Pelakon yang juga seorang duda, Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah drama popular ‘Kampung People’ iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin hari ini.
Khabar gembira itu disahkan oleh jurusolek, Mas Hashim menerusi akaun Facebook miliknya.
Dalam perkongsian itu, Mas Hashim memuat naik foto Rashidi yang memakai baju Melayu putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu dengan baju kebaya serba putih.
Ads
Memetik perkongsian Mstar, berita gembira ini turut didedahkan oleh anak Rashidi iaitu Maryam Rashika.
Tulisnya di Instagram: –
Ads
“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Dr Martens di majlis kahwin ayahnya.”
Manakala anak lelakinya, Mikhail Imran yang turut berada di majlis berkenaan yang dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.
Ads
Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.
Kredit Foto:
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya berkebun Melania Trump ini sekali lagi mencuri tumpuan awam kerana harganya yang tidak terjangkau.
Sekali imbas, gaya First Lady Amerika Syarikat itu mungkin nampak biasa dan sederhana. Sepasang jean skinny dipadankan kemeja genggang merah dan sepatu Converse untuk acara berkebun di White House.
Namun kalau diperhatikan dengan teliti, wanita yang terkenal dengan cita rasa haute dan persalinan pereka terkemuka itu sebenarnya mengenakan kemeja Balmain yang bernilai $1,380 (Net-A-Porter) atau RM5,767, sepadan dengan sarung tangan kebun yang dipakainya.
Dalam acara yang dianjurkan Jumaat lepas, Melania bersama sekumpulan pelajar sekolah dilihat sama-sama memetik sayuran di White House Kitchen Garden yang diasaskan oleh Michelle Obama.
Meskipun bajet pakaian First Lady AS tidak ditanggung oleh para pembayar cukai, namun gaya yang beliau tampilkan jelas menjadi pertikaian rakyatnya. Pun begitu, umum mengetahui kehidupan Donald dan Melania Trump itu yang sebenarnya serba mewah sebelum dilantik sebagai Presiden lagi. So, apa pendapat anda? Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah berbentuk seperti kapal angkasa, melalui muara Sungai Perlis. Pertama kali berlaku dan dilihat oleh penduduk setempat, kemunculan kapal layar mewah jenis Adastra itu pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu difahamkan kapal ini datang dari luar negara, bergerak melalui muara Sungai Perlis dan menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd bagi tujuan membaiki kapal tersebut.
‘Ad astra’ yang merupakan frasa Latin yang diterjemahkan kepada ‘Menuju Bintang’, rupa-rupanya kapal layar mewah Adastra ini bernilai hampir-hampir RM200 juta! Jadi apa lagi yang menarik tentang kapal mewah ini? NONA secara eksklusif menghimpunkan beberapa fakta menarik tentang Adastra.
Sumber dan gambar: RobbReport
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap momen indah yang dicipta dari hanya sahabat sehingga megukir ikatan cinta tersimpul rapi di jiwa dan sanubari Mohd Harris Arifin bin Kamal Ariffin dan isterinya, Dr Athirah Ramli. Pasangan yang telah memilih konsep perkahwinan bertemakan taman tropika ini mendapat sentuhan perancang dekorasi perkahwinan terkenal, Razak Luxe Decor untuk merealisasikan perkahwinan mereka.
Reputasi Razak Luxe Decor yang pernah diberi penghormatan menggubah untuk parti seperti Anugerah Emmy dan Anugerah Academy ini tidak perlu disangkalkan lagi. Tidak hairanlah, ia sering menjadi pilihan kerabat diraja serta selebriti luar negara dan tempatan.
“Konsep majlis akad nikah yang telah kami pilih ialah enchanted forest. Saya memilih konsep ini kerana gemarkan keindahan rimba dengan rimbunan flora dan fauna yang segar dan sejuk mata memandang. Sekali gus memberikan suasana majlis akad nikah yang selesa dek pandangan mata dengan pemandangan nan menghijau,” ujar Dr Athirah.
Pasangan raja sehari sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan penuh elegan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Kali ini, konsep perkahwinan yang menggabungan rona hitam klasik menjadi pilihan mempelai. Sentuhan Razak Ahmad dari Flora ETC masih lagi dikekalkan bagi memberi nuansa rona warna hitam yang gemilang dan pastinya eksklusif.
Ketika diminta mengungkap perjalanan kisah cinta pasangan romantis ini, Athirah berkata sikap tanggungjawab dan keperibadian yang dimiliki Harris antara sebab mengapa lelaki tersebut berjaya menawan hatinya. Tambah Athirah lagi, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang mereka berkawan adalah kesanggupan Harris berkorban untuk dirinya dan membuktikan kesungguhan jejaka tersebut untuk hidup bersama.
“Bayangkan, pernah satu ketika kami berselisih faham dan Harris sanggup berjalan kaki dari Kampung Baru ke kediaman keluarga saya di Wangsa Melawati semata-mata untuk menyelesaikan masalah. Saya anggap dia serius dalam merencanakan masa hadapan bersama saya. Saya yakin, dia sanggup untuk berada di sisi saya sebagai mahram yang membimbing saya ke gerbang rumah tangga,” cerita Athirah yang nyata terharu dengan sikap yang dimiliki oleh suami tersayang.
Pada resepsi persandingan ini, Harris segak mengenakan sut serba hitam manakala Dr Athirah anggun dengan dres pengantin rona hitam dengan solekan sederhana yang menyerlahkan lagi seri di wajahnya. Ketika ditanya mengenai destinasi bulan madu, pasangan ini sepakat memilih beberapa negara sekitar Eropah sebagai destinasi pilihan di samping mengeratkan kasih sayang suami isteri. Semoga mahligai cinta yang dibina atas dasar cinta ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.