Adibah Noor Dalam Kenangan, 1000 Helai Rekaan Ezuwan Ismail Pilihannya Dalam Tempoh 10 Tahun

Adibah Noor dalam kenangan, bagai tak percaya mendengar berita pemergian selebriti kesayangan ramai ini. Arwah meninggalkan kita kerana kanser ovari yang dihadapinya.

Teringat kisah pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang berkongsi cerita tentang kolaborasi bersama Adibah Noor yang telah terjalin lebih 10 tahun itu.

Cabaran menyiapkan busana penyanyi Adibah Noor bukan semudah yang disangka. Namun, rupanya hampir 1000 helai busana buat penyanyi kesayangan ramai ini telah berjaya disiapkan oleh pereka fesyen terkenal ini. Sesungguhnya Adibah Noor dalam kenangan!

Bermula daripada sehelai baju tempahan terus berulang ditempah tanpa henti. “Siap baju yang ditempah Adibah untuk acara atau pertandingan, hanya sediakan invois untuk bayaran.

Selepas itu hanya pembantu peribadi atau pekerjanya yang datang ‘collect

‘ pakaian di butik saya. Dia hanya akan cakap nak warna baju itu ini dengan sejumlah tertentu. Perihal rekaan, semuanya dia serah bulat-bulat dekat saya.

Dia takkan tanya atau nak tengok rekaan bagaimana saya hasilkan untuknya. Bab rekaan, material kain atau potongan, apa yang dia utamakan adalah keselesaan dan nampak elegan.

Malah selama ini, memang baju dihantar dan ditempah dipakainya tanpa banyak songeh dan tidak perlu ‘alter‘.

Keserasian dan kepercayaan itu mungkin juga faktor utama kami terus berkerjasama. Dia tidak takut mencuba warna apa sekalipun. Dia pakai apa yang diingini, janji selesa,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu tentang penyanyi pujaan ramai itu.

Foto: Koleksi Ezuwan Ismail

Lebih istimewa apabila penyanyi yang berjaya menempah tiket ke separuh akhir pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim kelapan ini menolak sebarang tajaan. Menurut Ezuwan, Adibah menolak tajaannya dan menghargai perkhidmatan profesional dengan membayar pakaian ditempah.

“Pernah saya nak taja baju untuknya. Tapi dia menolak sebab nak ‘support

‘ survivor pereka fesyen seperti saya. Dulu terlintas hati nak taja masa dia mengacarakan Anugerah Industri Muzik. Dia tolak juga.

Malah kalau sempena ulang tahun hari lahirnya, saya nak hadiahkan baju. Dia tetap dengan pendirian nak bayar.

Atau paling kurang pun, dia hanya akan bersetuju bayar separuh kos baju itu macam komitmennya sepanjang di GV 8. Siap tak berkira ‘tag’ nama saya di bawah entri baju dipakainya,” kata Ezuwan lagi.

Sedar tak sedar sudah hampir 1000 helai busana Adibah Noor disediakan oleh pereka fesyen ini. “Dia terus sokong khidmat dan kepakaran saya. Hingga kini hampir 1000 jugalah baju ditempahnya.

Apabila sudah selesa dan diberi kepercayaan penuh, saya sampai satu tahap bimbang mengulang siar rekaan baju. Tapi setakat ini ia belum terjadi,” katanya yang turut menjadi pilihan selebriti seperti Rozita Che Wan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Tak sabar nak lihat rekaan Ezuwan untuk pentas separuh akhir GV8 nanti. “Saya teruja nak siapkan pula baju separuh akhirnya untuk GV8. Kalau dia ada rezeki ke final, semestinya saya nak siapkan baju paling meletop untuknya,” kata Ezuwan penuh semangat.

Baca juga; Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!

IKLAN
Share