Terbaik! Siapa sangka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai bakat terpendam dalam memancing ikan. Mana tidaknya, Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Baginda berdua berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.
Turut berangkat, paduka anakanda Seri Paduka Baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Ads
Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor.
Ads
Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing di kolam tersebut. Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung restoran tersebut.
***
Ads
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Jenama yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tak Perlu Gosok’, Sabella menjadi satu-satunya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat Melayu yang berjaya merangkul tiga anugerah emas dan satu Grand Prix pada Malam Anugerah Media Specialist Association (MSA) baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang diraih itu bukan hasil titik peluh bersama isterinya, Siti Fatimah Abdul Samad sahaja, tapi ia juga kerja keras daripada warga kerja dan pasukan.
“Buat julung kalinya kali mendapat anugerah terbesar pemasaran di Malaysia. Kami menang ketiga-tiga kategori yang dicalonkan iaitu Gold dan keseluruhan iaitu Grand Prix. Lebih membanggakan apabila kami tercalon bersama beberapa jenama antarabangsa dan tempatan terkenal lain.
“Sejujurnya, apabila diumumkan pemenang dengan menewaskan jenama hebat lain, memang berasa kerdil. Namun, jauh di sudut hati ini adalah berkat usaha dan kerja keras pasukan kami dari dulu sampai sekarang dalam membangunkan jenama Sabella,” katanya.
Menurut Mohd Sufian, dia berharap anugerah yang diperoleh itu menjadi pemangkin untuk Sabella melangkah ke peringkat antarabangsa.
“Alhamdulillah, ini adalah penghargaan dan pencapaian terbesar yang pernah diraih Sabella sepanjang ia mula beroperasi. Semoga dengan anugerah ini kami akan terus maju jaya dan berkembang ke peringkat antarabangsa, insya-Allah. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini,” katanya.
Empat anugerah yang dimenangi Sabella adalah Branded Content (Gold), E-Commerce (Gold), Media Performance (Gold) dan Grand Prix.
Untuk rekod, jenama Sabella bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit dengan niat ingin membantu menambah pendapatan seisi keluarga. Kini, jenama Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) mampu berdiri megah seiring dengan jenama terkenal lain di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat hati seorang ibu untuk menerima kenyataan saat mengetahui anak tercinta akan membesar tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Saat anak disahkan mengalami masalah autisme, Nadeera Ismail reda dengan ketentuan Ilahi. Ketika umur mencecah dua tahun, anak lelaki kepada jurusolek selebriti terkenal ini, Noah Idris Ishmael disahkan autisme oleh pakar perubatan.
“Sejujurnya perasaan saya ketika pertama kali mengetahui mengenai Noah, saya amat sedih dan hiba. Perkara ini amat mengejutkan saya. Kehidupan saya ketika itu bertukar dalam sekelip mata. Namun saya menganggap ia sebagai pengalaman terbaik dalam hidup saya yang pernah saya lalui. Saya menganggap ia sebagai dugaan dari Allah dan saya percaya dugaan yang diberikan olehNya mengajar dan menyedarkan kita dari kekhilafan, “ ujar Nad penuh tenang.
“Sebagai langkah awal, saya ada membawa anak saya berjumpa dengan pakar. Selain itu, saya juga mencuba cara Islamik dan saya cuba untuk memberi keseimbangan buat kedua-dua jenis rawatan ini. Apa yang pasti, saya tidak mahu menunggu sehingga anak saya besar untuk diberikan rawatan kerana apa yang saya perasan, kanak-kanak autistik ini lebih jelas kelihatan apabila mereka meningkat dewasa.
Malah saya rasa ia bukanlah satu kerugian jika mengambil langkah awal untuk memberikan rawatan buat anak saya. Mungkin rawatan awal yang saya berikan ini sedikit sebanyak membantu Noah untuk memiliki masa depan yang lebih cerah.”
Dalam mendidik anak yang mengalami masalah autisme ini, tentunya pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Berbeza dengan ibu bapa yang mempunyai anak autisme, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bagi Nad, kesabaran adalah kata kunci buat semua masalah. Setiap ibu bapa yang mempunyai anak autistik ini perlu mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi.
“Sejujurnya sikap sabar yang tinggi perlu ada dalam diri. Saya perlu korbankan banyak perkara namun ia bukanlah alasan untuk saya dan Noah untuk tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti keluarga normal yang lain. Saya juga tidak pernah menghalang Noah daripada bercampur dengan dunia luar dan saya perlu terima pandangan masyarakat sama ada negatif atau pun positif. Walaupun ada segelintir masyarakat yang kurang faham dengan keadan Noah, saya tidak peduli dan “I cant put any autistic sign” pada dahi Noah. Walaupun begitu, kadangkala saya menerangkan keadaan Noah kepada mereka, “ jelas Nad.
Tambahnya lagi, “Saya menghantar Noah di salah sebuah hospital yang terletak di Bangsar untuk rawatan terapi pertuturan (speech theraphy) seminggu sekali. Saya juga membawa Noah berjumpa pakar autistik tiga bulan sekali. Selain itu Noah juga menjalani rawatan terapi gerak kerja (occupational therapy). Rawatan ini juga boleh didapati di sekolah Noah. Jumlah keseluruhan rawatan untuk Noah lebih kurang RM5,000.
Bercakap tentang persatuan autistik, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh persatuan ini diadakan pada hari minggu. Kerjaya saya sebagai jurusolek membataskan saya untuk menyertai aktiviti yang diadakan kerana masa saya cukup terhad pada hujung minggu. Namun saya cuba kurangkan tempahan mekap hujung minggu. Dengan cara itu, saya boleh luangkan masa bersama Noah dan melakukan aktiviti bersama,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.