7 Tahun Menanti, Isteri Cantik JEHAN MISKIN Keturunan Korea Selamat Lahir Anak Sulung!

Yakinlah, rezeki Allah SWT pasti ada untuk setiap hamba-Nya. Sama ada cepat atau lambat saja. Sepanjang tujuh tahun melayari hidup sebagai suami isteri, akhirnya pelakon popular Jehan Miskin dan isteri tercinta dikurniakan zuriat pertama.

Tujuh tahun nyata bukan satu tempoh yang singkat namun kedua-duanya tetap sabar menanti saat untuk menimang cahaya mata sendiri dan kini impian tersebut dimakbulkan. Alhamdulillah!

Teruja dan bersyukur dengan anugerah terindah ini, Jehan menerusi Instagram memaklumkan bayi lelaki mereka selamat dilahirkan pada 20 Februari 2021. Sambil memuat naik gambar dirinya memangku anak tersayang, kongsi bintang Qaisy & Laila ini lagi, “Selamat datang ke dunia anak lelaki ku, Axel Nova Rhee, nama pertamanya. Dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baharu Cina diikuti letupan bunga api. Sesungguhnya awak betul-betul luar biasa.”

Meninjau media sosial isteri Jehan pula, pemilik nama Julie Camelia Rhee ini turut berkongsi foto pertama mereka bertiga dengan kapsyen, “Axel Nova Rhee bin Jehan. Joined our little family on the 20th February 2021. Love is everywhere and no one is sleeping.”

Julie yang merupakan guru senaman Yoga kini meniti usia 36 tahun. Beberapa hari sebelum bersalin, ibu Julie dikhabarkan selamat tiba ke Malaysia untuk menjaga anak kesayangan. Daripada foto yang dikongsikan, kelihatan ibu dan anak ini teruja menyediakan keperluan bayi.

Pada September tahun lalu, Jehan mengejutkan peminat dengan berkongsi gambar di samping isteri, Julie Camelia Rhee sambil memegang foto imbasan kandungan. Ia sekaligus mengesahkan Julie sedang berbadan dua.

Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 setelah lima tahun mengenali hati budi. Mereka diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai.

Difahamkan, Jehan terpikat dengan wanita kelahiran Korea Selatan berkenaan kerana sikapnya yang bersederhana dan penyabar. Semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia hingga ke syurga. Tahniah Jehan dan Julie!

 

 

Kredit foto: Instagram Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee

IKLAN
Share