Ada 5 Bahan Ini Di Dapur, Mudahkan Kerja Memasak Sepanjang PKP

Pasti kebanyakan wanita buntu memikirkan menu yang hendak disediakan sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Peregarakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini kan. Mana tidaknya, perlu difikirkan menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sekiranya tidak gemar membuat pembelian makanan siap atau takeout yang disediakan. Apatah lagi sekiranya anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, adalah lebih jimat untuk menyediakan sendiri hidangan.
Chef Su Arukin
Perkongsian dari Suwarsi M Arukin penulis buku masakan  yang sememangnya terkenal sebagai seorang chef serta ibu kepada 4 cahayamata ini boleh dijadikan panduan berguna untuk anda ‘beraksi’ di dapur. Apa yang penting, pastikan dapur anda mempunyai 5 bahan wajib ini iaitu:
1.Beras: Bukan setakat untuk memasak nasi dan dinikmati bersama sajian lauk pauk, beras boleh dibuat bubur nasi, boleh direndam dan kisar dijadikan tepung beras segar untuk salut gorengan ikan atau pisang. Selain itu, ia boleh direndam semalaman dan kisar, untuk menyediakan hidangan seperti  tosei atau lempeng.
2. Tepung gandum. Terlalu banyak yang boleh dibuat dari tepung gandum. Selain  boleh menyediakan cucur, lempeng dan kuih-muih, tepung gandum mempunyai sifat  versatile kerana ia merupakan  bahan yang digunakan untuk membuat roti, pizza doh, pau, donut, mi dan banyak lagi. Sekilo tepung gandum boleh dibahagikan  kepada tiga bahagian untuk membuat roti, cucur  dan kuih.
3. Telur. Selain digunakan sebagai bahan penting dalam pembikinan pelbagai kuih atauroti, telur boleh dijadikan lauk yang pelbagai seperti sambal, kari, masak lemak, goreng atau rebus. Jika tidak mempunyai minyak, boleh sahaja dikukus atau direbus.
4. Ubi kentang. Banyak yg boleh dibuat dengan ubi kentang. Selain jadi Bahan sampingan dalam masakan seperti kari, masak lemak cilipadi atau sambal, kentang boleh dijadikan bahan ganti kepada beras/nasi bagi mereka yg tak mengambil nasi sebagai makanan ruji. Boleh diolah menjadi kentang putar, kentang rebus, kentang bakar dan banyak lagi.
5. Ikan Bilis. Selain bertindak sebagai perencah masakan, ikan bilis juga boleh dijadikan ‘lauk penyelamat’ dikala kehabisan sumber makanan basah dalam peti sejuk.
IKLAN
Share