Gaya Hidup

Ajaibnya, 3 Makanan Hebat Ini! Dapat Membantu Turunkan GULA DALAM DARAH

Setiap makanan punya khasiat tersendiri dan bermanfaat untuk kesihatan. Bukan sekadar diamalkan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada bahan penambah perisa. Selain itu, ia juga berguna untuk membantu merawat atau mengurangkan penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan kenaikan gula dalam darah. Jadikan ia amalan seharian, mana tahu ia menjadi penawar kepada masalah kesihatan anda.

Tanpa sedar, banyak antara makanan kita mempunyai nilai-nilai perubatannya yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.

  • CERI

Ceri mengandungi serat, vitamin A dan C. Selain itu, ia mengandungi bahan kimia semulajadi dikenali sebagai anthosyanin yang boleh membantu menurunkan tahap gula darah pada penghidap diabetes. Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati ia boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosionin juga boleh melindungi daripada penyakit  jantung dan  kanser.

Lain-lain kebaikan ceri

  1. Meningkatkan sistem imuniasi badan.
  2. Memperbaiki peredaran darah.
  3. Membantu melawan lelah
  4. Membantu mengurangkan sakit radang tenggorok.

  • CUKA

Cuka digunakan sejak berabad yang lalu. Antara buah yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, buah tin, epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Cuka didapati dapat menghalang kenaikan paras gula dalam darah. Ia juga bertindak sebagai insulin. Cuka mengimbangi gula lebih baik pada individu pradiabetik berbanding yang sensitiviti insulin normal.

Lain-lain kebaikan cuka

  1. Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
  2. Membantu membuang darah kotor dan melancarkan peredaran darah.

  • KULIT KAYU MANIS

KAjian yang diterbitkan oleh Jurnal Diabetes Care menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh menyebabkan otot dan sel hati bertindak balas lebih mudah kepada insulin. Ia dengan itu meningkatkan penurunan berat badan. Tindak balas lebih baik terhadap insulin bermakna baki gula dalam darah yang lebih bermakna.Ia menyebabkan insulin dilepaskan ke dalam tubuh.

Lain-lain kebaikan kulit kayu manis

  1. Membantu mengatasi masalah pencernaan.
  2. Membantu mencegah makanan daripada cepat busuk atau rosak.
  3. Merangsang peredaran darah terutamanya pada jari tangan atau kaki. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
IKLAN
Share