Bukan ada sehelai dua tapi ratusan koleksi baju tenun Pahang, eksklusif dari istana Tengku Ampuan Pahang berkenan pamer koleksi peribadi Paduka Baginda dan Paduka Anakanda sendiri.
Tersentuh dengan keramahan dan jiwa penyayang Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ketika Paduka Baginda berangkat tiba mencemar duli ke Pameran Tenun Pahang Diraja.
Berlangsung di Royal Selangor Visitor Centre, Paduka Baginda turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Paling manis saat mendengar Paduka Baginda yang berkenan menyampaikan titah suka duka perjalanannya membangunkan Tenun Pahang Diraja sejak 21 tahun lalu. Jom saksikan video eksklusif di bawah…
Memiliki lebih ratusan koleksi baju kurung tenun Pahang Diraja, titah Paduka Baginda ia bukan dikumpul dalam masa setahun dua tapi bertahun-tahun lamanya.
Paduka Baginda ketika sidang media menegaskan bahawa nilai kain tenun tidak terletak pada harga semata tetapi segala usaha yang dicurahkan untuk menghasilkannya.
Ads
“Nilai membuatnya (tenun) terletak kepada usahanya, rekaan dan kualiti. Nilai terletak pada hasil produknya dari mula hingga akhir (proses penghasilan).
Ini adalah usaha saya untuk kongsi kecantikan dan keunikan kain tenun Pahang. Pihak penjara (Pahang dan Terengganu) banyak menolong dari segi pendidikan dan penghasilan (kepada banduan).
Dah mahir, sekarang boleh buat teknik ‘dua wajah’, boleh pakai dua-dua belah (kain/samping) selain memastikan konsep tradisional terus dikekalkan,” titah Paduka Baginda.
Dalam pada itu baginda bertitah, generasi muda perlu mengenal kraf warisan negara agar ia tidak mati dah terus kekal hidup dari generasi ke generasi.
“Kita perlu bangga dengan warisan kita, itu adalah identiti Malaysia, bagi yang berminat pergilah belajar menenun di institut yang disediakan (Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam) di Pekan. Masuk institut tak perlu bayar, boleh belajar cara menenun dan kraf-kraf lain,” titahnya lagi.
ROYAL SELANGOR
Ads
Royal Selangor berbesar hati menganjurkan ‘Threads of Legacy: Pameran Tenun Pahang Diraja’ dengan kerjasama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, sebagai usaha berterusan untuk memelihara dan meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya.
Majlis pelancaran ini berlangsung pada 9 September 2024, bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Pameran itu mempamerkan seni Tenun Pahang Diraja yang rumit, tradisi tenunan diraja yang berakar umbi dalam sejarah Pahang.
Kerjasama itu melambangkan komitmen Royal Selangor untuk mengekalkan kraf tradisional Malaysia dan memastikan penghargaan mereka untuk generasi akan datang.
Salah satu sorotan pameran adalah kain tenun pakaian K.D.P.B. Tengku Ampuan Pahang semasa pertabalan King Charles III dan pertabalan suaminya, K.D.P.B. Sultan Abdullah Pahang.
Selain itu terdapat juga pameran tentang alatan penting dan proses di sebalik seni tenunan Pahang. Projek ini merupakan sebahagian daripada misi Royal Selangor untuk mewujudkan kesedaran tentang kraf tradisional, sama seperti warisan mereka sendiri dalam ketukangan piuter.
Pameran Tenun Pahang akan dibuka kepada orang ramai di Royal Selangor Visitor Centre menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menyelami sejarah tekstil dan ketukangan Malaysia yang kaya sepanjang bulan September.
jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah. Filem yang sudah bermula pengambarannya sejak Ogos 2011 tersebut bakal ditayangkan menjelang Mei 2023.
Dilakonkan oleh Farid Kamil yang memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa pula membawa watak Wan Azizah. Ketika sidang media berkenaan, Acha yang berada di Indonesia sempat berkongsi pengalamannya berjumpa dengan isteri kepada perdana Menteri Malayia tersebut.
Acha Septriasa menyifatkan Wan Azizah sebagai wanita yang mempunyai sifat keibuan tinggi. Malah beliau bersyukur dihadiahka seutas tasbih dalam satu pertemuan sebelum menjayakan karakter ahli politik berpengaruh itu dalam filem Anwar, The Untold Story, malah sempat merasai sendiri masakan yang dimasak figura politik terkemuka tersebut.
“Ketika bertemunya di sebuah hotel, dia membekalkan saya dan Farid Kamil dengan lauk-pauk yang dimasak sendiri. Azizah juga memberikan saya gelang tasbih untuk selalu mengingati Allah dan secara tidak langsung mengingati dirinya.” Jelasnya menurut sumber Kosmo.
Acha berkata demikian menerusi panggilan secara maya pada majlis sidang media filem lakonan terbaharu lakonannya berjudul Anwar The Untold Story yang berlangsung di ibu kota, semalam.
Selain Acha, filem arahan Viva Westi tersebut turut dibintangi aktor hebat lain seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Dewi Irawan, Piet Pagau dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu acara dalam pertandingan Miss Universe adalah pertandingan kostum nasional. Para peserta masing-masing sedaya upaya menampilkan kostum yang menarik dan lain dari yang lain. Jom kita intai beberapa kostum nasional peserta Miss Universe tahun ini.
Miss Universe Afrika Selatan ini menjadikan bunga kebangsaan negaranya sebagai isnpirasi untuk kostum nasional. Bunga ‘King Protea’ ini digarap indah sebagai kostum nasional menerusi perletakan kolopak bunga dan juga susunan daun menghijau.
Wow! Inspirasi kostum nasional Miss Universe Australia ini diambil inspirasi persembahan bunga api di Sydney Opera House.
Tahun lepas ketika pertandingan Miss Universe 2016 wakil Myanmar menjuarai ketegori kostum nasional. Tahun ini pula, Miss Universe Myanmar 2017 membawa tema Orkestra tradisi negaranya yang dikenali dengan nama Hsaing Waing. Pendapat penulis, she is trying too hard dengan segala aksesori itu.
Terjemahan inspirasi dari binaan popular pokok di Gardens By The Bay oleh Miss Universe Singapura 2017. Dan semestinya gabungan bunga orkid mewakili keindahan bunga nasional negara tersebut.
Orang utan menjadi inspirasi Miss Universe Indonesia 2017 ke dalam terjemahan kostum nasionalnya. Dinamakan ‘The Warrior of Orang Utan’ ia dilambangkan sebagai pelindung kepada haiwan terancam tersebut.
The Iconic Nasi Lemak! Kostum nasional Miss Universe Malaysia 2017 ini mendapat perhatian yang cukup meluas sehingakan porta-portal berita dunia turut melaporkan tentangnya. Kelihatan unik kerana siapa terfikir makanan boleh diterjemahkan sebagai kostum nasional bukan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya semua ini adalah ketentuan-Nya. Dan kita semua amat berdukacita atas apa yang berlaku. Namun sebagai orang beriman kita harus sabar dan berikhtiar mencegah penyakit untuk kebaikan semua.
Cubalah untuk patuh dengan segala nasihat dan arahan yang telah dilaksanakan. Kasihan insan lain yang berkorban demi kita. Terpaksa bekerja dan tinggalkan keluarga demi amanah merawat pesakit di hospital.
Mereka ada tanggungjawab yang besar, ia bukan soal gaji atau imbuhan. Tapi ia soal sumpah ahli badan perubatan yang mereka pernah ikrarkan.
Mereka patuh untuk menjaga kesihatan kita semua. Bantu mereka dengan:
Kekal duduk di rumah dengan baik.
Jangan ada impian pulang ke kampung halaman. JANGAN BAWA RISIKO BUAT IBU BAPA YANG TINGGAL DI KAMPUNG.
Jangan sebarkan berita yang tak pasti.
Jangan sesekali mengkritik kerja sesiapa pun, ini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan orang.
Jadi positif dalam keadaan sekarang. Wabak ini benar-benar bahaya.
Motivasikan diri dan rakan rakan dengan kata kata yang baik dan sihat di media sosial.
Keluar dan tinggalkan WhatsApp Group yang tak habis kerja kritik kerja orang sahaja. Left and delete group.
Solat jemaah dengan keluarga kita, inilah masa berbaik mengeratkan silaturrahim. Tapi jangan cuba-cuba untuk ke surau atau masjid yang dah dimaklumkan tutup buat sementara waktu.
Bacalah Quran atau buku, satu surah atau satu bab sehari, cabar 14 hari berapa surah dan berapa buku boleh dibaca.
Boleh mantapkan ilmu dengan ikuti kuliah online siaran tertunda Surau Nurul Iman.
Banyakkan berdoa, bukan untuk keluarga dan diri kita saja. Tetapi buat semua pegawai perubatan, kakitangan KKM yang bertarung dengan virus yang tak nampak dengan mata ini.
Ya Allah, peliharalah kami semua dan semua yang bertungkus lumus membantu agar ummat Nabi Muhammad ini masih kekal bernyawa.
Jaga diri dan ahli keluarga baik-baik. Kiffy Razak #staysafe #stayhome
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.