
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin, 19 September 2022.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Luar.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 September lalu.
Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II kini berada di London dan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga istiadat pemakaman negara di Westminster Abbey pada 19 September ini.

Jasad baginda akan dimakamkan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip.
Baginda ialah raja kedua paling lama mendudki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.
Sumber : Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Shaza Bae Suka Mengajar & Pernah Jadi Pensyarah Sambilan, Juara Dewi Remaja 2019 Ini Teringin Jadi Pakar Motivasi

Rezeki dapat berjumpa juara Dewi Remaja 2019, pertemuan Nona dengan Shaza Bae menyerlahkan sisi kedewasaan gadis jelita berusia 27 tahun ini. Selain sibuk dengan kerjaya seni, siapa sangka Shaza juga pernah menjadi seorang pensyarah universiti.
Dikenali sebagai gadis cantik dan berpelajaran, Shaza atau nama penuh Shaza Nuriman Mohamad Zamri merupakan lambang juara Dewi Remaja yang sangat menginspirasikan.
Shaza memulakan kerjaya hiburan pada 2013 dengan membintangi iklan Raya Petronas yang bertajuk ‘Jahit’. Sejak itu, beliau menjadi model iklan untuk pelbagai jenama seperti Telekom Malaysia, Maxis, U Mobile, Cadbury dan Libresse.
Kerjaya lakonannya bermula pada 2016 apabila beliau membintangi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.



Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan travelog wanita, Tumit Tinggi bersama rakan hos Eisha Aneyza, Syamim Farid dan Amy Nur Tinie yang disiarkan di TV1.
Pada tahun 2019, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 12 peserta Dewi Remaja 2019 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Syamira Izzati dan Tengku Shatirah Amanda.
Jom tonton temu bual eksklusif Nona dengan Shaza Bae ni…
“Selepas Dewi Remaja, saya ditawarkan menjadi part-time lecturer di UiTM Puncak Perdana dalam kursus Creative Writing.
Salah satu yang saya ajar adalah Character and Story Development adalah dimana kalau kita nak tulis novel atau skrip, kita akan kembangkan watak tersebut. Perkara yang sama saya terapkan dalam lakonan.” Shaza Bae
Menyedari minatnya yang tinggi dalam bidang mengajar, Shaza tidak menolak untuk terus menyambung pengajian dan menjadi pakar motivasi jika ada rezeki, satu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian murni beliau termakbul, insyaAllah.
Tahun ni dengarnya bukan senang nak jadi peserta Dewi Remaja 2022 kerana semua latar belakang mereka kena filter! Barulah hasilnya bertanding secara sihat dan Dewi Remaja yang dilahirkan oleh Majalah Remaja dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkualiti tinggi. Contohnya macam Shaza Bae ni.
Tak sabar nak tunggu Pencarian Dewi Remaja 2022 yang bakal bersiaran bermula 16 Julai, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria. Program 8 episod ini turut ditaja bersama Kinohimitsu dan WonderDewi by WonderLab.
Sempat juga Nona hadiri majlis sidang media Pencarian Dewi Remaja 2022. Memang cantik-cantik finalis kali ni, kalau tak percaya cuba tengoklah sendiri…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peragawati Paling Kecil, DRU PRESTA Buktikan Kemampuan Orang Kerdil Yang Sebenar!

Memecah stereotaip peragawati normal, kemunculan gadis kerdil bernama Dru Presta, 22, ini dilihat bakal mengubah landskap fesyen semasa.
Disahkan mengalami masalah pertumbuhan terhad atau dwarfism sejak dilahirkan, gadis Nevada ini hanya mempunyai ketinggian 3′ 4″ atau sekitar 1 meter saja.
Dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang menderita masalah achondroplasia dan pernah dibuli kerana keadaan ini. Meskipun diejek kerana kerdil, tapi dia tekad mahu membuktikan kemampuan diri.


Dru berpindah ke Los Angeles dan mula menyertai kelas peragawati secara serius demi mengejar cita-citanya dalam bidang fesyen. Niatnya murni, dia mahu membuktikan bahawa gadis kurang upaya juga mampu berjaya.
“Saya mahu semua orang ‘merasa diterima’ dalam dunia fesyen. Sesiapa pun boleh berjalan di atas pentas runway, tak kira anda berkerusi roda atau bertongkat sekali pun!”
Keunikan Dru Presta mula menjadi buah mulut masyarakat semenjak media antarabangsa membuat liputan tentangnya. Kini dia mula dihujani kontrak peragaan dan kerap dipanggil untuk pelbagai penggambaran iklan. Tengoklah aksi Dru ni, berbakat besarkan? Norzalina Mohd Alias





Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usia Perkahwinan Dah 48 Tahun, Dida Sinclair Bahagia Ada Suami Penyayang, Anak & Menantu Baik!

Beruntung Dida Sinclair kerana bukan hanya mempunyai suami penyayang. Malah dikurniakan anak-anak yang ‘cantik’ budi pekerti dan menantu yang baik. Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair wajar menjadi inspirasi.
Mana tidaknya, walau usia perkahwinan menjangkau hampir lima dekad namun kedua-duanya masih romantis dan saling menghargai.
Dida Sinclair Wanita Bertuah

Dida atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman selamat bergelar isteri kepada jejaka kacak Inggeris, Mohamed Anthony John Sinclair pada 7 Oktober 1976. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.
Anak sulung, Allahyarham Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang anak, Noah Sinclair. Aishah pula isteri kepada Sheikh Abdul Shahnaz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
Manakala Adam Sinclair berkahwin dengan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai pada tahun 2018.
Ketiga-tiga anak kesayangan terlibat dalam industri seni. Apa tidaknya, darah seni mengalir deras dalam diri Dida yang cukup meminati seni lukisan khususnya melibatkan keindahan botani.
Bakat Lukis Dida Sinclair

Selain menjual hasil karya lukisannya, Dida juga merupakan pengasas Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). Difahamkan ibu berjiwa cekal ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 pada 8 Februari lalu.
Melihat penampilan dan gaya hidupnya pasti ramai yang tidak menyangka wanita berjiwa kreatif ini sudah pun meniti usia 70an. Apatah lagi kini Dida mengamalkan gaya hidup sihat sejak pertengahan tahun lalu apabila dia disahkan menghidap diabetes pada tahun 2020.
Mengikuti Metabolic Health Programme, dia berjaya menurunkan empat kilogram selepas hanya tujuh minggu menjalani program berkenaan.
Suami tercinta atau mesra disapa Pak Mat turut mengusahakan perniagaan produk makanan sendiri iaitu Pak Mat’s Homemade Preserves. Sehingga kini produk tersebut mempunyai tiga variasi perisa, Pineapple & Ginger Jam, Orange Marmalade dan Grapefruit Marmalade.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


