Bila maut datang menjemput, tiada apa yang mampu dibawa melainkan sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa anak yang soleh. Hayati Aini Ahmad bukanlah seorang selebriti atau tokoh korporat terkenal. Beliau hanya seorang guru yang ikhlas mendidik dan menyampaikan segala ilmu yang ada untuk kebaikan semua dan kerana pengorbanan itulah pemergian Hayati atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hayati ke rahmatullah pada 10 Mac lalu begitu dirasai terutama dalam kalangan anak didik dan pengikut setianya di media sosial.

Jika kebanyakan orang ‘mengisi’ media sosial mereka dengan gambar keluarga, aktiviti harian dan bermacam-macam lagi… lain pula bagi Cikgu Hayati yang menjadikan laman media sosial miliknya sebagai gedung ilmu yang penuh dengan contoh soalan-soalan peperiksaan dan lakaran jalan kira bagi subjek Matematik Tambahan.

Besarnya Ganjaran PENDIDIK, Walau Sudah Tiada… ‘Pahala’ Ilmu CIKGU HAYATI Subur Hingga Akhirat!

 

Besarnya Ganjaran PENDIDIK, Walau Sudah Tiada… ‘Pahala’ Ilmu CIKGU HAYATI Subur Hingga Akhirat!

Setiap hari, ada saja ilmu yang dikongsikan Cikgu Hayati dan membuktikan betapa tebalnya jiwa pendidik yang ada dalam diri guru yang dikenali ramai di alam maya ini.

Bertarung dengan penyakit kanser payu dara yang dialaminya dua tahun lalu dan terlantar di hospital sejak September tahun lepas, arwah Cikgu Hayati turut mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum meninggal dunia di kediamannya di Taman Puncak Saujana, Kajang pada umur 46 tahun.

Selain memanfaatkan ilmu Add Maths di Facebook, arwah juga membuka akaun YouTube Hayatimathswizz yang mempunyai lebih daripada 300 video tutorial mata pelajaran tersebut. Allahu, besar ganjaran arwah. Selagi ada yang menggunakan ilmu Cikgu Hayati… selagi itu jugalah ‘pahala’ untuknya terus subur!

Besarnya Ganjaran PENDIDIK, Walau Sudah Tiada… ‘Pahala’ Ilmu CIKGU HAYATI Subur Hingga Akhirat!
Kenangan arwah di samping suami tercinta

Reda dengan pemergian isteri tercinta, Abdul Jalil Daud mengakui kagum dengan semangat isterinya yang tidak pernah mengeluh dan setia mengajar anak muridnya pada bila-bila masa. “Dalam apa jua keadaan, dia akan cuba penuhi keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri. Naluri sebagai pendidik sangat tinggi, dia akan pastikan para pelajarnya betul-betul faham subjek yang diajar.”

Betapa mulia dan tinggi martabat seorang pendidik. Biarpun sudah meninggalkan dunia ini namun segala ilmu yang dicurahkan akan dibawa menjadi bekalan mereka di akhirat kelak. Semoga kisah inspirasi arwah Cikgu Hayati memberi pencetus semangat kepada semua untuk turut sama menyampaikan apa jua bentuk ilmu bagi kebaikan bersama.

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI