Bercampur baur perasaan hari ni. Marah, geram, sakit hati dan sedih. Tak tahu nak cakap macam mana. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ibu terpaksa mendukung anak buat kali terakhir, tidak bernyawa dan mahu dipulangkan kepada penciptanya. Kali pertama adalah pada saat kelahiran bayi itu yang didukung dengan pandangan penuh kasih sayang.
Pasti tidak dapat digambarkan perasaan gembira seorang ibu kerana dapat melahirkan anak yang dinantikan walaupun terpaksa menanggung kesakitan ketika dalam proses melahirkan. Kehadiran anak sebagai pengikat kasih sayang antara suami isteri dan memberi 1001 makna dalam kehidupan mereka.
Namun, siapa sangka semuanya berubah dalam sekelip mata apabila anak yang baru 5 bulan menjenguk dunia pergi dengan keadaan yang tragis.
Ini yang terjadi kepada ibu dan bapa Adam Rayqal bayi yang berusia 5 bulan ditemui mati dibungkus di dalam beg hijau dan disorok di dalam peti ais bahagian sejuk beku oleh pengasuhnya sendiri. Ya Allah, apa yang ada di fikiran pengasuh wanita itu? Ini anak orang, bukan anak ayam!
Ads
Motif kejadian masih menjadi tanda tanya dan laporan bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu disebabkan pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala. Zalimnya sikap pelaku ni. Apa salah bayi tersebut sehingga diperlakukan begitu?Sampainya hati.
Ads
Adam dikatakan baru seminggu dipelihara oleh pengasuhnya itu di Kampung Nakhoda, Batu Caves. Segala-galanya terbongkar apabila pengasuhnya mendakwa Adam dilarikan lelaki tidak dikenali.
Bagaimanapun, menurut polis keterangan pengasuhnya itu meragukan lalu membawa penemuan mayat Adam apabila pengasuh itu sendiri menunjukkan lokasi mayat Adam disorokkan.
Apa yang buat hati ini tersentuh apabila ibu kepada Adam ada. Meluahkan rasa sedih di laman facebook miliknya.
Ads
“Adam sayang… Sejuk ya dalam peti tu.. Tak apa sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat.”
Mayat Adam disolatkan di Masjid Ladang Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Lam. Al-Fatihah.
Sumber: facebook Farah Madi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menerusi perkongsian di laman media sosial Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran makanan segera KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Baginda berdua berangkat ke restoran tersebut untuk menikmati santapan tengahari. Turut berangkat bersama ialah paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka baginda berdua.
“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.
“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.”
Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan bangga dengan sikap berjiwa rakyat Seri Paduka Baginda berdua yang sudi bersantapan di restoran makanan segera kegemaran ramai.
Kredit Foto: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend, masyarakat di ibukota semakin gemar menikmati minuman panas dan menjadikan bekas minuman termoregulasi sebagai collectible item.
Tidak kira di mana sahaja hingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit mencecah ratusan ringgit demi memiliki bekas minuman termoregulasi yang cantik dan pelbagai rekaan moden.
Mana tidaknya, ia bukan sahaja menjadi pelengkap gaya sebaliknya bekas minuman termoregulasi mampu mengekalkan suhu minuman berjam-jam lamanya.
Bagi memberi pilihan kepada orang ramai untuk memiliki peralatan minuman termoregulasi, baru-baru ini Montigo melancarkan kedai flagship bersama Cosmic Cookware di pusat beli-belah Suria KLCC. Ia menawarkan pengalaman membeli-belah menarik selain mempamerkan rangkaian penuh produk dan teknologinya.
Mengapa peralatan minuman ini menajdi pilihan warga kota? Ia menjadi pilihan kerana peralatan minuman termoregulasinya direka bukan sahaja untuk mengekalkan suhu optimal malah sesuai untuk dibawa ke pejabat, tempat percutian dan menemani perjalanan.
Malah ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan teknologi ‘art insulasi’ bagi memastikan minuman kekal dalam suhu yang diingini sepanjang hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersamanya, Melvin Chee berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kedai flagship itu untuk kemudahan peminat setianya. Ia menyediakan kemudahan paparan interaktif, demonstrasi oleh pakar, penyesuaian produk dan khidmat peribadi pelanggan.
“Lokasi baharu ini membolehkan kami membawa terus produk dan teknologi kepada orang ramai, ia sekali gus membolehkan mereka mengalami sendiri pengalaman serta kualiti yang ada secara terus,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak hanya membina pengaruh menerusi karya-karyanya yang diterima ramai, penyanyi Ernie Zakri terus mencipta sensasi selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.
Meluahkan rasa syukur dengan perkembangan terbaharu itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri menganggap ia sebagai pencapaian manis dalam kerjaya seninya.
“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.
”Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklandigital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” ujarnya.
Dalam masa sama, penyanyi Gundah itu turut menyifatkan 2023 sebagai tahun yang banyak memberikan kenangan manis buatnya secara peribadi, selain pelbagai perancangan yang sedang disusun rapi.
Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ernie. Semoga terus sukses!
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri
Sumber: Sinarplus
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.