ACHA SEPTRIASA Kongsi Video Kelahiran Anak, Cetus Rasa Kagum Jadi Seorang Ibu!

Wah, sudah setahun rupanya umur anak Acha Septriasa dan suami, Vicky Kharisma. Cepat betul masa berlalu. Masih ingat lagi coretan selebriti Indonesia ini di Instagram miliknya saat menanti kelahiran bayi comel bernama Bridgia Kalina Kharisma itu. Betapa dia terpaksa menanggung rasa sakit, tidak selesa dan dalam masa sama teruja untuk menyambut anak yang dikandung selama 9 bulan.

Kini, setelah setahun dari tarikh kelahiran cahaya mata sulung mereka.. Acha sekali lagi memotretkan kenangan indah melahirkan Brie di IG miliknya khas buat para peminat. Meskipun video yang dikongsikan itu hanya berdurasi seminit namun sehingga ke hari ini sudah mendapat lebih 2 juta tontonan.

Apa yang pasti, paparan video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan perasaan tentang betapa hebat dan kuatnya daya seorang ibu demi melahirkan zuriat. Besar sungguh pengorbanan ibu!

Macam Acha, jelas kelihatan wajah gusar dan letihnya menahan rasa sakit bersalin. Ada ketika, air matanya bergenang dan mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Mungkin untuk menenangkan diri dan mengurangkan rasa sakit yang dialami.

“Hari yang sama pada hari ini 20 September 2017, masih terbayang bahagianya, masih terasa sedikit rasa ‘sakit’nya.. masih mengenang air mata mengingat wajah kecilmu. Selamat hari ulangtahun yang pertama Brie.

Telah lahir si kecil pertamaku BRIDGIA KALINA KHARISMA dengan berat 3.20kg dan panjang 47cm pada tanggal 20 September 2017, pukul 12.14 waktu NSW, di Royal Hospital for Woman, Sydney, Australia,” kongsi Acha.

20 September lalu juga pasangan sama cantik sama padan ini telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun pertama buat Brie. Walau pun majlis hari lahir berkenaan tidak semewah sambutan kelahiran anak selebriti lain namun ia sudah cukup memadai dan disambut penuh meriah.

Difahamkan, Acha kini menetap di Australia memandangkan suaminya sedang berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.

Kredit foto: Instagram Acha Septriasa

IKLAN
Share