Ada 2 Anak, Tak Halang Ana Raffali Genggam MASTER Di usia 36 Tahun

Memiliki pendidikan di aras yang tinggi walaupun sudah bergelar ibu dan isteri bukan lagi sekadar impian malah ia boleh menjadi kenyataan buat seorang wanita bergelar ibu dan isteri. Walaupun sudah mempunyai dua cahayamata yang masih memerlukan perhatian penuh, penyanyi Ana Raffali berkongsi kegembiraan kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana baru-baru ini.

Anna Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali berkongsi posting penuh kegembiraan di laman Instagram miliknya yang memaklumkan dirinya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajiannya itu. Nampaknya, Ana bukan sahaja berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar, malah kini tekah menambah satu lagi portfolio dalam dirinya sebagai tenaga pengajar!.

Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Teaching English as a second language (TESL).


Kejayaan Ana Raffali membuktikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu bukanlah halangan untuk dirinya berjaya mengenggam ijazah sarjana yang diimpikan itu. Malah Ana turut terlibat dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan antaranya termasuklah KEMAS dan sebagainya. Sebagai graduan Education in TESL, Ana Raffali berkongsi 4 strategi yang telah terbukti boleh membantu sesiapa menguasai apa sahaja yang diingini.


Sekadar informasi, nama Ana pernah menjadi perhatian selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Selain itu, Ana juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya.

Ana Raffali mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata.

IKLAN
Share