“Abil Doakan Korang Dijauhi Penyakit ‘Gila’ Ini,” NABILA HUDA Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid-19!

IKLAN

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 saban hari sememangnya membimbangkan. Apatah lagi wabak maut tersebut kini menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur dan dikesan dalam pelbagai varian baharu. Mengakui cukup terkesan dari segi emosi ketika dijangkiti wabak tersebut, pelakon berbakat besar Nabila Huda tampil berkongsi pengalaman sebaik sahaja dia disahkan positif terhadap virus berkenaan.

Tidak mahu orang lain merasai penderitaan yang dialami, Nabila atau mesra disapa Abil dengan nada tegas berpesan kepada orang ramai agar sedar akan bahaya jangkitan ini yang semakin merebak dalam komuniti tanpa sedar. Malah, terdapat beberapa kes jangkitan terbaharu dikesan tanpa sebarang simptom.

Memuat naik beberapa supplemen dan keperluan diri sepanjang tempoh kuarantin, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy tampil berkongsi pengalaman selama 10 hari ‘berkurung’ di dalam bilik.

IKLAN

“Alhamdulillah, selesai sudah self-quarantine dan self-monitor at home selama 10 hari. Tapi Abil tahu ‘dia’ masih lagi ada dalam badan dan kena terus fight untuk hilangkan. Ni Abil share jenis vitamins, oils, supplement yang Abil ambil untuk korang yang tengah struggle untuk melawan Covid dalam badan.

Yang mana korang rasa mahal nak beli, tak perlu ok! Macam EO tu agak mahal. Tapi worth to buy. I wouldn’t mind to spend janji sihat. Tapi tak perlu kalau tak mampu. Pakai Vicks je pun boleh. Bagi siapa yang tak dijangkiti pun, Abil cadangkan korang boleh mula untuk ambil supplement ni juga ok. Dah boleh tukar minum air sejuk kepada air panas with lemon.”

Tambahnya lagi, “Dalam keadaan kita sekarang ni, kita boleh dijangkiti atas kecuaian kita atau orang lain. Trust me, you never know. Keadaan negara kita dah semakin chaos and our frontliners dah penat. It’s about time untuk kita jaga diri kita. Jangan malu untuk share dengan orang keliling about your experience, symptoms or anything yang korang tahu supaya siapa yang belum dijangkiti, mereka dah dalam keadaan bersedia.

Kita bagi awareness supaya nanti dorang tak la panic sangat. Avoid makan luar. Belajar untuk masak sendiri sebab kita tahu apa yang kita masak, bahan apa yang kita gunakan dan ia dijamin bersih. Pada positive patient yang tak ada symptoms, Abil suggest if mampu untuk self-monitor at home, buatlah ok.

IKLAN

Percayalah, korang boleh survive! Paranoid and emotion unstable itu adalah normal dan tolonglah berhenti hantar broadcast yang merepek untuk menakutkan orang on WhatsApp! Abil doakan korang dan keluarga dijauhi dari penyakit gila ni. Yang mana masih lagi tengah fight, Abil doakan korang cepat sembuh. You can do this!”

Sarat dengan kata-kata semangat, Abil dalam pada itu turut memberi peringatan tegas kepada golongan yang tidak percaya terhadap wabak Covid-19. Ujar ibu kepada Keisha Laila ini. “Yang mana masih tak percaya dengan Covid ni, Abil cadangkan korang pergi serah diri kat CAC, stay dengan positive patient or mingle around with them sampai dijangkiti dan baru korang tahu, real tak real Covid ni. Terima kasih atas doa korang sepanjang Abil sakit. All the wishes, positive comments. It helps!”

Abil di samping anak & suami
Abil di samping anak & suami
Bersama pelakon Covid oh Covid, Tiz Zaqyah, Nora Danish & Umie Aida

Mujur hanya Abil yang positif Covid-19 manakala anak perempuannya, Keisha dan suami, Mohd Izwan Johar disahkan negatif. Selain Abil, beberapa rakan artis dan pelakon drama ‘Covid Oh Covid’ seperti Nora Danish dan Tiz Zaqyah turut disahkan positif Covid-19.

Moga perkongsian Nabila Huda membuka mata semua pihak mengenai bahaya Covid-19 di samping segera mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Lindung Diri, Lindung Semua!

IKLAN

 

Kredit: Instagram Nabila Huda

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Suzi