Diam tak diam sudah 8 tahun jenama kosmetik dan penjagaan kulit terkenal SIMPLYSITI milik penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berada di pasaran. Bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-8, petang kelmarin SIMPLYSITI telah mengadakan satu majlis istimewa serta eksklusif bersama media dan para pengguna setianya di Atmosphere 360 Revolving Restaurant, Menara Kuala Lumpur.
Hitam dan gold menjadi warna utama bagi majlis santai ini yang bertemakan “8 Tahun Keemasan’. Bukan hanya pada sentuhan dekorasi malah para tetamu juga sporting dengan mengenakan pakaian mengikut warna tema.
“Atas sokongan semua pengguna sepanjang 8 tahun ini, SIMPLYSITI kini semakin kukuh dan berkembang maju bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan di Singapura. Tidak lama lagi ia akan memasuki pasaran Indonesia pula,” kongsi Dato’ Sri Siti Nurhaliza selaku Pengerusi SIMPLYSITI.
Ads
Turut dilancarkan koleksi kosmetik mewah SIMPLYSITI GOLD EDITION yang sudah pun berada di pasaran sejak Jun lalu iaitu sebelum menjelang Aidilfitri.
Koleksi ini diformulasi dengan Soft-Focus Technology dan Gold Dust yang memberi litupan sempurna dan menyerlahkan seri wajah bak kilauan emas. Didatangkan dengan 4 produk iaitu Cushion Foundation, Shading Blusher dan Matte Lip Cream yang terdiri daripada 5 warna mewah.
Turut diraikan ialah ahli-ahli SIMPLYSITI ELIT yang menjana pendapatan dengan menjadi agen jualan SIMPLYSITI. 10 Ahli SIMPLYSITI ELIT yang berjaya mencatat jualan tertinggi sepanjang bulan Mac-Jun 2018 diberi penghargaan dalam majlis ini.
Jenama mewah dan eksklusif, dUCk sentiasa kreatif dalam setiap penghasilan produknya. Terbaharu menerusi koleksi The Merdeka dUCk, ia tampil dengan 14 variasi skaf eksklusif yang melambangkan ciri bagi 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Rambang mata hendak pilih yang mana satu!
Bagi menjayakan semangat perpaduan dan kemerdekaan tahun ini, dUCk menjalin kolaborasi bersama para pelukis berbakat besar tempatan, Art Battalion. Setiap pelukis tampil dengan idea dan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan 14 rekaan tersebut yang diketuai pelukis mural, Yaulacap.
Bukan itu saja, The Merdeka dUCk turut dimeriahkan dengan himpunan rekaan ready-to-wear sebagai pelengkap gaya.
Selaku Pengasas bersama The dUCk Group, Vivy Yusof berkata, “Tahun ini dUCk menawarkan rekaan skaf untuk setiap negeri di Malaysia dan mengangkat karya pelukis tempatan dari Art Battalion untuk koleksi kali ini.
Dalam kolaborasi dUCk bersama Art Battalion sebelum ini, rekaan beg yang dilukis menggunakan tangan laris dijual dalam masa 3 minit dan kami terkejut dengan sambutan hebat daripada pelanggan.”
Majlis pelancaran The Merdeka dUCk berlangsung di dUCk Bangsar Village Flagship Store. Skaf edisi terhad koleksi Hari Kebangsaan 2022 ini dihasilkan daripada material satin silk. 14 rekaan berkenaan membawa identiti setiap negeri di Malaysia termasuk Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Dilengkapi dengan charm perak, setiap rekaan ini didatangkan dalam bentuk selendang mahupun square scarf. Terdapat lima rekaan kardigan turut dihasilkan. Setiap rekaan melambangkan elemen budaya dari negeri-negeri di Utara, Selatan, Timur dan Barat Malaysia serta Borneo.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perniagaan yang baik menjanjikan masa depan yang stabil dan potensi berkembang yang besar. Di sebalik kehebatan sesuatu produk, sebenarnya ada selaut reputasi dan segunung program pemasaran yang luar biasa di belakangnya. Kembangkan sayap dan terbang tinggilah… ini masanya membina empayar bisnesmu.
Percaya bahawa pemasaran yang baik adalah ‘kunci’ kejayaan bisnes, kini Astro mengajak semua usahawan SME untuk menyertai ‘POWER UP – Exclusive Astro Studio Tour’ bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2022 ini.
Buat julung kalinya, semua usahawan SME berpeluang untuk meninjau studio-studio di All Asia Broadcast Centre (ASTRO) yang dibuka secara eksklusif kepada anda. Program selama seminggu ini bertemakan ‘POWER UP! Berdiri Di Tempat Betul Untuk Berkembang’.
