6 Tahun Jadi Ibu Tunggal, FARAH LEE Syukur Genggam Master, Ada Bisnes & Bawa Anak Melancong 25 Negara!

Luar biasa semangat ibu muda bernama Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee ini. Selain terkenal di media sosial, Farah juga merupakan seorang usahawan. Menginjak usia 33 tahun pada Mac lalu, wanita berjiwa cekal ini menjadi sumber inspirasi ramai wanita kerana kekuatan dan kejayaan Farah saban tahun.

Antara pencapaian membanggakan bagi ibu tunggal ini apabila dia berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dari University of Leeds, United Kingdom.

Selain itu, Farah juga pengasas perniagaan jenama Omma & Esabel. Dalam kesibukan ‘berperang’ dengan pengajian dan perniagaan, graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan ini juga tidak lupa terhadap tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak perempuan comel iaitu Maream Esabel Ally Iskandar.

Credit Instagram @farahlee_
Credit Instagram @farahlee_
Credit Instagram @farahlee_

7 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-8 anakanda kesayangan dan sebagai ibu pastinya Farah mengharapkan yang terbaik buat Maream.

Malah, Farah ada berkongsi perjalanan hidupnya sepanjang enam tahun bergelar ibu tunggal yang menjaga Maream. Kongsi Farah, “Alhamdulillah through 6 years of single parenting, I’ve handheld Maream to experience 25 countries.

Yeah it costed a lot of money, it required a lot of patience, it needed a lot of energy — but the moments, the knowledges, the loves; paid them off.”

Credit Instagram @farahlee_

Gemar berkongsi kata-kata semangat dan mencetus inspirasi, Farah dalam pada itu turut menitipkan pesan kepada wanita khususnya yang berstatus ibu tunggal.

“Kalau orang tak nak dekat kita, let them go, bagi ruang untuk kita nakkan diri kita. Their love doesn’t define us, but our value does.

Kita ada parents, kita ada siblings, kita ada anak2, kita ada kawan2, kita ada orang yang mendoakan kita dalam diam — kekallah hidup untuk mereka. Kekallah bernilai untuk dunia dan isinya.

Give. Benefit others.; It adds value to our lives.”

Farah juga aktif menyertai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan. Bukan hanya di dalam negara bahkan luar negara dalam membantu meringankan beban insan serta kanak-kanak kurang bernasib baik.

Semoga segala usaha murni dan kegigihan Farah terus dipermudahkan!

 

IKLAN
Share