Perkongsian pelakon, Amyza Aznan di media sosial mengenai perkembangan terkini kesihatan anak sulungnya iaitu Andre Mikhail Khairil Izhar mendapat perhatian rakan-rakan artis dan masyarakat prihatin.
Terbaharu, Andre yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga turut didiagnosis mempunyai tumor di paru-parunya.
Dugaan buat Amyza pada Ramadan ini apabila anak lelaki kedua, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang.
Rata-rata peminat dan warga maya yang mengikuti perkembangan anak Amyza Aznan meluahkan rasa sayu dengan perkhabaran tersebut. Namun tidak mengalah ‘menghantar’ doa yang tidak putus-putus selain bantuan dari segi kewangan.
Ads
Difahamkan, rakan seangkatan Amyza iaitu Didie Alias membuat kempen kutipan sumbangan untuk kedua-dua anak pelakon Andai Tiada Dia berkenaan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Amyza Aznan memaklumkan Andre Mikhail akan dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari ini, 23 Februari 2026.
“Anak saya Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital hari ini. Hanya mengharap keajaiban.”
Terdahulu, Amyza meluahkan rasa resah dan berada di hospital semalaman di sisi putera kesayangannya itu.
“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa saja perubatan. Tolong!”
Antara rakan-rakan artis yang turut bantu memberi sumbangan termasuklah Didie Alias, Fattah Amin, Amira Othman, Anzalna Nasir dan Diana Rafar.
22 Februari lalu Andre Mikhail genap berusia 20 tahun. Bersempena ulang tahun kelahiran, Amyza Aznan menitipkan doa.
“Duhai anakku Andre Mikhail, anak yang sangat baik, tak pernah tinggi suara, never say no to mummy, akur dan taat. Terlalu banyak pengorbanan dan kebaikan kamu anak.
Sempena hari kelahiran cahaya mata pertama mummy, mummy dan semua mendoakan Andre Mikhail sembuh dengan cepat dan tidak berulang sakit lagi dan hanya takdir yang baik dan gembira sahaja selepas ini ya anak.”
Andre didiagnosis menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada pertengahan Februari tahun lalu ketika menerima rawatan di Hospital Ampang.
Semoga kedua-dua anak kesayangan Amyza Aznan dikurniakan kesembuhan dan terus tabah menempuh ujian hidup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu masalah kesuburan wanita ialah fibroid dan ramai wanita cari rawatan fibroid berkesan. Fibroid adalah bengkak jenis pejal di bahagian rahim (uterus) wanita.
Fibroid agak kerap dihidapi wanita antara 20 hingga 50 peratus. Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang masalah dan fibroid ini kebetulan dijumpai semasa prosedur imbasan bunyi dijalankan bagi tujuan lain.
Hampir ke semua fibroid adalah ketumbuhan benign iaitu bukan kanser. Fibroid boleh tumbuh di bahagian dinding tengah (intramural), menghala ke luar rahim (subserosal) atau pun ke arah kaviti rahim (submucosal).
Selain saiz, lokasi pertumbuhan fibroid ini akan memberikan kesan ataupun simptom yang berbeza kepada setiap wanita.
Fibroid rahim dan adenomiosis merupakan dua ketumbuhan ginekologi jinak yang biasa memudaratkan kualiti hidup dan tahap kesuburan wanita. Walaupun kedua-dua ketumbuhan ini terjadi di dalam rahim, namun ianya adalah masalah ginekologi yang berbeza.
Fibroid merupakan ketumbuhan otot jinak yang tumbuh pada dinding rahim, sedangkan adenomiosis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim (endometrium) dijumpai di dinding otot rahim (miometrium).
Fibroid rahim dan adenomiosis boleh menyebabkan gejala seperti pendarahan haid yang berlebihan dan menyakitkan, ketidakselesaan pada bahagian perut bawah, sakit belakang atau tekanan di kawasan pelvis, kembung serta sakit semasa hubungan intim.
