Cantik manis orangnya! Berstatus isteri kepada selebriti pastinya Elena Hani Eleas tidak terlepas daripada tempias dunia glamor. Mahu atau tidak, peribadi dan latar belakang wanita berusia 42 tahun ini menjadi perhatian.
IKLAN
Kian bahagia melayari alam perkahwinan bersama pelakon dan pengacara kacak, Fahrin Ahmad, rumah tangga pasangan romantis ini yang dibina pada 9 Mei 2015 bertambah seri dengan kehadiran cahaya mata tunggal mereka iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia enam tahun.
Difahamkan anak lelaki tunggal Fahrin dan Elena lahir pada 29 September 2016. Menariknya, Khalifa berkongsi tarikh lahir sama dengan ibu tersayang.
Mengintai latar belakang ratu hati Fahrin, sebelum berkahwin Elena merupakan bekas pramugari di syarikat penerbangan Emirates Airlines dan peguam. Wanita cantik ini juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Lucunya, pada tahun 2019 Fahrin pernah berkongsi foto dirinya dan Elena ketika mereka masih bergelar pelajar. Waktu itu kedua-duanya menghadiri majlis makan malam anjuran kampus.
Kongsi Fahrin, “Masa ni Elena poyo dan jual mahal. Dia tak tahu yang sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian. Ini lah namanya jodoh pernah melintas depan mata.
IKLAN
Kami memenangi anugerah pakaian terbaik lelaki dan perempuan di majlis makan malam matrikulasi di Institut Teknologi MARA, Shah Alam.”
IKLAN
Pasangan ini dilaporkan mula mengenali ketika mereka sama-sama belajar di matrikulasi dan UiTM. Berbelas tahun sunyi tanpa khabar berita, akhirnya takdir menyatukan dua hati ini sebagai suami isteri.
Selepas berkahwin dan bergelar ibu, Elena mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa demi memberi perhatian kepada anak tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untung orang perempuan yang dikurniakan kecantikan semula jadi ini. Tak perlu hendak susah-payah jaga kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki atau pakai mekap keterlaluan untuk ‘tutup’ kekurangan. Dengan gaya sederhana pun, kalau dah memang cantik.. tetap manis saja dipandang.
Samalah juga macam Pengasas MERVE Cosmetics, Joy Revfa. Dilahirkan sebagai seorang wanita yang sedia cantik, penampilan Joy nyata telah lama mencuri tumpuan ramai. Bahkan, dia juga pernah melalui situasi berkenaan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bukan kanak-kanak lelaki yang cuba mendekati Joy. Sebaliknya dia sering diperhatikan golongan guru sekolah.
Berkongsi pengalaman yang dilalui hampir 2 dekad lepas, Joy dilihat cukup terbuka memaparkan sisi zaman remajanya.
“Terjumpa photo-photo darjah 6 (12 tahun) waktu sekolah rendah dulu tahun 1999. Saya lah tu yang bertudung biru, waktu ni selalu cikgu fikir saya datang sekolah pakai lipstick. Padahal memang bibir dah macam tu sebab dulu suka scrub bibir pakai gula pasir dan madu.
Tu yang kekal bibir jadi merah. Last-last cikgu yang tiru petua saya tu dekat rumah.”
Rupa-rupanya senang je hendak miliki bibir sihat & cantik ni. Guna bahan-bahan segar dan organik .. InshaAllah, menjadi.
Petua Tradisional Agar Bibir Sihat, Merah & Menarik
Bibir mungil dan berwarna merah delima sememangnya menjadi dambaan setiap wanita. Bagi mereka yang alah kepada produk kosmetik atau bahan kimia yang terkandung dalam pembuatan gincu bibir.. ada cara yang lebih selamat digunakan agar bibir kembali menawan. Meskipun tanpa secalit lipstick!
Sapukan 2 titik madu lebah asli di bahagian bibir pada setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
Juga, sapukan getah pokok sena berwarna merah pada bibir yang pecah atau merekah. Jika dilakukan dengan betul, luka di bibir boleh sembuh dalam masa 2 hari.
Sapukan pati susu di bibir setiap hari. Kesannya, bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan.
Bersihkan sepotong halia segar, dikupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosok hampas halia tadi di bibir supaya lebih sihat, menawan dan kemerah-merahan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama pelakon jelita, Almy Nadia yang juga isteri kepada aktor, Fizz Fairuz sering menjadi sorotan, berikutan ramai yang terkejut melihat perubahan fizikal yang dialaminya hingga warganet mencadangkan agar dia melakukan pembedahan Bariatrik sebelum terlambat.
Terdahulu, ketika menjadi tetamu dalam sebuah program yang membincangkan berkenaan tabungan dan masa depan anak-anak. Almy berkongsikan tip bagaimana dia mendidik anak-anak untuk berjimat dan menabung.
Namun, lain pula yang menjadi sorotan dan perhatian netizen, apabila kulit wajah Almy kelihatan begitu mulus dan ‘glowing’, meskipun sudah menginjak usia 40 tahun.
Netizen Tertanya Apa ‘Rahsia’ Kulit Almy Begitu Glowing?
Perkara berkenaan tular dilaman Tik Tok apabila video berdurasi minit itu dimuatnaik menerusi akaun @bintangkecilmy, meski bertubuh gempal, namun ramai yang memuji bahawa Almy kelihatan comel dan pandai dia jaga kulit muka!
Malah, ramai yang memuji Almy dilihat yang tetap menjaga penampilan dan menitikberatkan penjagaan kulitnya sehingga kelihatan begitu sihat, sekaligus membuatkan netizen terpukau melihatnya.
Selain itu, ramai yang bertanyakan apakah ‘rahsia’ ataupun amalan yang dilakukan Almy hingga mempunyai kulit wajah yang begitu bersih, sihat berseri dan tampak remaja dari usianya.
Netizen Kagum Lihat Kemulusan Kulit Almy!
Susulan itu NONA sempat menjengah ke ruangan komen dan mendapati rata-rata wargamaya mengagumi cara Almy menjaga kulit wajahnya. Bahkan, ada yang mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
Berikut merupakan beberapa komen yang itinggalkan warganet yang berjaya mencuri perhatian NONA.
“Penah terserempak depan-depan masa dia baru beranak satu.. Memang cantik gila kulit dia. Flawless licin. Satu lagi cantik Erin Malik. Tapi Almy ni memang cantik kulit dia,” Tulis warganet.
“Comeynye… Glowing sugguh! Saya cemburu sangat,” kata netizen
“Glowingnya muka Almy😍,” ujar wargamaya.
Sekadar info, Almy telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga merupakan seorang aktor, Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Ibu merupakan insan yang penting di dalam keluarga. Setelah bergelar ibu, seseorang wanita itu akan memberikan sepenuh perhatian terhadap urusan rumah tangga.
Peranan mereka cukup besar bukan sekadar menjadi tempat curahan kasih sayang, bahkan memastikan segala keperluan anak-anak dipenuhi. Lantas kerana kesibukan yang dilalui, ada kalanya mendorong si ibu mengabaikan kesihatan diri sendiri.
Seorang wanita akan sentiasa mengalami perubahan hormon dalam badan mereka. Dua hormon yang penting bagi wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.
Fungsi hormon estrogen ialah mengekalkan sifat kewanitaan seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan keanjalan kulit.
Fungsi hormon progesteron pula ialah mengekalkan ciri kewanitaan, kesuburan, ketenangan emosi, kesihatan tulang, antikanser dan menstabilkan air dalam badan.
Perubahan hormon berlaku setiap kali berlakunya kitaran haid, mengandung, selepas bersalin serta menopaus. Kaedah perancangan keluarga yang berasaskan hormon juga menyebabkan hormon tidak stabil di dalam badan. Perubahan hormon ini menyebabkan seorang wanita itu kerap mengalami masalah mengawal berat badan.
OBESITI
Menurut Pakar Perubatan, obesiti ialah keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula Kiraan: BMI = berat (kg)/tinggi(m) x tinggi(m). Jika seorang ibu mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan meningkat.
Antara penyakit-penyakit kroniknya ialah serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi, penyakit gout, kolesterol tinggi, kerosakan hati serta penyakit metabolik seperti kencing manis.
Apabila berat bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral.
Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.
Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak.
Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat dan mula mengalami sakit lutut. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.
Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel.
Namun demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetes atau penyakit kencing manis.
9 CARA CEGAH OBESITI
1. Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi glisemik indeks rendah.
2. Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran.
3. Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.
4. Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.
5. Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.
6. Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.
7. Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.
8. Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini memerlukan pemantauan doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari.
9. Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama pelakon berbakat besar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama pentas Ummi Nazeera pastinya terbayangkan raut wajah...