Perniagaan yang telus, dibina berasaskan Al-Quran dan hadis telah terbukti membawa kejayaan. Antara syarikat berkonsepkan MLM yang pertama yang menepati piawaian SIRIM dengan lengkap dan pematuhan syariah secara menyeluruh di Malaysia ialah TDC Holdings Sdn Bhd.
Diasaskan oleh Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah atau Hafiz Hiew, penerima Nona Outstanding Business Award ini optimis untuk memaksimakan keuntungan jualan di dunia sambil menggandakan pahala saham di akhirat.
“Saya yakin bahawa apa pun yang kita lakukan di dunia akan memberi kesan dan impak kepada diri kita di akhirat. Begitu juga dengan perniagaan yang begitu banyak dikisahkan dalam Al-Quran dan hadis.
Maka bagi saya, modul dan formulasi perniagaan terbaik di dunia adalah berlandaskan dua perkara ini. Tiada apa pun kelas, buku, seminar, mentor atau guru perniagaan yang boleh menjangkaui ilmu Al-Quran dan hadis.” Hafiz Hiew
Hafiz Hiew
Asia Pacific TOP Excellence Brand Award
TDC sebagai penaja Terengganu Football Club
Selari dengan tujuan ini, Hafiz sendiri selaku Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd memastikan agar syarikat beliau mematuhi piawaian syariah, selain SIRIM dan sebagainya.
“Saya hanya seorang saudara baru berbangsa Cina yang sedang belajar keindahan Islam. Maka saya perlu merujuk kepada yang pakar.
Daripada Panel Syariah Koperasi ANGKASA Malaysia Berhad, kemudian Lariba Consulting dan seterusnya SIRIM International Berhad, TDC melalui satu demi satu audit, penambahbaikan serta pengubahan untuk pematuhan syariah keseluruhannya.
Malah TDC juga ada Pegawai Eksekutif Pematuhan Syariah sendiri.
Saya sentiasa percaya, pematuhan syariah bermula dalam diri kita sendiri sebagai usahawan dan pemimpin, jadi secara peribadinya saya sentiasa berusaha mendalami ilmu muamalat dan pengajian Islam secara intensif.” Hafiz Hiew
Produk TDC: (dari kiri) Alithera, Colever, BerryMix dan C2Joy
PRODUK TERBAIK
Sebagai sebuah perniagaan maju dengan rekod jualan produk melebihi 4 juta unit di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura TDC amat dikenali dengan produk-produk minuman kesihatan seperti C2Joy, BerryMix dan Colever.
“Bestsellers kami ialah C2Joy iaitu produk minuman berasaskan susu kolostrum dan susu skim, kemudian produk minuman berasaskan buah delima, anggur hitam dan biji brokoli yang diberi nama BerryMix. Kami juga melancarkan Colever iaitu produk minuman susu kolostrum yang diperkaya dengan beta-glucan dan yis.
Sepanjang PKP sememangnya saya sudah membuat persiapan bahawa jualan TDC akan menurun daripada RM33 juta pada tahun 2019 kepada minima separuh pada tahun 2020.
Ads
Walaupun sudah menjangka jualan akan menurun, tapi melihatkan keadaan tenat golongan B40 dan masyarakat yang terkesan akibat pandemik, saya memutuskan untuk mengosongkan akaun bank syarikat dengan bersedekah lebih RM3 juta.
Kami mewakafkan mesin bantuan pernafasan untuk pesakit COVID-19, ambulans, van jenazah, bantuan makanan dan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
Mungkin atas kepercayaan kepada surah Al-Fathir, ayat 29:
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugikan.
Serta keyakinan bahawa janji dan firman Allah ini adalah benar, tindakan infak TDC ini betul-betul memberikan pulangan yang lumayan.” Hafiz Hiew
Produk Alithera
Majlis ‘Let’s Cope With Neon Hope’ sempena Hari Kanser Sedunia 2022
Pelancaran rasmi Alithera bersama Selangor FC
Team TDC bersama DYTM Raja Muda Selangor
Terbaharu, dengan sokongan padu dan kerjasama erat daripada Selangor FC, TDC Holdings Sdn Bhd mengumumkan pelancaran produk Alithera menerusi kempen Let’s Cope with A Neon Hope bersempena Hari Kanser Sedunia, yang turut disertai Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Sunway Medical dan Sunway Pyramid.
Pelancaran ini telah diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 4 Februari 2022, bersempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut setiap tahun secara rasmi di lebih 60 negara di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serta mendorong pencegahan, pengesanan, dan rawatan penyakit tersebut.
Ads
“Saya amat gembira dapat bekerjasama dengan Selangor FC untuk kempen kesedaran kanser melalui pelancaran ‘Away’ Kit 2022 kerana ia selari dengan nilai TDC Holdings yang sentiasa menitik beratkan usaha-usaha yang dapat memberi impak positif kepada komuniti.
Selain itu, TDC Holdings juga berbesar hati untuk meneruskan penajaan dengan Selangor FC yang bernilai RM3.5 juta bagi tahun 2022.
Kerjasama yang berterusan ini diharapkan dapat memberi kesinambungan terhadap inisiatif-inisiatif yang sedang dirancangkan di antara TDC Holdings dan Selangor FC untuk tahun ini dan pada masa akan datang.
Produk Alithera yang turut dilancarkan merupakan antara jenama utama bagi jersi ‘Away’ Selangor FC dan produk minuman kesihatan terbaharu keluaran TDC Holdings yang mematuhi undang-undang Malaysia, kepatuhan terhadap SIRIM dan pematuhan syariah.
Alithera merupakan minuman botani cendawan susu harimau, kurma merah dan tongkat ali yang berfungsi untuk mempertingkatkan sistem pernafasan, imunisasi badan serta sistem penghadaman badan manusia secara optimum.” Hafiz Hiew
Ads
Selain itu, pengenalan strategi yang diterapkan kepada para pengedar adalah seperti latihan atas talian, pemantapan sistem pengedaran atas talian dan pengurusan atas talian yang bertambah baik sejak tahun 2016 yang kini hampir 90%.
Produk-produk TDC yang selama ini fokus kepada peningkatan imunisasi juga memberikan satu lonjakan jualan kepada TDC secara mendadak.
“Sepanjang tahun 2020, jualan TDC meningkat hampir 3 kali ganda daripada RM33 juta kepada RM100 juta. Malah pada tahun 2021, kita juga telah mencapai jualan RM100 juta pada tahun kedua berturut-turut seawal November lagi dengan keseluruhan sedekah, infak, wakaf, dan zakat TDC melebihi RM 10 juta tunai dalam masa dua tahun ini,” Hafiz Hiew
Lelaki tinggi lampai berusia 34 tahun ini merupakan seorang mualaf yang berkelulusan Master in Business Administration (Finance) dari Universiti Malaysia Kelantan dan Ijazah Agri-Techno Entrepreneurship, juga dari universiti yang sama.
Terdahulu sebelum itu, beliau pernah menggenggam Diploma Pengajian Islam dari Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT). Menjadikan Baginda Rasulullah SAW sebagai idola bisnesnya, Hafiz tekad memimpin pasukan TDC agar menjadikan bisnes ini sebagai pasport mereka ke syurga.
Kata Hafiz, TDC mengagihkan sebahagian pendapatan kepada jalan kebajikan serta menerapkan budaya ‘TDC For You’ dan #TDCHeart fokus untuk membantu keperluan harian golongan susah termasuk mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Tidak ketinggalan, lebih RM500,000 zakat telah disalurkan tidak termasuk infak, wakaf, sedekah dan sumbangan kepada masyarakat melebihi RM12 juta.
Kini, TDC dalam proses akhir mendapatkan permit eksport ke pasaran jiran seperti Indonesia dan Singapura. Rancangan ini tertunda akibat PKP dan akan diteruskan semula sebaik sempadan negara dibuka.
TDC juga dalam proses penstrukturan dan pemantapan organisasi ke arah pengurusan yang lebih berkualiti selepas mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedatangan 2023 seharusnya diraikan dengan harapan tinggi untuk lebih menyerlah dari tahun-tahun sebelumnya. Majukan kerjaya. Bahagiakan keluarga. Begitu juga kecantikan dan penjagaan diri sendiri. Tidak lagi terabai, kaum wanita khususnya Muslimah harus lebih matang soal penjagaan kulit, rambut dan produk solekan terkini.