TEKNOLOGI HIFU
Rawatan biasa untuk fibroid dan adenomiosis adalah histerektomi (pembuangan rahim) dan penyingkiran adenomiosis (adenomiomektomi). Kebanyakan wanita enggan menjalankan prosedur histerektomi. Manakala pembedahan miomektomi dan adenomiomektomi boleh menyebabkan kesan sampingan semasa kehamilan.
Namun, ini mungkin merupakan berita baik buat semua pengidap fibroid dan adenomiosis. Terdapat rawatan terbaharu yang telah diperkenalkan iaitu teknologi Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU). Ini adalah rawatan fibroid berkesan dan selamat.
Pusat Perubatan Mahkota telah menjadi hospital yang pertama seumpamanya di negara ini memperkenalkan teknologi ini bagi tujuan rawatan fibroid dan adenomiosis ini.
Teknologi HIFU mampu mengubah landskap rawatan wanita di seluruh negara. Teknologi HIFU merupakan satu rawatan yang tidak invasif, canggih, terbukti dengan keputusan klinikal positif sementara mengekalkan kesuburan wanita.
Teknologi tercanggih ini menggunakan tenaga bunyi yang ditumpukan untuk memanaskan dan memusnahkan tisu yang disasarkan.
Ia digunakan untuk merawat keadaan kesihatan seperti batu karang ginjal, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid jinak, penyakit prostat, ketumbuhan padat, dan juga dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU digunakan untuk merawati fibroid rahim dan adenomiosis.
Teknologi HIFU menawarkan rawatan tidak invasif untuk penyingkiran (pengecutan) adenomioma dan ia merupakan satu alternatif untuk pembedahan pembuangan fibroid rahim.
Transduser ultrabunyi berkeamatan tinggi mengarahkan gelombang bunyi ke lokasi khas, menaikkan suhu tisu daripada 60° C hingga 80° C, mengakibatkan nekrosis koagulatif tisu.
HIFU dilakukan dengan bimbingan oleh Magnetic Resonance Imaging (MRgFUS) sebagai modaliti pengimejan atau Ultrabunyi (USgHIFU), yang menggunakan imbasan ultrabunyi sebagai modaliti pengimejan untuk menumpukan rawatan ke kawasan tersasar dalam tisu sambil mengelakkan kerosakan pada tisu yang lain.
Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS adalah:
• Ia menawarkan pengimejan masa nyata, membolehkan doktor meneliti tisu semasa prosedur dijalankan.
• Ia menggunakan transduser yang lebih besar dan kuat, memendekkan jangka masa dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
• Ia menawarkan akses yang lebih besar kepada pesakit dan fleksibiliti dalam posisi pesakit, membuat pesakit lebih selesa.
• Harga rawatan yang berpatutan.
Oleh kerana HIFU menggunakan teknologi prosedur yang tidak invasif, pesakit tidak memerlukan ubat bius semasa prosedur dan bebas luka. Prosedur ini juga mempunyai kelebihan pada masa pemulihan jika dibandingkan dengan pembedahan seperti miomektomi atau histerektomi.
Wanita dengan keinginan untuk hamil mendapat banyak manfaat dari rawatan HIFU kerana prosedur ini dapat memusnahkan tisu berpenyakit dengan tepat, memelihara otot dan tisu rahim di sekitarnya.
MANFAAT PEMULIHAN SINGKAT
Teknologi HIFU juga mengurangkan pembentukan parut pada dinding rahim, maka pengembangan rahim untuk menampung kandungan dan kontraksi semasa bersalin dapat dipertahankan.
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi, dan Perubatan Reproduktif Pusat Perubatan Mahkota, Dr. S. Selva, teknologi ini membenarkan pesakit pulih dengan cepat.
“Prosedur HIFU adalah pengubah keadaan kerana memberikan penyelesaian yang dapat mengurangkan ketakutan dan kesan kesuburan yang mungkin dihadapi pesakit dalam penyingkiran fibroid dan adenomiosis.
Selain itu, teknologi canggih yang tidak invasif ini juga akan memberi manfaat kepada pesakit dengan tempoh pemulihan yang singkat, membolehkan mereka kembali ke rutin harian dalam masa yang singkat,” kata Dr. S. Selva tentang rawatan fibroid berkesan ini.
Tambahnya lagi, “Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung antara 1 hingga 4 jam dan dalam kebanyakan kes, rawatan dapat dilakukan dalam satu sesi. Hanya pesakit dengan fibroid yang besar atau dalam bilangan yang besar memerlukan beberapa sesi.
Perlu diberi penekanan ialah pesakit tidak akan mengalami pendarahan semasa prosedur, maka pemindahan darah tidak diperlukan.
HIFU juga mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin timbul akibat pembedahan penyingkiran adenomioma atau fibroid rahim. Yang penting sekali, pesakit yang ingin hamil tidak perlu menunggu rahim sembuh sepenuhnya.
Hubungan intim boleh dijalankan setelah kitaran haid selepas prosedur. Kajian menunjukkan kehamilan berjaya dalam beberapa bulan selepas rawatan HIFU untuk fibroid sama ada melalui kehamilan semula jadi atau rawatan reproduktif berbantu,” kata Dr. S. Selva.
Bangga rasanya bila anak yang dikandung 9 bulan dengar cakap dan menurut kata mak ayah. Macam yang dialami Datin Seri Shahida sekarang ini terhadap anak perempuannya, Qadejah El Zahra. Walau baru berusia 7 tahun dan menghidap disleksia, Qadejah yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri memiliki peribadi yang sangat menenangkan.
Mana tidaknya, bila diminta buat sesuatu… anak kecil ini akan menurut saja kata-kata Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri. Terbaru, menerusi posting yang dikongsikan isteri kepada usahawan terkenal tersebut… Qadejah sekali lagi menjadi tumpuan.
“Alhamdulillah bila mama suruh Qadejah pakai tudung dia boleh ikut dan dengar cakap. Mama dulu waktu atuk suruh pakai tudung mama tak dengar sampai atuk cakap kalau tak pakai tudung jangan keluar rumah. Lepas tu mama pakai la bila keluar tapi lepas tu dah agak-agak jauh sikit dari rumah mama pun buka.
Harap-harap Qadejah tak ikut la perangai buruk mama tu. Biasalah zaman muda-mudi… nak merasa semua. Mama pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa tak pakai tudung. Siap dah ikat rambut lawa-lawa. Sudahnya tiba-tiba rasa tak nak keluar pula sebab tak pakai tudung.
Kesimpulannya kalau kita dah biasa bertudung inshaAllah niat tu Allah pelihara. Yang tak bertudung tu bukannya tak baik… baik sangat-sangat, banyak yang saya jumpa sangat-sangat baik. Belum sampai lagi masanya. Doakan yang baik-baik untuk orang yang baik-baik juga datang pada kita.”
Allahu, sejuk perut ibu dikurniakan anak macam Qadejah. Moga kata-kata baik yang dituturkan Datin Seri Shahida untuk anaknya menjadi doa pelindung buat mereka agar sentiasa terbuka untuk berbuat kebaikan dan menuruti perintah Allah Taala.
Sumber: Instagram Datin Seri Shahida
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Februari merupakan ulang tahun kelahiran selebriti dan juga usahawan, Noor Neelofa Mohd Nor. Dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Kelantan, nama Neelofa cukup gah bukan hanya dalam industri perniagaan dan seni. Bahkan dia juga menjadi ikon fesyen.
Walau kini tampil dengan berniqab, aura dan gaya Neelofa masih menjadi ikutan. Lebih istimewa, dia tetap menjadi pilihan jenama-jenama mewah untuk menggayakan koleksi terkini.
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-34, Neelofa yang merupakan isteri kepada Haris Ismail menitipkan rasa syukur atas perkahwinannya bersama lelaki pilihan tersebut.
Kongsi Neelofa, “Jazakallah Khair buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.
Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.
Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.
Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita.”
Neelofa sah bergelar isteri Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!