PENCARIAN NONA SUPERWOMAN 2021
Selain melihat sendiri suasana di pusat penyiaran ini, pakar-pakar media juga bakal berkongsi info trend terbaharu dan data insights penting. Ini termasuklah jenis pengiklanan paling efektif atau addressable di Asia Tenggara bagi melipat-gandakan ketepatan kuasa pemasaran di kalangan generasi baharu di kaca TV.
Dengan menyasarkan profail pengguna yang tepat di kalangan pelanggan ASTRO di seluruh Malaysia, perniagaan anda pasti lebih mudah mencapai sasarannya dalam ekosistem pasaran negara.
Bukan itu saja, anda juga dapat menyaksikan rancangan siaran langsung di studio dalam sesi interaktif ini. Inilah peluangnya untuk bertemu selebriti kesayangan dan menikmati diskaun eksklusif dalam pakej-pakej pengiklanan yang ditawarkan.
DAPAT TV PINTAR & RM100,000!
Tidak pulang dengan tangan kosong, bawa pulang juga hadiah-hadiah lumayan mencecah RM1 juta untuk pemenang bertuah. Terdapat 10 set hadiah dengan tiap satunya mengandungi sebuah TV pintar Samsung 65″ AU7000 4K UHD serta hadiah RM100,000 nilai pengiklanan airtime untuk dimenangi.
Acara hebat selama empat hari ini akan dibahagikan kepada tiga slot sehari. Usahawan SME yang berminat boleh memilih mana-mana slot masa yang sesuai di antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi atau 2.30 petang.
Apa tunggu lagi, tempahlah slot anda sekarang sebelum kehabisan. Setiap slot terhad kepada 40 orang, jadi secure tempat anda hari ini di quake.com.my. Lebih mudah, tekan saja link di sini.
MasyaAllah terpikat dengan keanggunan ibu kepada Fathia Latiff. Tidak hairanlah aktres ini memiliki raut wajah cantik menawan. Mewarisi kejelitaan ratu hati kesayangan rupanya. Meskipun sudah berusia namun rupa paras ibu Fathia iaitu Badriyah Hassan tetap memikat pandangan.
Terbaharu, Fathia Latiff menerusi media sosial memuat naik gambar wanita kesayangannya ini sempena ulang tahun kelahiran.
Dalam majlis sambutan hari lahir Badriyah Hassan yang diadakan di sebuah restoran, keluarga bahagia pelakon popular Ariana Rose ini sepakat mengenakan busana sedondon hitam putih.
Pada hari istimewa ibunda tersayang, Fathia Latiff tidak ketinggalan menitipkan ucapan bermakna. Di samping menzahirkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya selama ini.
Titip Fathia, “No words will ever be enough to thank you for everything you’ve done for me. Your love, sacrifices, prayers and strength have shaped me into who I am today. Through every good day and every difficult one, you’ve always been my safe place.”
Tambahnya lagi, dia turut bersyukur kerana ibu tersayang sentiasa menyayanginya dalam apa keadaan sekalipun.
“Thank you for loving me unconditionally, for believing in me when I doubt myself and for always putting your family before yourself. I am beyond blessed to have you as my mother.”
Fathia Latiff mengambil kesempatan hari lahir ibunya dengan mendoakan agar Allah SWT membalas segala kebaikan yang dilakukan terhadap keluarga selama ini.
“I pray that Allah grants you good health, endless happiness and countless blessings in this life and the next. I love you more than words can express. Happy birthday, bondaku.”
Badriyah Hassan nyata seorang superwoman. Dalam temu bual bersama adik Fathia iaitu Dr Fasiha kira-kira tiga tahun lepas, ibunya ini menggalas tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak dengan baik.
Biarpun berkerjaya namun Badriyah akan pastikan keperluan keluarga dipenuhi dan menguruskan kediaman seperti mengemas, memasak serta sebagainya.
Bukan itu sahaja, Badriyah juga menyambung pengajian peringkat Master ketika berusia 45 tahun.
Dedah Dr Fasiha, “Satu lagi perkara yang buat saya bangga dengan ibu ialah ketikausianya 45 tahun, ibuterbukahatiuntuksambungbelajarambil Master selama dua tahun. Walaupun banyak tanggungjawab tetapi ibu mampu menguruskan masanya dengan baik.”
Nama Nur Fathia Abdul Latiff bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Dia bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon tetapi juga pernah bergelar model dan ada bakat menyanyi.
Meniti usia 38 tahun, wanita tinggi lampai ini merupakan anak kepada Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan. Fathia juga anak sulung daripada empat beradik iaitu Nur Farhana, Muhammad Ilham dan Dr Nur Fasiha.
Graduan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini sudah lebih empat dekad menjadi anak seni. Drama sulung lakonan Fathia ialah Nur Kasih dan dia turut pernah membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas.
Adik Fathia iaitu Dr Fasiha mendedahkan kepada Nona, kakak tersayang seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga.
Bersandarkan bakat yang ada, Fathia berjaya merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!