Wajah manis Nurshazwani Shamsuddin, atau Cik Manggis sentiasa menyenangkan mata yang memandang. Sesuai dengan gelaran ‘Ratu Transition’, penyanyi dan pelakon yang mengumpul lebih 897K pengikut ini kerap berkongsi pelbagai video kreatif melalui aplikasi Instagram serta TikTok.

Namun di sebalik wajah riang dan bibirnya yang tak lekang-lekang dengan senyuman, anggota kumpulan De Fam itu sebenarnya jarang mengungkap isi hatinya kepada peminat. Tambah-tambah pula isu zuriat hasil perkongsian hidupnya dengan suami tercinta.

Ads

Perkahwinan yang dibina dengan Syazmin Firdaus Aminuddin pada Oktober 2014, sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata. Hampir 7 tahun bersama, Cik Manggis yang kini berusia 31 tahun tetap reda dengan takdir mereka berdua.

7 Tahun Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Cik Manggis Bahagia ‘Dating’ Lama-Lama & Serah Rezeki Pada Yang Esa
Syazmin dan Cik Manggis sentiasa serasi dan sweet

 

7 Tahun Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Cik Manggis Bahagia ‘Dating’ Lama-Lama & Serah Rezeki Pada Yang Esa
Pasangan sehati sejiwa ini mempunyai perangai serupa

 

“Tak semua perkara yg kita plan, menjadi. Tapi tak bermakna tak jadi hari ni, tak jadi selamanya. Dan yang ‘menjadi’ hari ni juga tak bermakna ia menjadi selamanya.

Rezeki Allah punya. Allah boleh beri dan tarik bila-bila masa. Tiada sebab untuk kita mendabik dada kerana kita hanyalah seorang hamba yang tidak punya apa-apa.” Cik Manggis

 

Memetik luahan Cik Manggis kepada Gempak, dia tidak ingin menyalahkan sesiapa termasuk pasangan dalam soal tersebut. Suka sangat dengan sikap positif Cik Manggis dan kematangan wanita ini kala diajukan soalan ‘sensitif’.

Tiada zuriat salah siapa?

Bukan salah siapa-siapa. Jangan tuding jari pada pasangan sebaliknya tawakal dan usaha sama-sama.

Jika masih belum dikurniakan rezeki anak, tetap syukur. Allah nak bagi kita dating lama-lama lagi la tu. Tu pun rezeki tu!

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat.

7 Tahun Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Cik Manggis Bahagia ‘Dating’ Lama-Lama & Serah Rezeki Pada Yang Esa
Tenang dan tawakal rahsia Cik Manggis

 

Ads

TANGANI MASALAH DATANG BULAN

Sebagai wanita, menangani ketidakselesaan dalam bahang dan cuaca panas di Malaysia ketika datang bulan memang amat mencabar. Penampilan eksklusif Cik Manggis dalam kempen TikTok #KotexStayCool antara yang menjadi perhatian Majalah Nona baru-baru ini.

Kotex Herbal Cool merupakan pad revolusionari yang dihasilkan dengan ekstrak pokok teh semula jadi untuk melegakan segala kerimasan, memberi rasa segar dan penyejukan berlanjutan, sambil memberi perlindungan ketirisan yang maksimum.

7 Tahun Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Cik Manggis Bahagia ‘Dating’ Lama-Lama & Serah Rezeki Pada Yang Esa

Ads

 

“Seriously, rasa cool gila! Sangat dingin dan menyegarkan dengan ekstrak tea tree semula jadi! Ada range untuk 24cm, 32cm pads and juga cooling liners for daily use. So period or not, now you all pun can always stay cool, macam I!” Cik Manggis

Tengok tarian Cik Manggis ni pun tahu… tetap lincah dan selesa walaupun ketika tibanya ‘masa’ itu.

@kotexmalaysiaBeat the heat with NEW Kotex Herbal Cool! Its cooling Tea Tree extract helps with your daily tasks. @miss.em

♬ original sound – Kotex Malaysia

 

Sumber: Foto & Video @CikManggis

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI