Tahniah buat Nor Farhatul Fairuzah Panut yang kini sudah pun bergelar ibu! Tidak menguar-uarkan berita kehamilan kepada umum namun ramai yang menyedari Johan Qariah Majlis Tilawah Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 ini berbadan dua. Sembilan bulan mengandung akhirnya Farha selamat melahirkan zuriat sulung pada 2 September lepas.

Berkongsi khabar gembira tersebut kepada Nona, anak bongsu daripada lima beradik ini memohon doa agar bayi lelakinya menjadi anak soleh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul. Selain mendoakan supaya dia dan suami dapat menggalas amanah ini sebaiknya.

Artikel https://www.nona.my/ada-master-ekonomi-dibesarkan-dengan-didikan-agama-yang-baik-terpikat-kesederhanaan-isteri-designer-ini/

Farhatul Fairuzah Selamat Lahir Anak Sulung

8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung! 8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung! 8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung!

Ditanya sama ada Farha dan suami sudah memilih nama cahaya mata sulung tersebut, isteri Ilham Amri ini berkata, “Dalam proses. Seminggu nanti baru beritahu nama sebab sunnah lepas tujuh hari bagi nama.”

Sementara itu, Farhatul Fairuzah turut berkongsi pengalaman sewaktu melahirkan anak tersayang.

Ads

“Alhamdulillah, semuanya baik. Saya bersalin normal dan selamat melahirkan bayi seberat 3.17 kilogram. Dapat merasai pengalaman bertarung nyawa selama lapan jam dalam labour room. Tapi alhamdulillah proses berjalan lancar dan dimudahkan. Tepat 10.50 malam telah lahir anak soleh.”

8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung! 8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung! 8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung!

Farha juga bersyukur kerana dia tidak mengalami alahan teruk semasa mengandung. “Alhamdulillah sepanjang kehamilan tak ada alahan apa-apa cuma first trimester tu je macam muntah-muntah pada waktu pagi.

Ads

Masa mengandung pun, memang saya aktif buat banyak program Al-Quran. Jadi alhamdulillah tak ada apa-apa effect yang teruk semasa mengandung.”

Farhatul Fairuzah Pejuang Al-Quran

Farhatul Fairuzah sah bergelar isteri kepada Ilham Amri pada 14 Disember 2024. Meniti usia 24 tahun, dia juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ads

8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung! 8 Jam Dalam Labour Room, Farhatul Fairuzah Syukur Dapat Pengalaman Berjuang Lahirkan Zuriat Sulung!

Pempengaruh ini turut memberitahu akan menjalani tempoh berpantang di rumah ibunya, Hajah Jaliah Haji Simin.

Sebelum mengakhiri perbualan, Farha mendoakan agar anak sulung ini dapat membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kepada masyarakat kelak.

“Semestinya doa untuk putera sulung ni jadi anak yang soleh, memberikan manfaat kepada orang lain dan menjadi umat Rasulullah yang jadi pejuang agama. Aamiin, insyaAllah.”

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads