Pasti kebanyakan wanita buntu memikirkan menu yang hendak disediakan sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Peregarakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini kan. Mana tidaknya, perlu difikirkan menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sekiranya tidak gemar membuat pembelian makanan siap atau takeout yang disediakan. Apatah lagi sekiranya anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, adalah lebih jimat untuk menyediakan sendiri hidangan.
Chef Su Arukin
Perkongsian dari Suwarsi M Arukin penulis buku masakan yang sememangnya terkenal sebagai seorang chef serta ibu kepada 4 cahayamata ini boleh dijadikan panduan berguna untuk anda ‘beraksi’ di dapur. Apa yang penting, pastikan dapur anda mempunyai 5 bahan wajib ini iaitu:
1.Beras: Bukan setakat untuk memasak nasi dan dinikmati bersama sajian lauk pauk, beras boleh dibuat bubur nasi, boleh direndam dan kisar dijadikan tepung beras segar untuk salut gorengan ikan atau pisang. Selain itu, ia boleh direndam semalaman dan kisar, untuk menyediakan hidangan seperti tosei atau lempeng.
2. Tepung gandum. Terlalu banyak yang boleh dibuat dari tepung gandum. Selain boleh menyediakan cucur, lempeng dan kuih-muih, tepung gandum mempunyai sifat versatile kerana ia merupakan bahan yang digunakan untuk membuat roti, pizza doh, pau, donut, mi dan banyak lagi. Sekilo tepung gandum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian untuk membuat roti, cucur dan kuih.
3. Telur. Selain digunakan sebagai bahan penting dalam pembikinan pelbagai kuih atauroti, telur boleh dijadikan lauk yang pelbagai seperti sambal, kari, masak lemak, goreng atau rebus. Jika tidak mempunyai minyak, boleh sahaja dikukus atau direbus.
4. Ubi kentang. Banyak yg boleh dibuat dengan ubi kentang. Selain jadi Bahan sampingan dalam masakan seperti kari, masak lemak cilipadi atau sambal, kentang boleh dijadikan bahan ganti kepada beras/nasi bagi mereka yg tak mengambil nasi sebagai makanan ruji. Boleh diolah menjadi kentang putar, kentang rebus, kentang bakar dan banyak lagi.
5. Ikan Bilis. Selain bertindak sebagai perencah masakan, ikan bilis juga boleh dijadikan ‘lauk penyelamat’ dikala kehabisan sumber makanan basah dalam peti sejuk.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, kecur tengok air tangan Datin Paduka Eina Azman. Apa sahaja juadah yang disediakan selebriti cantik ini bukan sahaja membuatkan peminat terliur malah
perkongsian resipi beliau sangat mudah untuk dihasilkan. Jadi tidak hairanlah laman Instagram Datin Paduka Eina sering ‘dikunjungi’ peminat setiap hari. Rupa-rupanya
ia menjadi medan rujukan masakan buat para suri rumah. Lebih-lebih lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sekarang.
Mengintai media sosial milik isteri Datuk Paduka Kaiser ini memang jelas terserlah betapa beliau meminati dunia masakan. Dari menu hidangan utama sehinggalah pencuci mulut, semuanya ‘tersimpan’ kemas di Instagram miliknya. Aneka jenis kek, pasta, spageti, lauk-pauk, kuey teow dan murtabak, semuanya ada. Yang pasti Datin Paduka Eina memang tak lokek berkongsi resipi.
Paling mengagumkan, setiap video masakan beliau memiliki jumlah tontonan tidak kurang daripada 200 ribu dan pernah menerima sehingga lebih 1 juta viewers menerusi resipi corn dog! Walau pertama kali beliau menyediakan sajian tersebut namun hasil air tangan Datin Paduka Eina tidak pernah menghampakan.
Terbaru, ibu kepada pasangan kembar Arianna Audrey dan Karl Kareef ini memuatnaik resipi kuih paling popular ketika musim bazar Ramadan iaitu tepung pelita. Menyedari orang ramai mungkin sukar untuk mendapatkan kuih tradisi tersebut memandangkan tiada penganjuran bazar Ramadan tahun ini ekoran wabak Covid-19, Datin Paduka Eina terpanggil untuk berkongsi resipi.
Biarpun baru memuatnaik video resipi tersebut tiga hari yang lalu namun sehingga kini ia telah mencecah hampir 400 ribu tontonan. Kongsinya, “Alhamdullilah today teringin nak makan Tepung Pelita. So terjadilah Tepung Pelitanya.” Tepung pelita air tangan Datin Paduka Eina sememangnya menyelerakan. Ditambah pula dengan hiasan daun pandan di atasnya yang menyerlahkan lagi aroma pandan. Makan sejuk-sejuk pun sedap.
Berikut resipi tepung pelita Datin Paduka Eina Azman. Selamat mencuba!
