
Siapa yang tidak mengenali superstar Beyonce bukan? Selepas hampir 4 tahun tidak melangsungkan sebarang konsert mahupun persembahan, sebuah hotel mewah di Dubai yang baru dilancarkan sanggup berhabis RM111 juta untuk Beyonce ‘perform’ selama sejam!

Hotel yang diberi nama Atlantis The Royal telah menjemput bintang pop antarabangsa terkenal itu untuk membuat persembahan. Menjadi persembahan pertama selepas empat tahun ‘berehat’, bayaran untuk Beyonce menjadi perbualan hangat dan topik utama tabloid dan surat khabar.
Sewaktu konsert tersebut, Beyonce menghidangkan 19 buah lagu termasuk menjemput anaknya, Blue Ivy yang berumur 11 tahun ke atas pentas.
Beyonce didakwa menerima bayaran melebihi RM111 juta (20 juta pound) untuk tampil selama satu jam! Penampilan eksklusif isteri kepada penerbit dan penyanyi rap Jay-Z juga menjadi buah mulut apabila kelihatan sangat memukau dengan dua persalinan, gaun kuning serta merah apatah lagi persembahan penuh bertenaga dan dramatik memukan para penonton pada majlis eksklusif tersebut.
Sementara itu Dailymail turut melaporkan Beyonce bersama keluarganya menginap di salah sebuah bilik paling mahal iaitu The flagship Royal Mansion dianggarkan mencecah RM374,000 semalam.
Menurut sumber Gempak, bilik tersebut terletak di tingkat 22 memiliki empat bilik tidur, panggung wayang, kolam renang peribadi dan ‘bilik keselamatan’. Atlantis The Royal memiliki 795 bilik dengan 44 daripadanya memiliki kolam renang infiniti. Harga biasa sebuah bilik bermula dari RM4,700 satu malam.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
9 Anak Jin Yang Berkeliaran, Penjelasan USTAZ AUNI MOHAMAD Ini Buat Ramai Istighfar!

Dalam kehidupan ini, manusia sentiasa dikelilingi jin dan iblis yang berkeliaran untuk menyesatkan cucu Adam. Jumlahnya terlalu banyak selepas berkembang biak, malah mereka turut mempunyai tugas khas di tempat-tempat yang khas.
Tahukah anda, terdapat 9 jenis anak-anak jin yang menetap di beberapa tempat berdekatan kita? Penjelasan daripada penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamad ini memang cukup menakutkan… hati-hati jangan sampai kita tergoda dengan bisikan mereka!
Terdapat 9 anak jin yang tugasnya untuk menggoda kita dengan pelbagai tipu daya. Mereka adalah Zalituun, Wathiin, A’awan, Haffaf, Murrah, Masuud, Daasim, Walahaan dan Lakhuus.
Tempat Popular bagi 9 Anak Jin – Ustaz Auni Mohamad
Tempat Popular bagi 9 Anak Jin – Ustaz Auni Mohamad
Posted by Ustaz Auni Mohamad Fans Club on Monday, 22 January 2018
Tugas-tugas Jin
(1) Zalituun
Suka duduk di kedai-kedai, pasar atau pasar raya untuk menghasut kita agar hilang sifat berjimat cermat. Kita akan rambang mata dan terdorong berbelanja benda-benda yang bukan keperluan.
(2) Wathiin
Tinggal di jiwa manusia yang Allah SWT sedang uji. Lazimnya dalam keadaan manusia yang runsing dibebani masalah, anak jin ni pantas menggoda supaya kita berprasangka buruk terhadap Allah. Sedangkan Allah uji sebab sayang. Jin akan berusaha memesongkan akidah kita serta menghilangkan keyakinan manusia terhadap qada’ dan qadar.
(3) A’awan
Hanya berdamping dengan raja-raja, pemimpin atau menteri supaya jangan mendekati rakyat. Jin ini akan cucuk hati supaya pemerintah tak lakukan kebajikan atau kebaikan, malah menjauhkan diri dengan orang alim atau golongan ulama agar tidak dinasihati.
(4) Haffaf
Duduk bergayut pada kaki judi, kaki botol atau kaki nombor ekor. Jin goda supaya kita bertambah sesat dan suka berlibur di pub yang menyediakan minuman keras, pusat nombor ekor, pusat judi serta pusat maksiat.
(5) Murrah
Jin yang suka pada hiburan, alunan lagu, nyanyian dan muzik. Gemar melekat pada artis-artis supaya lupakan Allah SWT. Geng Murrah juga akan melalaikan dan melaghakan manusia supaya suka berhibur. Demi obsesi pada artis yang diminati, ramai yang hilang sifat malu semata-mata taasub. Hakikatnya hati kita mungkin selalu mendengar pujuk rayu Murrah.
(6) Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya kita bercakap bohong, menabur fitnah, buka aib orang lain, bercakap kesat, mengumpat dan bergosip. Jin ni juga akan cucuk supaya kita cakap benda yang tak elok.
(7) Daasim
Suka duduk di depan pintu rumah dan tunggu ahli rumah balik tanpa memberi salam. Apatah lagi kalau rumah kita jarang dialunkan dengan Al-Quran, maka rumah jadi panas, keluarga berpecah belah dan tiada kebahagiaan.
(8) Halawan
Jin ni akan masuk melalui perasan waswas supaya kita lalai. Kita rasa tak puas hati bila ambil wuduk atau solat hingga menjejaskan sifat khusyuk beribadah.
(9) Lakhuus
Jin ni berkawan karib dengan orang Madusi yang sembah api atau matahari.
Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf, ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu

Nampaknya industri hijab di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama hijab yang menjadi pilihan hijabi masakini. Walapun masih baharu dalam industri hijab di Malaysia, Roos Scarves semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para hijabi Malaysia.
Keunikan jenama Roos Scarves terletak pada namanya yang mempunyai kisah menarik bagaimana jenama ini tercetus. Menurut Pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin, idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves ini terlintas selepas pandemik pada hujung tahun 2021. Ketika itu, isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa.
“Dalam tempoh lebih setahun mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu ke atas sehelai tudung. Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” ujar Safiudin ketika ditemui di majlis eksklusif Roos Scarves baru-baru ini.
Roos Scarves diperkenalkan secara rasminya dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri lebih 100 pempengaruh, selebriti, rakan media serta pelanggan setia mereka. Setelah yakin dengan pengukuhan jenama mereka di pasaran, mereka menetapkan inilah detik paling sesuai untuk jenama ini dilancarkan secara gilang-gemilang.
”Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung. Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.
Tambah beliau lagi, tagline “Bloom of beauty” adalah semangat yang mereka bawa untuk setiap rekaan tudung yang dihasilkan. Koleksi terawal yang mereka hasilkan ialah Lady Series, inspirasi daripada Lady Emma Hamilton Rose dan Freedom Series yang diinspirasikan daripada spirit of freedom rose.
Pada majlis pelancaran juga, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose. Kedua-dua hijab ini dari potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik yang pasti diminati hijabi negara ini. Setiap satunya dijual pada harga antara RM93 – RM105.
Roos Scarves juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di empat bandar utama berdasarkan koridor utara, selatan, timur dan juga sentral. Namun, fokus mereka adalah di pusat membeli-belah utama utama bagi mengekalkan nilai eksklusif pada produk dan kesemua outlet yang dimiliki oleh pengedar terpilih daripada pihak syarikat.
Tambah Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi.
Tanpa Berbelanja Besar Pun Mampu LANGSING Seperti JLo, Ini Petuanya!

Pasti fikiran menjadi rungsing apabila sudah jenuh mengikuti pola makan betul namun kembali mengalami penambahan berat badan setelah berhenti mengamalkannya. Keadaan ini boleh mendatangkan tekanan pada sesiapa saja.
Menurut pakar nutrisi, strategi pengubahsuaian tingkah laku merupakan pilihan yang lebih tepat berbanding diet. Ia membantu anda memutuskan rantai kitaran ini dan melaksanakan perubahan gaya hidup yang tahan lama.
Untuk membantu anda mengelakkan kitaran ini, berikut beberapa prinsip perubahan gaya hidup daripada kedua-dua pakar ini yang boleh menjadi panduan anda.
- Berhenti Diet : Bagaimana mungkin boleh menurunkan berat badan tanpa diet? Mengurangkan 500 kalori sehari selama satu minggu boleh menurunkan berat badan sebanyak 1 / 2 kilogram. Sebahagian besar orang boleh mendapatkan hasil yang sama dengan pengurangan 500 kalori ini dengan cara bersukan dan menukar sedikit amalan pemakanan. Dengan kaedah ini, anda boleh mengelakkan daripada kesan negatif diet yang terlalu ketat.
- Kenali Gejala Fizikal :Tanda-tanda dalaman seperti perut bunyi, sakit kepala ringan, keletihan, mudah marah serta penurunan konsentrasi merupakan petanda kalau anda memerlukan asupan tenaga untuk mempertahankan berat badan yang dialami anda. Dengan mengenali isyarat ini dan terhubung dengan isyarat fizikal daripada rasa lapar dan kenyang, anda akan lebih mampu mengatur pengambilan makanan dan mengelakkan daripada makan berlebihan.
