8 Kerabat Diraja Yang Melepaskan Gelaran Mereka Selain Putera Harry Dan Meghan Markle!

Pastinya semua orang ingin hidup senang, apatah lagi mendapat gelaran kerabat diraja. Namun begitu, tidak semua orang juga mampu hidup dalam dunia yang penuh protocol dan juga tatasusila. Itulah yang terjadi pada pasangan royalty Putera Harry Dan Meghan Markle.

Awal tahun ini, Putera Harry dan Meghan Markle telah menggemparkan dunia dengan berita pengunduran diri daripada tugasan kerabat Diraja dan kini melepaskan gelaran mereka. Ramai yang masih tertanya bagaimana pasangan itu akan meneruskan kehidupan mereka sebagai rakyat biasa dan berdikari secara kewangan.

Tetapi, mereka bukanlah yang pertama yang melepaskan gelaran Diraja untuk hidup seperti rakyat biasa. Selain Putera Harry dan Meghan Markle, ini lapan kerabat yang turut melepaskan gelaran mereka.

1. Puteri Diana

Mendiang ibu kepada Putera Harry, Puteri Diana atau lebih dikenali sebagai “People’s Princess” kerana sikap kemanusiaan dan dermawan yang ditunjukkannya. Dia telah membentuk semula monarki United Kingdom, bertujuan untuk menjadikannya lebih moden dan mudah didekati orang ramai.

Tetapi apabila Puteri Diana dan Putera Charles bercerai pada tahun 1996, dia tidak lagi menjadi ahli keluarga Diraja. Namun, dia tetap memegang gelarannya sebagai Princess of Wales dan meneruskan usaha amal yang menyentuh soal gelandangan, HIV dan AIDS dan mengharamkan peledak yang ditanam di dalam tanah.

2. Raja Edward VIII

Skandal Raja Edward VIII telah mengubah perjalanan monarki United Kingdom. Pada tahun 1936, Raja Edward VIII telah menyerahkan takhtanya untuk mengahwini janda dari Amerika. Selepas itu, dia dikenali sebagai Duke of Windsor dan pada dasarnya dia hidup sebagai sebahagian daripada kerabat Diraja yang terbuang.

3. Puteri Ayako

Kerabat Diraja British bukan satu-satunya yang mempunyai keluarga yang sanggup melepaskan gelaran mereka. Pada tahun 2018, Puteri Ayako dari Jepun telah berkahwin dengan Kei Moriya, seorang ahli perniagaan.

Kerana Moriya tidak mempunyai hubungan dengan keluarga Diraja atau berasal daripada golongan bangsawan, Ayako harus melepaskan gelaran, status dan elaun yang diterimanya. Walau bagaimanapun, dia telah menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa dengan sedikit kelebihan, dia menerima sejumlah wang tunai 950,000 dolar daripada kerajaan Jepun.

4. Putera Andrew

Selepas terlibat dalam skandal seks dengan gadis bawah umur dan wawancara yang mengejutkan pada November 2019, Putera Andrew gagal menjauhkan diri daripada bekas sahabatnya yang juga seorang pesalah seks yang disabitkan, Jeffrey Epstein.

Selepas wawancara tersebut, Putera Andrew telah dikritik oleh rakyat British dan turut menerima tuduhan perkauman yang menjadi isu besar bagi seluruh keluarga Diraja British. Pada akhirnya, Putera Andrew telah meminta izin Ratu untuk mengundur diri daripada tugasan umum di masa hadapan. Sejak dari itu, dia mula melalui kehidupan biasa.

5. Putera Philip

Pada tahun 2017, suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip (gelaran Diraja: Duke of Edinburgh) secara rasmi telah bersara dari tugas kerajaan. Persaraan Putera Philip ini bukanlah kerana skandal tetapi lebih kepada faktor usia.

Pada masa itu, dia sudah berusia 96 tahun dan telah menjadi ahli kerabat yang sangat aktif selama 70 tahun. Kini, dia mempunyai pilihan sama ada dia ingin membuat penampilan di majlis rasmi sekali-sekala bersama Ratu atau sebaliknya.

6. Anak Puteri Anne

Anak kepada Puteri Anne, anak kedua dan anak perempuan tunggal Ratu Elizabeth II, telah memilih untuk menjalani kehidupan biasa dan tidak berkaitan dengan kerabat kerana mereka tidak pernah mendapat gelaran Diraja.

Sebagai satu-satunya anak perempuan Ratu Elizabeth II, anak Puteri Anne telah ditawarkan gelaran Diraja sebagai tanda penghormatan tetapi tidak berkaitan dengan tugasan Diraja. Cucu sulung Ratu Elizabeth II, Zara Tindall (née Philips), tidak pernah menerima gelaran dan turut bertanding di sukan Olimpik sebagai pemain ekuestrian kompetitif.

Bagi anak Puteri Anne yang lain, Peter Philips, dia juga tidak mempunyai gelaran dan bekerja dalam pelbagai peranan syarikat persendirian.

7. Puteri Märtha Louise

Puteri dari Norway, Puteri Märtha Louise adalah satu-satunya anak perempuan dan anak sulung Raja Harald V dan Permaisuri Sonja. Penglibatan awam rasminya sangat sedikit tetapi puteri ini telah melepaskan keistimewaan yang dimilikinya pada tahun 2002 untuk hidup dengan pendapatan sendiri. Dia pernah mempunyai akaun Instagram yang berasingan digunakan untuk tujuan yang tidak melibatkan keluarga Diraja namun begitu, akaun tersebut telah ditutup.

8. Sarah Ferguson, Dutchess of York

Sarah Ferguson atau dikenali sebagai Fergie pernah berkahwin dengan Putera Andrew. Selepas bercerai pada tahun 1996, dia lebih dikenali sebagai Sarah, Duchess of York tetapi tidak lagi mempunyai keistimewaan Diraja. Dia pernah mengacarakan program temu bualnya sendiri dan menjadi jurucakap untuk Weight Watchers. Kini, dia lebih selesa menjadi seorang penulis yang menulis buku panduan diet serta buku kanak-kanak.

IKLAN
Share