Mencurahkan kasih kasih terhadap cucu kadang-kadang melebihi rasa sayang terhadap anak sendiri. Mungkin Datuk Seri Najib Razak juga melalui perkara yang sama.

IKLAN

Baru-baru ini mantan Perdana Menteri Malaysia ini telah berkongsi momen terindah apabila membawa cucu yang diberi nama Adam Razak ini bersiar-siar menaiki Transit Aliran Massa (MRT).

Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!
Foto: Facebook Najib Razak
Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!
Foto: Facebook Najib Razak

Aksi comel anak kepada pasangan Nooryana Najwa Najib dan Daniyar Kessikbayev ini di samping Datuk Seri Najib Razak benar-benar mencuit hati dan menarik perhatian ramai.

“Dah besar ni nak je ikut saya ke mana-mana. Cucu tunggu saya kat pintu rumah tadi masa nak keluar. Saya pun bawalah Adam sekali naik MRT,” tulis Ahli Parlimen Pekan ini di laman media sosial milik peribadinya.

Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!
Foto: Facebook Najib Razak
Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!
Foto: Facebook Najib Razak

Adam Razak memiliki kulit wajah putih gebuh dan wajah lebih kepada ayahnya membuat mata tak jemu memandang. Nooryana dan Daniyar telah berkahwin ketika masing-masing berusia 27 tahun.

Mereka bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan telah mengikat tali pertunangan pada tahun 2011.

Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!
Foto: Instagram @yananajib

Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!

Nooryana Najwa juga berkelulusan degree of Master in Public Administration dari Harvard University. Bukan calang-calang kelulusan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansur ni ya.

IKLAN

TAMBANG PERCUMA
Baru-baru ini juga, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula 16 Jun 2022 bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.

“Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.

IKLAN

Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kg Batu, seperti yang dilaporkan oleh Awani.

Baca juga; Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI