7 Bisnes Paling Rancak Sepanjang Tempoh PKP, Siap Untung Berlipat Ganda!

Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menjejaskan taraf kesihatan rakyat Malaysia, malahan sektor ekonomi turut terpukul hebat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas.

Sepanjang tempoh kuarantin dan penjarakan sosial untuk memutuskan rantaian COVID-19, kini penggunaan Internet berkeupayaan tinggi menjadi talian hayat kita. Pengguna di seluruh dunia hampir bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan ini bagi mendapatkan akses kepada penyakit, maklumat perubatan malah menguruskan pekerjaan dari rumah.

Kini, di antara sektor yang merekodkan pertumbuhan luar biasa adalah:

1. Sektor Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi & Internet seperti syarikat TM UNIFI, Celcom, Digi atau sebagainya. Tidak terkecuali syarikat pembekal atau main vendor terhadap industri yang sama.

2. Sektor Hiburan Di Rumah seperti syarikat perkhidmatan penstriman video dan langganan muzik. Antaranya Netflix, iFlix dan Spotify.

3. Sektor Pembangunan Aplikasi yang melibatkan aplikasi mesyuarat dan panggilan video, pembelajaran maya dan berita terkini.

4. Syarikat Penghantaran Makanan & Perkongsian Kenderaan bagi memudahkan urusan penghantaran barang seperti syarikat Grab, Food Panda serta perkhidmatan kurier.

5. Aplikasi Kesihatan & Kecergasan

untuk merekodkan data seperti apps Apple Watch, Fitbit, DocOnCall.

6. Aplikasi Permainan yang menjadi kegilaan remaja seperti PUBG, Mobile Legend.

7. Aplikasi Bukan Permainan seperti media sosial Facebook, Instagram dan Twitter atau Fashion Store atas talian.

Inisiatif Kerajaan

Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40% kepada ekonomi. Tekanan ekonomi yang melanda negara pada waktu sekarang bukan saja menyekat aliran tunai malah berisiko meningkatkan kadar pengangguran jika berterusan.

Meskipun YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan PRIHATIN TAMBAHAN berjumlah RM10 bilion, namun kerajaan tidak menolak kemungkinan jika keadaan mendesak, pihak majikan berhak berunding dengan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.

Dalam ucapan beliau semalam, pakej PRIHATIN TAMBAHAN ini diharap dapat melindungi pekerjaan rakyat disamping menjamin daya tahan perniagaan agar kewangan negara terus kukuh serta terkawal. Kesemua inisiatif ini akan diuruskan oleh unit Laksana di bawah Kementerian Kewangan.

IKLAN
Share