- Gunakan Skala Untuk Mengukur Tahap Lapar Anda :Dengan menggunakan skala ini, anda akan lebih peka terhadap isyarat rasa lapar dan kenyang dari dalam tubuh. Guna 0 untuk menunjukkan tahap lapar yang melampau dan 10 sebagai isyarat menyatakan tahap kekenyangan yang melampau. Dengan menerapkan skala ini di fikiran, mulailah membaca isyarat dari badan anda.
Target anda sebaiknya berada pada rentang angka 3 dan 8. Jika membiarkan sampai 0, anda akan makan terlalu banyak dan terlalu cepat, padahal otak memerlukan masa 15-20 minit untuk menangkap isyarat kalau badan sudah kenyang. Sebaik-baiknya mula makan ketika lapar berada pada skala 3 dan berhentilah pada skala 7 atau 8, apabila anda mula merasa kenyang dan puas.
- Bezakan Lapar Emosi Dengan Lapar Fizikal : Lapar fizikal merupakan proses lapar yang muncul setiap 3 hingga 4 jam sekali. Jika tidak mendengar isyarat lapar tersebut, rasa lapar akan memudar dan tubuh mulai melambat untuk menjimatkan tenaga. Sedang lapar kerana emosi berlaku apabila anda melampiaskan kesedihan, kegembiraan, kecemasan atau kebosanan anda pada makanan. Memahami saat anda memuaskan emosi dengan makanan boleh membantu anda mencari cara yang lebih tepat dalam menangani keperluan-keperluan anda.
- Makanan Baik vs Makanan Tidak Baik :Tidak ada makanan yang bagus dan makanan yang buruk. Semua makanan baik jika dikonsumi dalam jumlah sederhana. Menghindari satu makanan tertentu akan membuat anda semakin ingin mengambil makanan tersebut. Jika anda selalu sukar mengawal bahan makanan tertentu, cubalah dengan strategi lain. Misalnya dengan mengira kerepek kentang yang mahu dikunyah dan mengembalikan selebihnya ke tempat simpanan makanan.
Diet Boleh Turunkan Risiko Kanser Payudara
Tahukah anda, diet dua kali seminggu rupanya boleh mengurangkan peluang wanita terkena kanser payudara. Sebuah kajian mendapati bahawa ketika perempuan yang mengalami berlebihan dan mengikuti program diet yang ketat, maka hormon penyebab kanser akan berkurangan sebanyak 40 peratus, mengikuti penurunan berat badan sebanyak 13 paun atau sekitar 5.89 kilogram.
Penyelidikan ini dilakukan oleh Wythenshawe Hospital dan dipimpin oleh Dr Michelle Harvie itu, demikian kutip The Telegraph. Penyelidikan dijalankan pada 100 wanita yang mengalami kelebihan berat dari Greater Manchester, United Kingdom.
Setengah daripada jumlah wanita itu mengikuti program diet dengan hanya mengambil 650 kalori per hari selama dua hari dalam satu minggu. Selebihnya lagi hanya mengambil 1,500 kalori setiap hari dalam satu minggu.
Setelah enam bulan mengikuti program diet yang pertama, kadar hormon leptin perempuan berkurangan sebanyak 40 peratus, kadar insulin turun sebanyak 25 peratus dan protein inflamasi turun sebanyak 15 peratus. Mereka yang mengikuti diet 1,500 kalori juga menunjukkan penurunan berat dan penurunan kadar hormon yang sama.
Dr Harvie mengatakan diet itu merupakan jalan keluar bagi golongan wanita yang mengalami kesukaran mengikuti diet ketat selama seminggu penuh. Antara wanita yang mengikuti program itu adalah Professor Gillian Haddock yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi diserang kanser payudara. Beliau berjaya menurunkan berat badannya sekitar 6.35 kilogram dalam satu minggu.
“Banyak faktor penyebab kanser payudara yang tidak boleh dikawal seperti umur, jenis kelamin, dan sejarah keluarga, tetapi kita boleh mengambil langkah positif dengan tetap menjaga berat badan yang sihat. Pendekatan diet dengan selang waktu itu memberikan pilihan untuk cara diet konvensional yang boleh membantu mengurangkan berat badan sekaligus mengurangkan risiko kanser payudara,” kata Pamela Goldberg, pimpinan Breast Cancer Campaign, sebuah yayasan amal yang bergerak di bidang kajian kanser payudara.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH