Untitled design - 2022-06-16T075853.230

Siapa yang tak gembira apabila dikurniakan cahaya mata. Begitu juga dengan bapa bayi kembar dan juga pewaris takhta Dubai ini.

IKLAN

Tergambar wajah gembira Putera Mahktota Dubai ini saat berkongsi foto bayi kembarnya.

Diam tak diam sudah setahun usia bayi kembar kepada Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum ini. Tergambar wajah bahagia Putera Mahkota Dubai saat berkongsi foto bayi kembarnya.

Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 
Foto: Instagram @faz3

Feels like just yesterday this picture was taken. It’s been one year today. Happy birthday Rashid & Shaikha and to all the children of the world,” tulis bapa bayi kembar ini di laman media sosial milik peribadinya sambil berkongsi gambar bayinya ketika baru lahir setahun lalu.

Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 
Foto: Instagram @faz3
Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 
Foto: Instagram @faz3

Menurut khaleejtimes.com antara lelaki terkaya dunia ini mendapat kembar sepasang lelaki dan perempuan yang telah dieri nama Sheikha bint Hamdan bin Mohammed Al Maktoum dan Rashid bin Hamdan bin Mohammed Al Maktoum.

Putera Mahkota Dubai ini telah berkahwin dengan Sheikha Sheikha bint Saeed bin Thani Al Maktoum. Majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Ramadan 1440 atau 15 Mei 2019.

Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 
Foto: Instagram @faz3

Gaya hidup Putera Mahkota Dubai yang sering tampil memakai kandura atau jubah labuh berwarna putih ini sering menawan perhatian dunia. Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum bukan sahaja memiliki wajah tampan malah antara lelaki terkaya di dunia.

Pasti kita menjangkakan kehidupan Putera Mahkota Dubai ini hidup dilimpahi dengan kemewahan yang melampau dengan kereta mewah, istana besar, berparti dan sebagainya.

IKLAN
Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 
Foto: Instagram @faz3

Namun, Putera Mahkota Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum ini yang lebih mesra disapa Fazza memilih untuk memaparkan kehidupan yang sederhana di laman Instagram milik peribadinya. Kini putera mahkota ini mempunyai 14.3 juta pengikut di laman Instagram.

Putera kedua kepada Emir Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum ini dikagumi dan disayangi kerana bersikap sederhana, merendah diri, bijak, berbudi bahasa dan suka membantu rakyat jelata. Putera diraja Dubai ini lebih gembira berkongsi dengan rakyat tentang kebajikan yang dilakukannya.

IKLAN
Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 
Foto: Instagram @faz3
Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 
Foto: Instagram @faz3

Putera Mahkota Dubai ini menyertai kolej yang sama dengan keluarga diraja British. Beliau belajar di Rashid School for Boys dan Dubai School of Government.

Kemudian telah melanjutkan pelajaran di Sandhurst Military Academy United Kingdom (alumni Putera William dan Putera Harry). Sheikh Hamdan seterusnya melanjutkan pelajaran di London School of Economics.

Baca juga; Ada 3 Cucu, SHERIL AIDA Kekal Cantik Usia 53 Rahsianya Jaga Pemakanan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI