Innersejuk mengumumkan Hanis Zalikha sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut. Selebriti yang juga usahawan dan Ikon Modest Fashion di Malaysia bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta bersamaan dengan RM4.2 juta.

IKLAN
Dengan Kontrak USD 1 Juta, HANIS ZALIKHA Kini Duta Rasmi Innersejuk
Duta rasmi Innersejuk, Hanis Zalikha.

Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk dengan menampilkan koleksi Telekung Suqainah yang baru. Hanis Zalikha memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberi keselesaan tetapi tetap cantik dan elegan ketika dipakai.

Koleksi Suqainah telah berada di pasaran di semua platform online dan outlet Innersejuk.

Dengan Kontrak USD 1 Juta, HANIS ZALIKHA Kini Duta Rasmi Innersejuk
Kredit Foto: IG Innersejuk
Dengan Kontrak USD 1 Juta, HANIS ZALIKHA Kini Duta Rasmi Innersejuk
Kredit Foto: IG Innersejuk

Menurut Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam, mereka sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

“Personaliti beliau yang sangat berani sesuai untuk jenama ini. Selain bergelar usahawan berjaya, beliau juga seorang ibu dan isteri. Kami kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan.”

IKLAN

Dengan Kontrak USD 1 Juta, HANIS ZALIKHA Kini Duta Rasmi InnersejukTELEKUNG SUQAINAH
“Dalam bahasa Arab, suqainah bermaksud ketenangan. Ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Ia tidak jarang, rasanya sejuk dan paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak sempurna. Ini merupakan antara telekung terbaik pernah saya miliki,” kongsi Hanis Zalikha.

IKLAN

Dengan Kontrak USD 1 Juta, HANIS ZALIKHA Kini Duta Rasmi InnersejukFabrik telekung Suqainah dihasilkan daripada inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill Tuff, fabrik yang lebih lasak dan tebal berbanding telekung biasa. Walau lebih tebal, fabrik telekung ini direka khas agar kekal sejuk dan anti-mikrob. Ciri kemasan yang mewah menjadikan telekung Suqainah sesuai untuk semua jenis muka.

Dengan Kontrak USD 1 Juta, HANIS ZALIKHA Kini Duta Rasmi InnersejukTelekung Suqainah Signature mempunyai potongan klasik yang sesuai untuk kegunaan harian serta majlis-majlis khas. Manakala telekung Suqainah Luxe memiliki ciri-ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.

Untuk info, Innersejuk merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn Bhd. Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita Muslimah hari ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI