Siapa yang kenal dengan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang sering mengalunkan lagu-lagu merdu dalam filem lagenda arahan Seniman Tan Sri P. Ramlee. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh 26 November merupakan detik bersejarah buat isteri kepada Tan Sri P. Ramlee apabila mendapat pengiktirafan bergelar Biduanita Pertama Negara.
Foto: Instagram @rozitarohaizad
Demi memperingati detik bersejarah itu, enjin carian Google telah menampilkan doodle khas buat Puan Sri Saloma. Doodle yang menampilkan lukisan karikatur seniwati sepanjang zaman ini lengkap dengan penataan gaya ikonik penyanyi lagu Bila Larut Malam ini. Karikatur tersebut cantik bersanggul, sedang memegang mikrofon, di kelilingi nota lagu dan bintang selaras dengan statusnya sebagai biduanita negara.
Ads
Ads
Ads
Seniwati Puan Sri Saloma telah meninggal dunia di usia 48 tahun pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Tidak hanya popular sebagai penyanyi, wanita yang mempunyai nama sebenar Salmah Ismail itu turut berkecimpung dalam dunia lakonan. Antara filem yang mendapat khidmat beliau, Seniman Bujang Lapok, Madu Tiga dan Ahmad Albab.
Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini. Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf yang telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.
Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November lalu, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.
Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”
Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd turut meluahkan keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.
Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usai perjalanan Pencarian NONA Superwoman, USANITA SDN BHD terpanggil membantu usahawan terutama golongan B40 dan M40 untuk membangunkan mereka dalam era Industri 4.0 menerusi penjenamaan dan pendigitalan terutamanya di kalangan usahawan B40 dan M40.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan, melalui program ini, USANITA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan bergerak seiring membantu usahawan yang terjejas. Di samping itu, USANITA turut mendapatkan kerjasama dari Datuk Rosyam Nor untuk merealisasikan objektif pengukuhan semula ekonomi golongan berkenaan.
Bercakap mengenai penjenamaan, Datuk Rosyam Nor menyifatkan dalam kehidupan seharian seharusnya mempunyai penjenamaan terutamanya bagi mereka yang terlibat di dalam perniagaan. Menurut usahawan selebriti ini lagi, era digital sudah sampai ke kemuncak apatah lagi apabila Covid-19 menyerang, ia banyak mengajar setiap individu erti kepayahan baik hidup mahupun bisnes tetapi pada masa yang sama ia mendidik tentang erti transformasi.
“Selari dengan aspirasi kerajaan mengenai Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, USANITA cuba menyuntik semangat usahawan IKS B40 dengan program dan webinar bagi mereka dalam mendepani cabaran pandemik. Hubungan baik di antara USANITA dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selamaini juga memberi banyak peluang dan sokongan buat wanita yang terkesan akibat Covid-19 dalam menceburi bidang perniagaan.
USANITA mensasarkan untuk membantu seramai 50 orang usahawan untuk mendalami ilmu penjenamaan dan pendigitalan di bawah bimbingan USANITA dan disokong oleh usahawan selebriti Datuk Rosyam Nor.
.Turut hadir di majlis sidang media tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyokong usaha yang dijalankan oleh USANITA yang menyediakan platform khas untuk membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.
“Sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, Kementerian telah memperkenalkan program DesaMall @KPLB bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk secara atas talian.Inisiatif itu adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian,” ujar beliau semasa memberi ucapan perasmian semalam.
Majlis turut diserikan dengan persembahan penghibur terkenal tanah air, DAyang Nurfaizah yang mendendangkan dua buah lagu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim nama yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran suatu ketika dahulu. Umum mengetahui Azrinaz pernah mendirikan rumahtangga dengan KDYMM Sultan Brunei Darussalam dan dikurniakan seorang puteri dan seorang putera. Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Dan baru-baru ini, meninjau laman Instagram Azrinaz beliau telah berkongsikan sekeping gambar terbaru puteranya Pengiran Muda Abdul Wakeel atau dipanggil Putera Wakeel yang dilihat semakin meningkat remaja malah terserlah ketampanan wajah anak teruna Azrinaz ini.
Azrinaz juga turut menulis kepsyen ‘Son Of My Life’ menandakan betapa bersyukurnya dia dikurniakan anak lelaki yang disayangi ramai yang cukup menyejukkan mata. Warga maya juga teruja melihat Putera Wakeel ini dan ramai mengatakan yang wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Azrinaz. Ketampanannya menyerlahkan air mukanya, malah kelihatan cukup matang buat ramai yang tertarik.
Walaupun terpisah dan jarang berjumpa, acap kali Azrinaz akan mengingati dan mendoakan anak-anaknya dengan memuatnaik gambar mereka. Azrinaz juga seringkali menulis ucapan Azrinaz buat putera setiap kali tiba hari keputeraan Putera Wakeel.
Kini berumur 16 tahun, Pengiran Abdul Wakeel kini merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong. Sekolah ini menawarkan pendidikan yang berasaskan kurikulum pembelajaran British. Gelaran rasmi untuk baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Meninjau ke hantaran tersebut kelihatan ramai yang memuji ketampanan putera Azrinaz ini. Semoga ikatan kekeluargaan ini dirahmati olehNya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!