Cantik luaran harus selari dengan dalaman. Karakter wanita yang kuat dan berkeyakinan tinggi tumbuh dari sikapnya yang menitikberatkan penjagaan diri. Khasnya wanita muda berkerjaya dan baru berkeluarga. Sesibuk apa pun, sayangi diri sendiri dahulu supaya kita mampu menyayangi orang lain dengan baik. Zaman ini pun makin mudah nak membeli-belah, kalau nak cantik, order online sahaja!
Menyingkap trend pembelian barangan kecantikan online, kini ramai wanita masih setia menggunakan platform membeli-belah secara dalam talian kerana himpunan terbaik, harga berpatutan dan tawaran menarik yang ditawarkan. Sebelum beli, boleh baca dahulu review pengguna lain. Pilihan Nona tentulah shopping di LazBeauty oleh Lazada Malaysia.
Sebenarnya Lazada memang terkenal sebagai destinasi membeli-belah kecantikan dan sumber inspirasi No. 1 di Malaysia. Di LazBeauty, kategori produknya sentiasa dikemaskini bagi memastikan pembeli dapat mengikuti trend kecantikan, solekan dan penjagaan tubuh badan yang sedang popular di seluruh dunia.
TREND BAHARU
Apakah barangan kecantikan yang selalu dicari oleh wanita?
Merujuk kajian The Benchmarking Company terhadap ribuan pembeli wanita di Amerika Syarikat, kebanyakan mereka minat untuk mencuba produk baru dari kategori penjagaan kulit (64%), penjagaan rambut (58%) dan mekap (54%) pada tahun 2023.
Sama seperti wanita di Malaysia yang gemar memanjakan wajah dan inginkan kulit lebih cerah, produk penjagaan kulit seperti topeng muka (jenis sheet atau peel) antara yang paling dicari di platform membeli-belah online. Begitu juga produk yang mengandungi Retinol serta vitamin C, mudah sangat nak pilih dan bandingkan harga.
Untuk wanita Muslimah yang bertudung, penjagaan yang rapi seharusnya bermula dari dalam iaitu rambut anda. Dengan menggunakan produk penjagaan rambut yang betul dapat merawat pelbagai masalah seperti keguguran, kelemumur dan rambut berbau. Di LazBeauty, anda boleh mendapatkan lebih daripada sekadar syampu dan perapi, bahkan pupur rambut, dry shampoo atau kit pewarna rambut di rumah yang sesuai untuk mahkotamu.
Bagi yang suka bersolek, boleh dapatkan bekalan mekap anda pada harga yang jauh lebih berpatutan. Di LazBeauty, anda boleh dapatkan palet pembayang mata daripada koleksi musim terkini, segala pensel dan berus solekan, serta macam-macam lagi di hujung jari. Memang jimat duit minyak, tol dan parking kalau membeli-belah atas talian ni.
TEMU JANJI LAZLIVE
Wanita cantik sebenarnya yang istiqamah dan berdisiplin dengan amalan kecantikannya. Selari dengan trend penjagaan diri dan stail yang sentiasa berubah, inilah masanya untuk menambah ilmu pengetahuan termasuk tip dan helah kecantikan yang praktikal. Salah satu saluran yang bermanfaat adalah dengan menonton LazLive oleh Lazada.
Antara yang mesti ditonton adalah Fiesta Virtual LazBeauty pada 26 Februari di LazLive, TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube.
Festival kecantikan siaran langsung ini diadakan selama 12 jam tanpa henti bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Macam-macam ada termasuklah sesi tutorial secara langsung, demonstrasi produk, sesi soal jawab dengan selebriti, mekap artis dan hairstylist selebriti terkenal, selain pakar dermatologi dan banyak lagi.
Terdapat juga lebih 5,000 tawaran hebat untuk produk best-selling daripada jenama ikonik dengan tawaran setiap jam, kejutan potongan harga dan permainan interaktif untuk memenangi sampel produk atau beg pouch kecantikan Lazada. Jadi, jangan lupa temu janji kita!
Apa tunggu lagi, daftarlah jadi ahli LazBeauty untuk jadi wanita berinspirasi dan disenangi ramai. Mudah sangat, tekan link di sini.
Keahlian ini pastinya memberi lebih nilai dan penjimatan kepada anda kalau membeli-belah di LazBeauty. Setiap ahli baru LazBeauty juga dapat potongan tambahan RM5 apabila mendaftar, dan terdapat banyak baucar dan diskaun harian untuk dinikmati dengan setiap pembelian.
Tambahan lagi, anda juga boleh rebut tawaran exclusive bundles daripada jenama-jenama kecantikan popular dalam tempoh kempen (14-29 Februari) umpamanya Maybelline, L’Oreal Paris, Garnier, L’Occitane dan Nivea. Bestnya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita mempunyai rahsia kecantikan masing-masing. Bagi selebriti cantik ini pula lebih selesa mengunakan putih telur sebagai salah satu rutin kecantikan dirinya.
Wanita kecil molek ini sejak dari awal pembabitannya dalam dunia seni sehingga bergelar ibu kepada dua orang anak, penampilannya jauh tak berubah.
Foto: Terima Kasih Pinography
Mencungkil rahsia kecantikan isteri kepada Muhammad Faliq Amirullah ini, “Bagi saya setiap wanita perlu seimbang menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Bagi penjagaan dalaman setiap pagi saya amalkan minum Audela untuk proses detoksifikasi dan bersenam sekurang-kurang 20 minit, tiga kali seminggu.
Foto: Terima Kasih Pinography
Manakala untuk penjagaan wajah pula saya rajin melakukan rejim penjagaan kulit dan stim kulit wajah seminggu sekali.
Antara tip kecantikan yang saya tak pernah lupa untuk lakukan ialah letak putih telur di muka untuk tutup pori-pori kulit,” tutur Nad Zainal sambil melemparkan senyuman manis.
Foto: Terima Kasih Pinography
Lumrah bergelar seorang selebriti mereka dikatakan perlu menjaga sentiasa penampilan. Nad Zainal juga tidak terkecuali apabila penampilannya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Nyata definisi cantik bagi wanita ini benar-benar ringkas. “Bagi saya untuk kelihatan cantik itu perlu sihat, fit dan kemas,” tutur wanita yang berusia 31 tahun ini penuh pesona.
Foto: Terima Kasih Pinography
Memulakan karier sebagai seorang pelakon di usia 18 tahun telah mematangkan wanita ini dalam mengharungi dunia seni yang mencabar ini. Walaupun kini sudah hampir 13 tahun berkecimpung dalam dunia glamor ini namun Nad Zainal tetap merendah diri dan mudah bekerjasama.
Kehebatan dan pembawaan emosi pelakon yang mempunyai nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminat seni tanah air. Berilah apa sahaja watak kepada wanita kelahiran Selangor ini pasti akan dibawa dengan jayanya.
Foto: Terima Kasih Pinography
Bijak merebut peluang dan mengatur strategi dalam bisnes dan lakonan, pengasas kepada jenama Audella by Nad Zainal ini sudah mampu mengumpul aset termasuk membeli kediaman mewah.
Kejayaan yang dikecap oleh pelakon filem Juvana 2 dan Juvana 3 ini bukan datang dengan mudah tanpa menempuh pelbagai cabaran. Namun, atas dasar minat yang mendalam serta dorongan rakan perniagaan menjadikan wanita ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Foto: Terima Kasih Pinography
Lima tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan sedikit sebanyak telah membuka mata wanita ini dalam dunia perniagaan dan sudah mula mempelbagaikan cabang bisnesnya.
“Saya masih lagi sibuk dengan promosi produk Audela, minuman kesihatan yang sudah nak masuk 5 tahun dalam pasaran. Selain itu, kini saya mempunyai perniagaan berasaskan makanan iaitu MasDaebak Bakso Oden Viral.
Foto: Terima Kasih Pinography
Syukur kerana bisnes baharu ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan alhamdulillah, sudah ada agen di seluruh Malaysia,” terang Nad Zainal yang turut membantu wanita lain untuk menjana pendapatan sebagai agen di bawah label perniagaannya.
Nabila Razali bukan suatu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Lantunan suaranya sering berkumandang di corong radio dan menjadi siulan anak muda. Bermula dengan single Cemburu, Pematah Hati dan Vroom Vroom gadis berusia 27 tahun ini bijak mengatur langkah sehingga berjaya menempah tempat dalam industri seni dengan begitu mudah.
Siapa sangka rupanya Nabila Razali yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Kejuruteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini pernah bekerja sebagai arkitek sebelum melangkah kaki ke dalam dunia seni. “Saya sempat bekerja 6 bulan tapi berhenti kerja sebab nak sambung belajar (Master).
Baru saja 1 semester tapi tak sempat menghabiskan pengajian sebab dah mula sibuk dan terikat dengan karier seni. Walaupun rasa cinta dalam dunia arkitek tak pernah padam tapi saya anggap peluang yang macam ini tak datang selalu. Jadi apa salahnya saya rebut peluang yang ada. Alhamdulillah, Nabila Razali sudah berada di sini tapi masih jauh lagi perjalanan saya,” tutur finalis Akademi Fantasia (AF) 2013 ini.
Ketika ditanya kepada pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali ini tentang dilema memilih dunia professional dan glamor, jawabnya, “Saya memang seorang yang talkative. Sejujurnya bekerja dalam dunia seni saya rasakan vibrasi yang sangat berbeza sebab itu saya memilih bidang ini sebagai kerjaya.
Tapi tak bermaksud saya lupakan apa yang dipelajari dulu sebab saya masih hubungi kawan-kawan lama. Kalau ada macam nak dekor apa-apa saya akan tanya mereka. Macam saya ada juga dekor bilik sendiri. Mak saya pula rajin dekor rumah dan selalu minta nasihat saya,” bicara Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella.
Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya dan Nabila Razali turut berkongsi bahawa dirinya tidak mampu mencapai semua impian yang telah disenaraikan. “Kalau sebut tentang impian yang belum terlaksana untuk 2019 saya tidak berupaya mencapai impian yang terencana dalam perniagaan saya.
Bila dah mula berlakon dah menyanyi saya kurang tumpukan perhatian dalam bisnes. Saya mempunyai 2 buah rangkaian niaga iaitu Nabila Scarf dan Baela Lipmatte By Nabila Razali. Walaupun saya tidak bergerak secara aktif dalam perniagaan ini tapi alhamdulillah masih ada lagi yang membeli dan bertanya produk terbaharu daripada saya.
Itu lah bila tak dapat luangkan masa dekat bisnes saya terkilan juga. Tapi saya sedar kerana tak ada team yang ramai untuk kendalikan bahagian tu. Team saya kecil dan masing-masing memang tak menang tangan untuk buat semua sekali gus. Insyaallah untuk 2020 kita akan cuba untuk kembangkan lagi. Bagi saya biar lambat asal selamat,” ujar Nabila Razali yang juga merupakan pelumba kereta di bawah Toyata Gazoo Racing.
Bagaimana pula cabaran bergelar usahawan muda yang dalam masa yang sama bergelar selebriti. “Kalau nak cakap pasal cabaran ada banyak cabarannya dan salah satunya adalah bersaing dengan produk yang sedia ada. Macam saya pula masih baharu dan banyak lagi benda yang perlu belajar.
Macam orang lain dah tahu apa strategi terbaik untuk produk mereka bukan macam saya masih lagi try and error. Saya tak mahu ketinggalan bersaing dengan orang lain tapi cara yang sihat. Tapi dalam masa yang sama saya mahu nama produk itu stand out.
Teringin juga tahu bagaimana Nabila Razali yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instagram ini menjaga tudungnya yang sentiasa dilihat terletak cantik. “Bagi saya ciri-ciri tudung yang buat saya yakin adalah yang berbau harum, senang diseterika dan kurang berkedut.
Saya telah diperkenalkan dengan pelembut fabrik TOP Plush Kondisioner Fabrik Ultra Konsentrasi yang menjadikan fabrik dicuci lebih lembut serta bertekstur mewah dengan haruman menyenangkan. Ia diformulasikan dengan teknologi cucian termaju iaitu FibreTech dan Scent Micropod.
TOP Plush Kondisioner Fabrik Ultra Konsentrasi mempunyai manfaat tambahan seperti 99.9% anti-bakteria, mengawal bau busuk, mengurangkan kedutan fabrik agar mudah diseterika, mengurangkan lekapan statik, mengekalkan bentuk fabrik serta berasaskan tumbuhan mesra alam sekitar.
Didatangkan dalam lima haruman menarik menerusi variasi warna berbeza iaitu Spring Blush, Morning Breeze, Scarlet Passion, Glamourous Magnolis dan Soothing Care,” kongsi Nabila Razali tentang penjagaan tudung-tudung kesayangannya.
Bagi mendapatkan tudung wangi dan cantik macam Nabila Razali boleh klik sini.
Foto: Facebook Nabila Razali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.