Wajah nenek ada 3 cucu ini masih seperti dulu sewaktu menjadi finalis Pencarian Dewi Remaja 1985/86, edisi pertama yang dijuarai oleh Tengku Anis Tengku Ismail.

Wanita ini dikenali peminat sebagai penyanyi wanita yang memiliki tersendiri menerusi suara serak-serak basah yang menjadi identitinya.

Ada 3 Cucu, SHERIL AIDA Kekal Cantik Usia 53 Rahsianya Jaga Pemakanan
Foto: Koleksi Peribadi Sheril Aida

Walau kini Sharifah Sheril Aida Syed Kechik sudah menjangkau usia 53 tahun namun kejelitaannya masih memukau pandangan.

Sambil tertawa kecil bila ditanya tentang rahsia kecantikannya, jawab ibu saudara kepada pelakon dan pengacara, Scha Alyahya ini, “Saya tak ada petua atau rahsia tertentu, bila dah berusia ni kita kena jaga kesihatan terutama pemakanan.

Ada 3 Cucu, SHERIL AIDA Kekal Cantik Usia 53 Rahsianya Jaga Pemakanan
Foto: Koleksi Peribadi Sheril Aida

Saya berhati-hati dengan setiap pengambilan pemakanan sebab ayah saya ada diabetes dan ibu pula ada kanser.

Jadi saya selalu buat check-up. Senaman yang sesuai dengan usia juga saya amalkan dan kalau ada masalah jangan fikir sangat dan sentiasa berfikiran positif,” ujar adik kepada penyanyi Datuk Seri Syed Sobri yang menghasilkan album pertama, Tiada Arah Tujuan pada tahun 1988.

Ada 3 Cucu, SHERIL AIDA Kekal Cantik Usia 53 Rahsianya Jaga Pemakanan

KELUARGA
Wanita yang mesra disapa Sheril ini walau bagaimanapun telah memperlahankan kerjaya seni selepas berkahwin dengan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Railey Jeffrey pada 23 Disember 1988 ketika usianya 20 tahun.

Akur dengan ketentuan Ilahi, setelah 25 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, akhirnya mereka dan berpisah secara baik pada 2013.

Ada 3 Cucu, SHERIL AIDA Kekal Cantik Usia 53 Rahsianya Jaga Pemakanan

Walaupun sudah tidak mempunyai ikatan suami isteri namun Sheril tetap bersahabat baik dengan bekas suaminya dan turut menjadi saksi ‘pemergian’ Datuk Railey ke negara abadi.

“Arwah memang seorang suami dan ayah yang baik serta penyayang. Beliau ‘dijemput’ pun dengan baik apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir betul-betul ketika azan asar sedang berkumandang pada 26 Disember 2020.

Memang sejak tahun 1998 Datuk Railey mengidap Parkinson tapi keadaan kesihatannya baik sampailah hari beliau meninggal dunia mendapat serangan jantung. Saya memang langsung tak sangka itu adalah hari terakhirnya dan masih ingat lagi kata-kata terakhir yang beliau ucapkan kepada saya ialah “Terima kasih” sambil tersenyum.

Ada 3 Cucu, SHERIL AIDA Kekal Cantik Usia 53 Rahsianya Jaga Pemakanan
Foto: Koleksi Peribadi Sheril Aida

CUCU
Kehidupan ini perlu diteruskan dan kini Sheril Aida bahagia di samping keempat-empat anaknya, Nur Thania, 32 tahun, Mohd Hazrul Andika, 30 tahun, Nur Puteri, 27 tahun dan Muhammad Hafiz, 24 tahun bersama tiga orang cucunya. Selain ada 3 cucu, Sheril Aida juga menjaga ibunya Hajjah Siti Aminah Jusoh bersamanya.

Ada 3 Cucu, SHERIL AIDA Kekal Cantik Usia 53 Rahsianya Jaga Pemakanan
Foto: Koleksi Peribadi Sheril Aida

Sheril Aida pernah menguruskan sebuah syarikat produksi miliknya, DiMuara Pictures menghasilkan program untuk televisyen selama sembilan tahun. Namun, operasi syarikat produksi ini terpaksa dihentikan dan kini Sheril Aida mahu menumpukan perhatian dengan mendalami ilmu agama.

Baca juga; Rupanya Alah Nasi Sejak Mengandung Anak Pertama Jadi ‘Rahsia’ AMY MATURA Kekal Langsing 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI