6 Warna MALAR SEGAR Ini Paling Sesuai Untuk Kabinet Dapur, Memang Cantik!

Penggunaan warna dapat mengubah suasana sesebuah ruang. Pemilihan warna yang tepat mampu menjadikannya lebih cantik dan selesa. Begitu jugalah yang berlaku pada kabinet dapur jika kita bijak memilih warna yang sesuai.

Terdapat beberapa warna yang seringkali menjadi pilihan dan popular untuk mengindahkan interior dapur. Anda boleh menjadikan tip yang dikongsikan ini bagi mendapatkan inspirasi pada kabinet dapur anda.

PUTIH

Putih merupakan warna yang paling popular untuk dekorasi interior kabinet dapur kerana ia bersifat neutral yang mudah serasi dengan berbagai gaya rekaan serta dekorasi ruang. Warna putih juga memiliki karakter lembut yang boleh menjadikan suasana dapur lebih tenang. Anda boleh memadukan warna putih dengan lantai kayu.

BIRU

Terdapat banyak pilihan tona biru yang boleh diterapkan pada kabinet dapur. Salah satunya ialah biru klasik lembut yang memberi kesan santai pada dekorasi dapur.

KELABU

Selain putih, warna kelabu juga dianggap sebagai salah satu pilihan warna popular yang cukup neutral untuk dekorasi dapur. Anda boleh memilih tona warna kelabu untuk dapur di rumah mengikut kesesuaian gaya rekaan yang diterapkan.

BEIGE

Lembut, kelam serta klasik merupakan karakter yang ditampilkan dari warna beige. Penggunaan warna ini menjadikan ruang dapur kelihatan lebih tenang serta klasik. Warna beige turut memberikan kesan elegan pada interior dapur.

MERAH

Bukan hanya warna neutral atau yang mempunyai tona lembut, warna-warna bold adalah warna yang cukup popular untuk kabiner dapur. Warna merah yang melambangkan keberanian dan ‘ghairah’ ini menjadikan suasana dapur lebih hidup. Warna merah dapat menjadikan lebih bersemangat untuk memasak di dapur!

KUNING

Kuning termasuk dalam kategori warna yang sangat menonjol. Penggunaan warna kuning pada kabinet dapur selain memberi kesan ceria, ia turut menjadikan kabinet dapur sebagai titik fokus dari dekorasi dapur. Penggunaan warna kuning pada kabinet dapur menjadikan suasana dapur lebih selesa dan tenang.

 

IKLAN
Share