Cara-caranya masukkan tepung beras, diikuti air daun pandan. Tuang air ke dalam adunan bersama pewarna hijau. Kacau dan kemudian masukkan perasa pandan serta gula. Kurangkan kuantiti gula jika tidak mahu manis. Seterusnya masukkan sedikit garam dan air kapur. Kacau hingga pekat. Di dalam bekas kukusan, tabur sedikit gula. Tapis air bancuhan tadi dan kukus. Sementara itu, sediakan bahan lapisan seterusnya dengan memasukkan tepung beras, santan, sedikit garam dan gula. Kacau hingga pekat. Tapis dan tuangkan ke dalam bekas berisi adunan pandan tadi. Kukus lagi 10 minit. Siap untuk dihidang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok tengok bisnes yang diusahakan Muabellaz! Apa saja produk yang dijual pasti laris di pasaran. Siapa sangka Muabellaz atau mesra disapa Bellaz yang selama ini sinonim dengan dunia kecantikan dan kosmetik mampu meraih pulangan lumayan dalam bisnes makanan pula. Luar biasa penangan usahawan Kedah ini.
Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini menerusi media sosial miliknya melahirkan rasa syukur dengan sambutan penjualan kuih karipap dan aneka hidangan pencuci mulut yang diterima daripada peminat ketika menyertai Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru baru-baru ini.
Sepanjang dua hari penganjuran acara tersebut sejak 10 hingga 12 November, peminat sanggup beratur panjang setiap hari demi untuk merasai air tangan ibu empat anak tersebut. Selain mendapatkan produk kecantikan Bellaz Beauty.
Dalam festival jualan makanan tersebut, Bellaz menjual kuih karipap air tangannya dan suami iaitu Karipap Cinta, Wara Dadih Lemak, Premium Cheesekut Eica dan banyak lagi.
Kagum dengan semangat suami isteri ini yang rajin berniaga dan membuat kuih sendiri!
Daripada perkongsian video pengasas Bellaz Beauty ini, kelihatan suami tercinta iaitu Anuar Ahmad yang sedang asyik membuat karipap. Kemas saja pembuatan karipap mereka.
“Bellaz nak habaq siapa yang dah beli Karipap Cinta Bellaz. Jangan makan waktu panas takut melecup mulut eh tunggu dia betul-betul sejuk lepas tu hampa tokak pergh nikmat crunchy dia tu memang padu dan nak goreng api jangan kuat tau.
Karipap ni sedap dimakan dihidangkan dengan air kopi O atau teh panas. Resipi ibu mentua Bellaz. Alhamdulilah permintaan terlalu tinggi.”
Terbaharu, Bellaz dan suami akan mengeluarkan satu lagi produk kuih air tangan mereka iaitu Cucur Badak.
“Coq Badak sayang Mat Nuart ni. Kulit di luar rangup dalam lembut. Inti berasa manis manis secukup rasa. Menu terbaru ye. Lepas ni walaupun limit tetap dapat dua bekas insyaAllah.
Karipap Cinta dengan Coq Badak sayang. Macam biasa inti bini buat, kulit rangup lembut Mat Nuart buat.”
Moga apa saja bisnes yang diusahakan Bellaz berkembang maju dan menjadi inspirasi kepada golongan wanita.
Nampaknya Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menyambung tempoh PKPB sehingga 9 Nov. Sekaligus lebih banyak masa akan dihabiskan di kediaman masing-masing. Pasti kebanyakan suri rumah buntu memikirkan menu untukhidangan seisi keluarga bukan? Mana tidaknya, apabila anak-anak ada di rumah, kejap-kejap menjengah ke dapur mencari makanan.
Jika kebiasaannya hanya tahu membeli juadah kuih muih ini, apa kata dalam situasi kini anda buat sendiri hidangan seperti kuih cara berlauk yang sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Perkongsian oleh Masliza Maaris melalui laman facebook miliknya memperlihatkan bagaimana mudahnya membuat kuih cara berlauk ini tanpa menggunakan acuan. Menurut Masliza atau lebih mesra disapa Ayin, kuih cara berlauk yang dihasilkan tidak menggunakan acuan kuih cara tetapi hanya menggunakan muffin pan bersaiz kecil serta menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.
Masliza Maaris
BAHAN-BAHAN ADUNAN TEPUNG:
75g tepung gandum
sebiji telur
170ml santan (suku kotak campur air)
2 sudu mentega (dicairkan)
Bancuh semua bahan dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:
500g daging kambing cincang
Separuh bawang (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu rempah kurma
1 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa
Daun sup dan lada dihiris
*resepi asal ada halia, lada hitam dan cili kisar tapi saya tak letak.
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang hingga wangi masukkan daging kambing cincang dan gaul hingga masak. Campur rempah kurma, sos tomato, garam dan gula. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
2.Guna api paling kecil panaskan acuan. Hati-hati kerana muffin pan ini nipis nanti cepat masak dan cepat hangus.
3. Bila dah letak inti, daun sup dan lada, padam api dan tutup dengan penutup periuk. Biarkan sebenar. Kehangatan udara dalam penutup tu akan masakkan bahagian atas pula.
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercerita mengenai majlis persandingan anak pengasas Bawal Exclusive, segalanya indah dan memukau! Dari segi dekorasi, dewan majlis, pelamin dan busana pengantin hinggalah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu semuanya dirancang penuh ketelitian.