anda seharusnya mengambil tahu mengenai pendidikan anak. Luangkan masa bersama anak ketika mereka membuat kerja sekolah akan merapatkan hubungan anak dengan bapa. Biasanya bapa jarang mahu ambil tahu megnenai hal persekolahan anak kerana ibu biasanya lebih dominan dalam hal pendidikan si anak.

4. MELUANGKAN MASA BERKUALITI BERSAMA ISTERI DAN ANAK

Bila suami atau ayah dapat luangkan masa berkualiti dnegan anak dan isteri secara tidak langsung suami dapat memahami emosi isteri dan anak dengan lebih mendalam, Mereka akan faham keperluan emosi isteri dan anak dalam rumahtangga. Oleh itu, jika suami isteri menjalankan prinsip terbaik dalam perkongsian hidup iaitu, urusan rumahtangga tanggungjawab bersama, ia akan melahirkan sebua keluarga yang bahagia dan sejahtera.

5. BANGUN MALAM BUAT SUSU ANAK

Bagi anak yang tidak menyusu bada, biasanya mereka bangun malam untuk minum susu. Jika lihat isteri keletihan, bantu buat susu anak dan beri anak susu.

IKLAN
Share